Anda di halaman 1dari 9

Topik 2:

Reka Bentuk Pengajaran Teknologi Pengenalan Topik ini akan membincangkan;

1. Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran

2. Peranan reka bentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran

3. Aplikasi model reka bentuk pengajaran berikut dalam pengajaran dan pembelajaran

- ASSURE

- ADDIE

Apakah Reka bentuk pengajaran (RP)?

1. Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran Reka Bentuk Pengajaran (RP):

1. Reka bentuk pengajaran adalah proses sistematik bagi menterjemahkan prinsip- prinsip
umum suatu pengajaran dan pembelajaran kepada perancangan bagi menghasilkan bahan
untuk pengajaran dan pembelajaran.

2. RP juga adalah proses sistematik dalam membangunkan bahan atau media yang lebih
berkesan berdasarkan teori pembelajaran.

3. Dalam RP aspek teori pembelajaran, model rekabentuk dan strategi pembelajaran diambil
kira

Tiga Kategori RP:

1. RP sebagai satu proses

2. RP sebagai satu disiplin

3. RP sebagai satu sains

1. RP sebagai satu proses Pembinaan perancangan pengajaran yang sistematik dengan


mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran

• Menganalisis keperluan dan matlamat pengajaran

• Membina sistem penyampaian


• Menyediakan bahan dan aktiviti

• Melaksanakan perancangan

• Menilai pengajaran & aktiviti yang telah dijalankan.

2. RP sebagai satu disiplin Melibatkan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran
yang paling sesuai termasuk proses pelaksanaan strategi pengajaran tersebut. Teori RP
menentukan apakah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk memastikan pembelajaran
berlaku.

3. RP sebagai satu sains Merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk
membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan
pembelajaran bagi unit pembelajaran, samada bersekala kecil atau besar pada semua
peringkat. Merangkumi RP bermodelkan bilik darjah, kurikulum atau produk.

Apakah peranan reka bentuk pengajaran (RP)?

Peranan reka bentuk pengajaran

1. Untuk menghasilkan pengajaran/latihan dan bahan pengajaran yang sistematik dan


berkesan.

2. Bahan pengajaran yang direkabentuk dan dibina perlu dinilai, diguna dan diurus supaya
dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran

3. Membangunkan bahan pengajaran memerlukan perancangan yang sistematik agar


aplikasi yang dihasilkan berkualiti dan dapat membantu peroses pembelajaran dengan lebih
berkesan

Apakah model reka bentuk pengajaran (RP)?

Model-model reka bentuk pengajaran

 Model reka bentuk pengajaran (instruksi) boleh digunakan sebagai panduan bagi
membangunkan bahan pengajaran (termasuk persembahan multimedia) dengan lebih
sistematik dan berkualiti.

 Gustafson (1991), membahagikan Model RP kepada tiga kategori;

1. berorientasikan bilik darjah


2. berorientasikan produk

3. berorientasikan system.

Terdapat banyak model reka bentuk Pengajaran/instructional design (ID) yang boleh
digunakan sebagai panduan. Terdapat lebih daripada 40 model ID. Antaranya ialah;

 Model ADDEI (berorentasikan produk)

 Model ASSURE (berorentasikan bilik darjah)

 Model Gagne, Brigs dan Wager (berorentasikankan bilik darjah)

 Model Dick & Carrey (berorentasikan sistem)

Langkah-langkah dalam model reka bentuk tidak sama. Namun sekurang-kurangnya


melibatkan 4 fasa kerja yang utama iaitu;

1. Fasa menganalisis keperluan aplikasi

2. Fasa perancangan atau merekabentuk aplikasi

3. Fasa pembangunan aplikasi

4. Fasa penilaian aplikasi

1. Fasa menganalisis keperluan aplikasi.

 Mengenalpasti masalah pengajaran yang ada

 Senaraikan bahan rujukan yang digunakan

 Kenalpasti isi pelajaran yang ingin disampaikan

 Kenalpasti pelajar sasaran

 Kenalpasti objektif pengajaran aplikasi

 Kenalpasti kaedah penyampaian

 Kenalpasti isi kandungan pelajaran

 Kenalpasti persekitaran penggunaan

 Kenalpasti objektif pengajaran aplikasi


 Kenalpasti kaedah penyampaian

 Kenalpasti isi kandungan pelajaran

 Kenalpasti persekitaran penggunaan

2. Fasa perancangan/mereka bentuk aplikasi

 Pemilihan media yang paling sesuai, (contohnya video, audio, grafik, gambar dan
sebagainya)

 Pemilihan perisian /media yang sesuai

 Dokumen ringkas mengenai bahan/program yang dibangunkan; Buat lakaran dalam


bentuk carta alir Buat lakaran papan cerita/storyboard

3. Fasa pembangunan aplikasi

 Memindah kan segala maklumat/bahan yang telah dirancang dalam bentuk lakaran ke
dalam komputer.

 Kumpulkan sumber bahan-bahan yang diperlukan seperti teks, grafik, gambar, audio,
animasi, lukisan 3D dan video kedalam folder-folder yang berkaitan

 Peringkat prototaip (menyerupai hasil akhir dan boleh diguna dan diuji)

 Prototaip tersebut diuji dan dirujuk kepada pakar dalam bidang tersebut untuk melihat
kesesuaian dan keberkesanannya.

 Segala komen/kelemahan diperbaiki semula.

4. Fasa pengujian dan penilaian aplikasi

 Guna bahan pengajaran yang telah siap(contoh perisian multimedia) dan uji kepada
sekumpulan pelajar serta buat penilain.

 Terdapat dua jenis penilaian;

1. Penilaian formatif – sepanjang proses pembangunan bahan multimedia dan

2. Penilaian sumatif- diuji setelah bahan siap untuk digunakan.


 Antara kaedah penilaian;

1. pemerhatian ke atas pengguna

2. kumpul data dari latihan,

3. soal-selidik,

4. temubual.

5. ulasan pakar

Model Rekabentuk

MODEL ADDIE

Analysis (Analisis)

Design (Reka bentuk)

Development (Pembangunan

Implementation (Perlaksanaan)

Evaluation (Penilaian)

1. Analisis( Analysis )

 Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah,
mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah.

 Melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan.

2. Rekabentuk ( Design )

 Menggariskan cara untuk mencapai matlamat pengajaran.

 Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak
disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem
penyampaian dan menyusunatur pengajaran.
 Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan.

3. Pembangunan (Development)

 Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk.

 Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan bahan pembelajaran.

 Semasa fasa ini dibangunkan langkah pengajaran, bahan media/perisian yang bakal
digunakan dalam pengajaran serta dokumen lain yang diperlukan.

4. Pelaksanaan (Implementation)

 Implemention atau pelaksanaan berperanan untuk membuat ujian rintis terhadap


bahan/perisian kursus yang telah dihasilkan.

 Misalnya beberapa sampel atau murid telah dipilih bagi menggunakan perisian kursus
tersebut (ujian pilot)

 Seterusnya digunakan untuk kumpulan yang ramai berdasarkan panduan penggunaan


yang disediakan.

5. Penilaian (Evaluation)

 Terdapat dua jenis penilaian utama iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

 Penilaian formatif dilakukan sepanjang proses pembangunan bahan bertujuan untuk


meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan yang dihasilkan

 Penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan yang telah dihasilkan.

 Satu kajian perlu dibuat untuk menilai sejauh mana objektif yang telah ditentukan
sebelumnay telah tercapai setelah proses penggunaan perisian kursus tersebut selesai
digunakan.

 Sekiranya objektif tercapai teruskan. Sekiranya tidak tercapai bahan perlu diubah suai
atau dibangunkan bahan yang baharu.

MODEL ASSURE
A Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)

S State Objectives (Menyatakan Objektif)

S Select Methods, Media and Meterials (Memilih Kaedah, Media dan Bahan)

U Utilize Media (Gunakan Media)

R Require Learner Participation (Menggalakkan Penglibatan Pelajar)

E Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian)

Langkah 1

A- Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)

Analisis dari segi;

a) Ciri-ciri umum pelajar (contohnya gred, tahap umur/tahun, latar sosio ekonomi, jantina
dan budaya)

b) Kompetensi khusus peringkat masuk (contohnya, tahap pengetahuan, kemahiran,


perbendaharaan kata dan sikap)

c) Stail pembelajaran (contohnya suka bergantung, tidak bergantung, verbal dan visual)

Langkah 2

S- State Objectives (Nyatakan Objektif)

a) Nyatakan hasil pembelajaran yang hendak dicapai secara spesifik dan boleh diukur.

b) Fokuskan kepada pencapaian pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk
dipelajari

Langkah 3

S- Select Methods, Media and Meterials (Memilih Kaedah, Media dan Bahan)

a) Memilih kaedah yang sesuai (contoh simulasi, demontrasi, latih tubi dll)
b) Memilih media dan bahan yang sesuai, senang diperolehi serta mudah dibuat
pengubahsuaian (contoh, televisyen, radio, gambar foto, video, bahan bercetak berasaskan
komputer dan lain-lain)

c) Sekiranya media dan bahan yang sesuai tidak diperoleh perlu bina sendiri.

Langkah 4

Utilize Media (Gunakan Media)

a) Bahan dan media yang baik belum menjamin menghasilkan pembelajaran yang lebih baik
jika tidak digunakan dengan betul

b) Cara penggunaannya perlu dirancang dengan baik agar menghasilkan pembeljaran yang
lebih berkesan

c) Priview bahan sebelum digunakan dalam pengajaran sebenar.

Langkah 5

Require Learner Participation (Menggalakkan Penglibatan Pelajar)

a) Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran (contohnya ada kuiz, projek,
perbincangan dan sebagainya)

b) Peranan maklum balas dan latihan juga perlu dijelaskan.

c) Sekiranya bahan yang telah digunakan masih boleh diperbaiki maka penambahbaikan
perlukan. -Sekiranya bahan yang telah digunakan tidak boleh perbaiki untuk mencapai
objektif pembelajaran yang telah ditetapkan, maka guru boleh menukar bahan dan kaedah
pengajaran dengan yang baru.

 Sekiranya model ASSURE ini digunakan oleh guru-guru di dalam merancang pengajaran
ia mampu memberi kesan yang lebih baik kepada pencapaian murid-murid.

 Model ini mudah difahami oleh guru-guru dan mudah untuk diaplikasikan di dalam
menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), memilih atau mengubahsuai bahan yang
sedia ada untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan model reka bentuk pengajaran


 Pengembang pengajaran dan model tidak boleh dipisahkan.

 Pengembang pengajaran menggunakan model pengajaran sebagai alat berkomunikasi


sesama mereka dan pelanggan mereka.

 Sebagai garis panduan merancang aktiviti pengurusan.

 Sebagai algoritma preskriptif bagi membuat keputusan.

Anda mungkin juga menyukai