Anda di halaman 1dari 43

Topik 2:

Reka Bentuk Pengajaran Teknologi

Dr. Sajap Maswan

1
Pengenalan
Topik ini akan membincangkan;
1. Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran
2. Peranan reka bentuk pengajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
3. Aplikasi model reka bentuk pengajaran berikut
dalam pengajaran dan pembelajaran
- ASSURE
- ADDIE
Apakah Reka bentuk pengajaran (RP)?
1. Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran

Reka Bentuk Pengajaran (RP):


1. Reka bentuk pengajaran adalah proses
sistematik bagi menterjemahkan prinsip-
prinsip umum suatu pengajaran dan
pembelajaran kepada perancangan bagi
menghasilkan bahan untuk pengajaran
dan pembelajaran.
1. Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran

Reka Bentuk Pengajaran (RP):


2. RP juga adalah proses sistematik dalam
membangunkan bahan atau media yang
lebih berkesan berdasarkan teori
pembelajaran

3. Dalam RP aspek teori pembelajaran,


model rekabentuk dan strategi
pembelajaran diambil kira.
1. Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran

Tiga Kategoroi RP:

1. RP sebagai satu proses


2. RP sebagai satu disiplin
3. RP sebagai satu sains
1. Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran

1. RP sebagai satu proses


Pembinaan perancangan pengajaran yang
sistematik dengan mengaplikasikan teori
pengajaran dan pembelajaran
• Menganalisis keperluan dan matlamat
pengajaran
• Membina sistem penyampaian
• Menyediakan bahan dan aktiviti
• Melaksanakan perancangan
• Menilai pengajaran & aktiviti yang telah
dijalankan.
1. Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran

2. RP sebagai satu disiplin


Melibatkan penyelidikan dan teori tentang
strategi pengajaran yang paling sesuai termasuk
proses pelaksanaan strategi pengajaran
tersebut.

Teori RP menentukan apakah kaedah yang


paling sesuai digunakan untuk memastikan
pembelajaran berlaku.
1. Pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran

3. RP sebagai satu sains


Merupakan satu kaedah merancang secara
terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai
dan menyelenggarakan situasi yang dapat
menggalakkan pembelajaran bagi unit
pembelajaran, samada bersekala kecil atau
besar pada semua peringkat.

Merangkumi RP bermodelkan bilik darjah,


kurikulum atau produk.
Apakah peranan reka bentuk
pengajaran (RP)?
2. Peranan reka bentuk pengajaran

1. Untuk menghasilkan pengajaran/latihan dan


bahan pengajaran yang sistematik dan berkesan.

2. Bahan pengajaran yang direkabentuk dan dibina


perlu dinilai, diguna dan diurus supaya dapat
meningkatkan prestasi pengajaran dan
pembelajaran
2. Peranan reka bentuk pengajaran

3. Membangunkan bahan pengajaran memerlukan


perancangan yang sistematik agar aplikasi yang
dihasilkan berkualiti dan dapat membantu
peroses pembelajaran dengan lebih berkesan
Apakah model reka bentuk pengajaran
(RP)?
3. Model-model reka bentuk pengajaran

 Model reka bentuk pengajaran (instruksi) boleh


digunakan sebagai panduan bagi
membangunkan bahan pengajaran (termasuk
persembahan multimedia) dengan lebih
sistematik dan berkualiti.
 Gustafson (1991), membahagikan Model RP
kepada tiga kategori; 1. berorientasikan bilik
darjah 2. berorientasikan produk 3.
berorientasikan system.
3. Model-model reka bentuk pengajaran
Terdapat banyak model reka bentuk
Pengajaran/instructional design (ID) yang boleh
digunakan sebagai panduan. Terdapat lebih
daripada 40 model ID. Antaranya ialah;
 Model ADDEI (berorentasikan produk)
 Model ASSURE (berorentasikan bilik darjah)
 Model Gagne, Brigs dan Wager
(berorentasikankan bilik darjah)
 Model Dick & Carrey (berorentasikan sistem)

15
3. Model-model reka bentuk pengajaran
Langkah-langkah dalam model reka bentuk tidak
sama. Namun sekurang-kurangnya melibatkan 4
fasa kerja yang utama iaitu;
1. Fasa menganalisis keperluan aplikasi
2. Fasa perancangan atau merekabentuk aplikasi
3. Fasa pembangunan aplikasi
4. Fasa penilaian aplikasi

16
3. Model-model reka bentuk pengajaran
1. Fasa menganalisis keperluan aplikasi.
 Mengenalpasti masalah pengajaran yang ada
 Senaraikan bahan rujukan yang digunakan
 Kenalpasti isi pelajaran yang ingin disampaikan
 Kenalpasti pelajar sasaran
 Kenalpasti objektif pengajaran aplikasi
 Kenalpasti kaedah penyampaian
 Kenalpasti isi kandungan pelajaran
 Kenalpasti persekitaran penggunaan

17
3. Model-model reka bentuk pengajaran
2. Fasa perancangan/mereka bentuk aplikasi
 Pemilihan media yang paling sesuai, (contohnya
video, audio, grafik, gambar dan sebagainya)
 Pemilihan perisian /media yang sesuai
 Dokumen ringkas mengenai bahan/program yang
dibangunkan;
• Buat lakaran dalam bentuk carta alir
• Buat lakaran papan cerita/storyboard

18
3. Model-model reka bentuk pengajaran
3. Fasa pembangunan aplikasi
 Memindah kan segala maklumat/bahan yang
telah dirancang dalam bentuk lakaran ke dalam
komputer.
 Kumpulkan sumber bahan-bahan yang diperlukan
seperti teks, grafik, gambar, audio, animasi,
lukisan 3D dan video kedalam folder-folder yang
berkaitan

19
3. Model-model reka bentuk pengajaran

3. Fasa pembangunan aplikasi


(sambungan)
 Peringkat prototaip (menyerupai hasil akhir
dan boleh diguna dan diuji)
 Prototaip tersebut diuji dan dirujuk kepada
pakar dalam bidang tersebut untuk melihat
kesesuaian dan keberkesanannya.
 Segala komen/kelemahan diperbaiki
semula.

20
3. Model-model reka bentuk pengajaran

4. Fasa pengujian dan penilaian aplikasi


 Guna bahan pengajaran yang telah siap(contoh
perisian multimedia) dan uji kepada sekumpulan pelajar
serta buat penilain.
 Terdapat dua jenis penilaian; 1. Penilaian formatif –
sepanjang proses pembangunan bahan multimedia dan
2. Penilaian sumatif- diuji setelah bahan siap untuk
digunakan.
 Antara kaedah penilaian; 1. pemerhatian ke atas
pengguna 2. kumpul data dari latihan, 3. soal-selidik, 4.
temubual. 5. ulasan pakar

21
3. Model-model reka bentuk pengajaran
MODEL ADDIE

Analysis (Analisis)

Design (Reka bentuk)

Development
(Pembangunan

Implementation
(Perlaksanaan)

Evaluation (Penilaian)

22
Model ADDIE
1. Analisis( Analysis )
 Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini
adalah memperjelaskan masalah,
mengenalpasti sumber masalah dan
menentukan penyelesaian masalah.
 Melibatkan teknik kajian seperti analisis
kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan.

23
Model ADDIE
2. Rekabentuk ( Design )
 Menggariskan cara untuk mencapai matlamat
pengajaran.
 Antara elemen di dalam fasa rekabentuk
termasuklah menulis siapa yang hendak
disasarkan, menjalani analisis pembelajaran,
menulis objektif dan item ujian, memilih sistem
penyampaian dan menyusunatur pengajaran.
 Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi
input kepada fasa pembangunan.

24
Model ADDIE
3. Pembangunan (Development)
 Dibina berdasarkan fasa analisis dan
rekabentuk.
 Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan bahan
pembelajaran.
 Semasa fasa ini dibangunkan langkah
pengajaran, bahan media/perisian yang bakal
digunakan dalam pengajaran serta dokumen
lain yang diperlukan.

25
Model ADDIE
4. Pelaksanaan (Implementation)
 Implemention atau pelaksanaan berperanan
untuk membuat ujian rintis terhadap
bahan/perisian kursus yang telah dihasilkan.
 Misalnya beberapa sampel atau murid telah
dipilih bagi menggunakan perisian kursus
tersebut (ujian pilot)
 Seterusnya digunakan untuk kumpulan yang
ramai berdasarkan panduan penggunaan yang
disediakan.

26
Model ADDIE
5. Penilaian (Evaluation)
 Terdapat dua jenis penilaian utama iaitu
penilaian formatif dan penilaian sumatif.
 Penilaian formatif dilakukan sepanjang proses
pembangunan bahan bertujuan untuk
meningkatkan serta memperbaiki tahap
keberkesanan bahan yang dihasilkan.

27
Model ADDIE
5. Penilaian (Evaluation)
 Penilaian sumatif bermaksud penilaian
keseluruhan bahan yang telah dihasilkan.
 Satu kajian perlu dibuat untuk menilai sejauh
mana objektif yang telah ditentukan
sebelumnay telah tercapai setelah proses
penggunaan perisian kursus tersebut selesai
digunakan.
 Sekiranya objektif tercapai teruskan. Sekiranya
tidak tercapai bahan perlu diubah suai atau
dibangunkan bahan yang baharu.
28
3. Model-model reka bentuk pengajaran
MODEL ASSURE

Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)


A
State Objectives (Menyatakan Objektif)
S
Select Methods, Media and Meterials (Memilih
S Kaedah, Media dan Bahan)
Utilize Media (Gunakan Media)
U
Require Learner Participation (Menggalakkan
R Penglibatan Pelajar)
Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan
E Pengubahsuaian)

29
Model ASSURE
Langkah 1
A- Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)
Analisis dari segi;
a) Ciri-ciri umum pelajar (contohnya gred,
tahap umur/tahun, latar sosio ekonomi,
jantina dan budaya)
b) Kompetensi khusus peringkat masuk
(contohnya, tahap pengetahuan,
kemahiran, perbendaharaan kata dan
sikap)
Model ASSURE
Langkah 1 (sambungan…)
A- Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)
Analisis dari segi;
c) Stail pembelajaran (contohnya suka
bergantung, tidak bergantung, verbal dan
visual)
Model ASSURE
Langkah 2
S- State Objectives (Nyatakan Objektif)
a) Nyatakan hasil pembelajaran yang
hendak dicapai secara spesifik dan boleh
diukur.
b) Fokuskan kepada pencapaian
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
baru untuk dipelajari
Model ASSURE
Langkah 3
S- Select Methods, Media and Meterials
(Memilih Kaedah, Media dan Bahan)
a) Memilih kaedah yang sesuai (contoh
simulasi, demontrasi, latih tubi dll)
b) Memilih media dan bahan yang sesuai,
senang diperolehi serta mudah dibuat
pengubahsuaian (contoh, televisyen,
radio, gambar foto, video, bahan bercetak
berasaskan komputer dan lain-lain)
c) Sekiranya media dan bahan yang sesuai
tidak diperoleh perlu bina sendiri.
Model ASSURE
Langkah 4
Utilize Media (Gunakan Media)
a) Bahan dan media yang baik belum
menjamin menghasilkan pembelajaran
yang lebih baik jika tidak digunakan
dengan betul
b) Cara penggunaannya perlu dirancang
dengan baik agar menghasilkan
pembeljaran yang lebih berkesan
c) Pribeu bahan sebelum digunakan dalam
pengajaran sebenar.
Model ASSURE
Langkah 5
Require Learner Participation
(Menggalakkan Penglibatan Pelajar)
a) Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam
pembelajaran (contohnya ada kuiz,
projek, perbincangan dan sebagainya)
b) Peranan maklum balas dan latihan juga
perlu dijelaskan.
Model ASSURE
Langkah 6
Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian
dan Pengubahsuaian)
a) Selepas bahan pengajaran digunakan
dalam pengajaran perlu dinilai melalui
maklum balas dari pelajar, pemerhatian
dan maklum balas pakar.
b) Penilaian bertujuan untuk melihat
keberkesanan dari segi kandungan,
kaedah, media dan bahan yang telah
digunakan.
Model ASSURE
Langkah 6
Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian
dan Pengubahsuaian) sambungan..
c) Sekiranya bahan yang telah digunakan
masih boleh diperbaiki maka
penambahbaikan perlukan.
a) Sekiranya bahan yang telah digunakan
tidak boleh perbaiki untuk mencapai
objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan, maka guru boleh menukar
bahan dan kaedah pengajaran dengan
yang baru.
Model ASSURE
 Sekiranya model ASSURE ini digunakan
oleh guru-guru di dalam merancang
pengajaran ia mampu memberi kesan
yang lebih baik kepada pencapaian
murid-murid.
 Model ini mudah difahami oleh guru-guru
dan mudah untuk diaplikasikan di dalam
menyediakan rancangan pengajaran
harian (RPH), memilih atau
mengubahsuai bahan yang sedia ada
untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Model ASSURE
Refleksi…..
Cuba bincangkan.

1. Sediakan satu rancangan pengajaran


untuk topik tertentu berdasarkan model
ASSURE?
2. Terangkan langkah-langkah yang harus
dilalui dalam menghasilkan satu bahan
multimedia pengajaran menggunakan
model ASSURE
3. Model-model reka bentuk pengajaran
Kepentingan model reka bentuk pengajaran

 Pengembang pengajaran dan model


tidak boleh dipisahkan.
 Pengembang pengajaran menggunakan
model pengajaran sebagai alat
berkomunikasi sesama mereka dan
pelanggan mereka.

40
3. Model-model reka bentuk pengajaran
Kepentingan model reka bentuk pengajaran

 Sebagai garis panduan merancang


aktiviti pengurusan.
 Sebagai algoritma preskriptif bagi
membuat keputusan.

41
sajap@ipgktb.edu.my
http://www.sajadstudio.info
43

Anda mungkin juga menyukai