Anda di halaman 1dari 10

Model Reka Bentuk Pengajaran Dick & Carey (1990)

DI bawah model ini terdapat lapan proses ppengajaran yang dicerakinkan kepada
empat bahagian iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan dan penilaian.
ANALISIS
1) Kenal pasti matlamat pengajaran.
- kenal pasti apa tujuan yang hendak dicapai
- hal ini bagi memastikan pengajaran mengikut urutan dan tak tersasar
- kenal pasti penggunaannya dan masa yang ditentukan semasa pelajar
menggunakan perisian.
2) Kenal pasti kemasukan tingkah laku.
- melihat kepada tahap kebolehan pelajar sebelum pengajaran
- guru perlu memberi lebih perhatian pelajar yang kurang terdedah dengan teknologi
multimedia ini
- ciri-ciri pelajar akan memberi impak reka bentuk pengajaran kerana pelajar yang
dah biasa kepada pengisian ini akan mahukan lebih maklumat
3) Kendalikan analisa pengajaran
-analisa ini amat penting kerana guru dapat mengetahui apa yang diajar
- bagaimana domain pembelajaran bagi mencapai kemahiran sasaran
- supaya kelemahan perisian dapat diperbaiki dan memudahkan pelajar memahami
pengajaran
REKA BENTUK
4) Menulis objektif pembelajaran
- supaya isi pelajaran dapat dicapai sepenuhnya
- jika pelajar berjaya membuat tugasan, maka objektif terdahulu tercapai
- dalam pembelajaran, pelajar perlu mendapatkan kemahiran untuk digunakan
dalam pembelajaran seterusnya dan ditingkatkan dari semasa ke semasa
PEMBANGUNAN
5) Membangunkan item ujian rujukan kriterian
- setiap kelemahan perisian dapat dikenal pasti dan dibaiki
- perkara yang perlu dinilai ialah pembelajaran
- item juga akan menilai pelajar dan masa yang diperlukan untuk sesuatu penilaian
- perlu tahu jumlah item ujian supaya keputusan dapat diketahui dengan lebih cepat
6) Membangunkan strategi pengajaran
- maklumat yang diperolah dan dirancang dikelompok mengikut turutan maklumat
- capaian akan lebih mudah dan cepat

- maklumah ini akan dipersembahkan melalui penglibatan pelajar dan tindak balas
mereka
7) Membangunkan dan memilih bahan pengajaran
- bahan pengajaran memerlukan satu strategi yang sesuai dan bahannya pula dapat
digunakan baik secara individu mahupun kumpulan
- aspek pengajar juga kena diberi perhatian supaya pelajar dapat faham secara
maksimum
PENILAIAN
8) Reka bentuk penilaian formatif
- supaya pakar subjek mempercayai bahawa kandungan bahan pengajaran dalam
perisian adalah tepat dan menepati spesifikasi perkeliliang

6.0.1

Model Dick & Carey

Model ini merupakan antara model yang boleh ditentukan berdasarkan


kepada pendekatan sistematik yang terdiri daripada 9 langkah kerja utama.
Langkah-langkah tersebut dapat diringkaskan seperti Rajah 6.4 (Strickland, 2006:
dlm. http://ed.isu.isdmodels/Dick/Dick.html).
Mengkaji
semula
pengajara
n
Analisis
matlamat
pengajara
n
Menentuk
an
matlamat
pengajara
n

Menulis
objektif
perlaksan
aan

Membina
instrumen
penilaian

Membina
strategi
pengajara
n

Membina
dan
memilih
bahan
pengajara
n

Analisis
pelajar
dan
konteks

Mereka
bentuk dan
menjalanka
n penilaian
formatif

Mereka
bentuk dan
menjalanka
n penilaian
sumatif

Rajah 6.1: Aliran Kerja berdasarkan Model Dick & Carey

1.

Menentukan

matlamat

pengajaran

(Identify

Instructional Goals)
Penentuan matlamat pengajaran adalah berdasarkan kepada sesuatu
kurikulum, dokumen, masalah pengajaran dalam bilik darjah ataupun dengan
menyediakan topik baru dalam sukatan pelajaran.

2.

Analisis matlamat pengajaran (Conduct Instructional


Analysis)

Apabila matlamat pengajaran telah dikenal pasti, langkah-langkah untuk


mencapai matlamat tersebut perlu ditentukan. Langkah terakhir dalam fasa ini
adalah untuk manganalisis matlamat tersebut dengan menentukan kemahiran dan
pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar untuk memulakan pembelajaran.

3.

Analisis pelajar dan konteks (Identify Entry Behaviors)

Pada peringkat ini dijalankan analisis yang selari terhadap pelajar, konteks
dalam mana mereka mempelajari kemahiran dan konteks dalam mana mereka
menggunakannya. Pengetahuan sedia ada, kecenderungan dan sikap pelajar
ditentukan selari dengan ciri-ciri pengajaran dan kemahiran yang akan digunakan.
Maklumat-maklumat ini penting dalam menentukan langkah seterusnya,
terutamanya dalam pemilihan atau penentuan strategi pengajaran yang akan
digunakan.

4.

Menulis

objektif

perlaksanaan

(Write Perfomance

Objectives)
Seseorang pereka bentuk perlu menulis kenyataan khusus tentang apa yang
sepatutnya pelajar dapat lakukan setelah mereka mengikuti pengajaran hingga
selesai berdasarkan objektif pengajaran dan konteks pelajar. Penulisan objektif
tersebut dapat dikenal pasti dalam analisis pengajaran yang akan menentukan
kemahiran yang harus dipelajari, keadaan di mana kemahiran tersebut harus
dilaksanakan dan kriteria untuk perlaksanaan yang berjaya.

5.

Membina

instrumen

penilaian

(Develop Criterion-

ReferenceTests)
Instrumen penilaian yang selari dengan objektif yang telah ditulis akan dibina
dan pencapaian pelajar akan diukur berdasarkan objektif.

6.

Membina strategi pengajaran (Develop Instructional


Strategy)

Strategi pengajaran yang digunakan perlu melibatkan bahagian-bahagian


dalam aktiviti pra-pengajaran, persembahan maklumat, latihan dan maklum balas,
ujian, aktiviti lanjutan, dan sebagainya. Strategi perlu mengambil kira hasil-hasil
kajian mengenai pembelajaran, pengetahuan tentang proses pembelajaran, isi
kandungan dan ciri-ciri pelajar yang akan menerima pengajaran tersebut.

7.

Membina dan memilih bahan pengajaran (Develop &


Select Instructional Materials)

Bahan yang hendak dibina bergantung kepada objektif pembelajaran bahan


sedia ada dan kemampuan sesebuah organisasi dari segi kepakaran dan kewangan.
Pemilihan ini juga bergantung kepada kriteria seperti situasi dan kaedah
pengajaran, pengetahuan sedia ada dan media yang akan digunakan untuk
membangunkan aplikasi.

8.

Mereka bentuk dan menjalankan penilaian formatif


(Develop & Conduct Formative Evaluation)

Tujuan penilaian adalah untuk mengumpul data bagi mengenal pasti cara
untuk memperbaiki sesuatu pengajaran. Tiga bentuk penilaian formatif yang boleh
dilaksanakan ialah:

Penilaian satu-ke-satu

Penilaian kumpulan kecil

Penilaian bidang atau lapangan

9.

Mengkaji semula pengajaran (Revise Instruction)

Data yang diperolehi daripada penilaian formatif diproses dan dihuraikan bagi
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mencapai sesuatu
objektif. Selanjutnya seseorang pereka bentuk dapat mengaitkan masalah-masalah
tersebut dengan kekurangan atau kecacatan tertentu dalam proses pengajaran.
Dari hasil penilaian, semua komponen akan dikaji semula bagi menghasilkan media
pengajaran yang lebih berkesan (Baharuddin et al, 2001).
Proses terakhir ialah mereka bentuk dan mengendalikan penilaian sumatif
yang merupakan satu ukuran terhadap nilai aplikasi pengajaran yang dibangunkan
(Model Dick & Careys dlm. http://tip.psychology.org/gagne.html).

6.0.2

Model Waterfall

Model ini mengandungi urutan serta peringkat kerja tersendiri dalam proses
pembangunannya. Enam peringkat yang digunakan dalam model ini ialah:
i.

Analisis keperluan

ii.

Reka bentuk

iii.

Implementasi

iv.

Pembangunan/Integrasi

v.

Pengujian/Penilaian

vi.

Penyelenggaraan

Kelebihan menggunakan model ini adalah setelah sesuatu fasa disiapkan,


fasa seterusnya boleh dilaksanakan dengan mudah. Walau bagaimanapun,
kelemahan model ini adalah sesuatu aplikasi terlalu terikat dengan sesuatu fasa
sehingga sukar untuk melakukan pengubahsuaian mengikut kesesuaian keadaan.
Oleh itu, model ini tidak begitu sesuai digunakan bagi pembangunan aplikasi
pendidikan (Baharuddin et al, 2001). Sila lihat Rajah 6.5 yang menunjukkan aliran
kerja model ini.

Analisis

Reka bentuk

Implementasi

Pembangunan

Pengujian

Penyelenggaraan
Rajah 6.2: Aliran Kerja berdasarkan Model Waterfall

1.

Fasa analisis keperluan (Requirement specification)

Fasa ini bertujuan untuk menghasilkan spesifikasi kepada sistem


pembangunan yang baru. Ia merupakan kajian terhadap pengguna unutk
membangunkan perisian baru yang lebih spesifik. Dalam fasa ini dinyatakan apa
yang akan dilakukan sistem baru tersebut tetapi tidak dinyatakan bagaimana
sistem tersebut akan dilaksanakan.

2.

Fasa reka bentuk (Design)

Dalam fasa ini, semua kajian yang dibuat akan diterjemahkan ke dalam
sistem reka bentuk secara bertulis. Contohnya pembentukan objektif pengajaran,
pembinaan item-item untuk ujian, pemilihan strategi pengajaran dan sebagainya.

3.

Fasa pelaksanaan atau implementasi (Implementation)

Dalam fasa ini pula, sekumpulan ahli pembangun aplikasi akan membina atau
melaksanakan reka bentuk yang telah dibuat dari fasa yang terdahulu.

4.

Fasa pembangunan/ integrasi (Integration)

Peringkat ini merupakan peringkat sesebuah aplikasi dibangunkan serta


diintegrasikan kepada pengguna agar memenuhi keperluan mereka.

5.

Fasa pengujian/ penilaian (Testing and debugging)

Aplikasi akan diuji dan dinilai untuk memastikan ia berfungsi dengan baik,
memenuhi reka bentuk yang telah dibuat, mencapai objektif yang telah ditetapkan
dan sebagainya.

6.

Fasa penyelenggaraan (Maintenance)

Fasa terakhir dalam model ini merupakan peringkat di mana aplikasi akan
diselenggarakan sebelum digunakan oleh pengguna secara lebih berkesan
(Baharuddin et al, 2001).

Selain daripada model-model di atas, terdapat banyak lagi teori yang telah
dicipta bertujuan untuk memudahkan proses pembangunan produk. Namun begitu,
tidak semua model tersebut sesuai untuk digunakan malahan pengguna perlu

memilih model yang sesuai dan menepati konsep produk yang hendak
dibangunkan. Bagi kajian ini, penulis memilih Model ADDIE sebagai model panduan
dengan sedikit pengubahsuaian bertujuan untuk memastikan segala proses reka
bentuk dan pembangunan aplikasi berjalan lancar dan menepati sasarannya.

MODEL DICK AND CAREY


Model Dick and Carey yang berorientasikan sistem memperincikan satu proses
pengulangan yang boleh diaplikasikan dalam berbagai bidang. Model merupakan model
yang paling dikenali dengan rekabentuk sistematik dan menjadi standard kepada
semua model ID ( dan kaedah-kaedah alternatif untuk merekabentuk dan membangun).
(Gustafson and Branch, 2002, p.59).
Model Pendekatan Sistem adalah berasaskan satu teori yang mengatakan terdapat
hubungan yang boleh diramal dan sesuai antara satu stimulus (bahan instruksional)
dan tindakbalas yang dihasilkan pelajar (McGriff, 2001,p.2). Ia menyatakan bahawa:
Satu proses sistematik yang mana setiap komponen (guru, pelajar, bahan dan suasana
pembelajaran) merupakan unsur penting kepada pembelajaran... Satu sistem yang
secara teknikalnya adalah satu set bahagian yang sentiasa berhubung, berfungsi
secara bersama ke arah objektif atau tujuan yang disasarkan. Setiap bahagian
bergantung antara satu sama lain bagi input dan output dan keseluruhan sistem
menggunakan maklumbalas sebagai tanda bahawa objektif yang disasarkan telah
tercapai. (Dick and Cary, 1990.p.3)
Dalam model ini, setiap komponen adalah kritikal. Tiada satu pun yang boleh
ditinggalkan.Sesetengah langkah boleh diselesaikan secara selari tetapi semuanya
mesti diselesaikan. Oleh kerana keadaannya yang begitu sistematik dan tersusun,
model ini menjadi piawai kepada perekabentuk projek.

Model ini membawa pereka bentuk kepada tujuan pengajaran dengan cara
menjalankan penilaian dan dokumentasi bagi objektif pembelajaran yang jelas dan
boleh diukur. Dengan memantau perkembangan pengajaran sebagai satu proses
sistematik yang dianggap sebagai satu fungsi bagi setiap komponen, melalui proses
penilaian formatif dan sumatif, penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan
tujuan pengajaran tercapai.
Model ini mempunyai sembilan komponen. Penilaian sumatif merupakan
kemuncak penilaian tentang keberkesanan pengajaran yang mana secara amnya
bukanlah sebahagian dari proses dalam rekabentuk ini. (Dick and Carey, 1990, p.6).
Terdapat satu kritikan terhadap model ini iaitu, ia menganggap pembelajaran
adalah berasaskan pada penguasaan satu set perlakuan yang boleh dijangka dan
boleh dipercayai sedangkan perlakuan sebenarnya tidak boleh dijangka. (McGriff, 2001,
p.3). Di sebalik kritikan ini, model Dick and Carey terus menjadi pilihan dan diakui
secara meluas. Model ini juga dikatakan menunjukkan asas proses rekabentuk yang
digunakan di banyak perniagaan, industri, kerajaan dan setting latihan ketenteraan,
malah juga memberi kesan kepada prestasi teknologi dan aplikasi komputer dalam
pengajaran.
Output kepada model berasaskan sistem ini biasanya adalah keseluruhan kursus atau
kurikulum. Bagi menghasilkan hasil yang begini besar, komitmen satu pasukan dan
sumber di peringkat tinggi amat diperlukan. Pasukan yang ada akan juga disertai oleh
pakar rekabentuk pengajaran yang mampu menjalankan penilaian formatif yang
extensive. Kesemua bahan akan dibangunkan dan diedarkan secara meluas.
Dalam menentukan sama ada model ini boleh diaplikasikan dalam eLearning
seseorang perlu mengambil kira respon Dick and Carey kepada penggunaan model ini
kepada berbagai media. Mereka menyatakan bahawa selain dari sesuai untuk
membangunkan pengajaran bercetak (print based instruction), ia juga dapat memenuhi
keperluan apa saja medium pengajaran. Pembangun eLearning boleh menggunakan
pernyataan-pernyataan dalam strategi pengajaran bagi menghasilkan story board atau
paparan skrin. Dick and carey juga menegaskan bahawa dengan menggunakan Model
Kaedah Sistem mereka, para pereka bentuk akan dipandu dalam melengkapkan
analisis mereka dan membuat keputusan apa yang perlu diajar, kepada siapa dan
bagaimana sebelum memilih medium. Mereka juga mengingatkan , kebanyakan kajian
mengakui bahawa sebenarnya yang lebih penting adalah proses dan bukannya kaedah
penyampaian yang menentukan kejayaan sesuatu pengajaran.

1.

2.

3.
4.

Kekuatan Model
Satu model yang amat sistematik dan tersusun. Semua proses yang dinyatakan
mengikut langkah dari awal hingga akhir. Setiap proses yang telah dijalankan boleh
diulang semua sekiranya dirasakan hasilnya tidak menepati jangkaan.
Melalui model ini setiap perekabentuk akan dipandu langkah demi langkah. Setiap
proses yang dijalankan mempunyi kaitan denga proses-proses lain yang mana ianya
akan memberikan gambaran yang jelas tentang jangkaan hasil dari model ini.
Model ini dianggap amat sempurna hingga boeh diaplkasikan dalam semua bidang
sama ada pendidikan, awam, kesihatan mahupun sistem keselamatan.
Model ini juga sentiasa menjadi piawai kepada semua perekabentuk projek.
Kelemahan Model
1.
Setiap komponen dalam model ini perlu dijalankan tanpa ada yang boleh
ditinggalkan. Jika ditinggalkan ianya akan mencacatkan proses dan seterusnya
memberikan hasil yang tidak menepati kehendak model.
2.
Output kepada aplikasi model ini biasanya amat besar dan memerlukan
komitmen dari banyak pihak yang berkepentingan. Semua pihak yang terlibat
perlu bekerjasama dalam menjayakan projek

Anda mungkin juga menyukai