Anda di halaman 1dari 16

Model Gaya Pembelajaran Canfield (1997)dan Model Dunn Dan Dunn.

Huraikan
Bagaimana Model Ini Boleh Manfaatkan Dalam Pembelajaran Jarak Jauh
1.1

PENGENALAN

Pembelajaran adalah proses untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat, dan


seterusnya akan menguasai sesuatu kemahiran dan membentuk sikap serta
kepercayaan. Pembelajaran tidak hanya berkait dengan penambahan pengetahuan
dan mengingat semula apa yang telah dipelajari, sebaliknya adalah berkaitan
dengan kefahaman tentang konsep-konsep atau prinsip-prinsip yang boleh
diaplikasi dalam dunia sebenar (Hargreaves, 1996).

Semua pihak yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran


harus mencari cara untuk menjauhkan proses pembelajaran daripada pengaruh
peperiksaan dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokan dan bermakna
(Asiah, 1994).

Pada masa kini, ramai penyelidik mengkaji ciri-ciri unik gaya pembelajaran
seseorang individu di samping menjana alternatif untuk membaiki amalan
pembelajaran supaya dapat dipertingkatkan pencapaian akademik (Moran, 1991).
Claxton dan Murell (1988), pula menyatakan bahawa pengenalpastian gaya
pembelajaran seseorang pelajar akan mewujudkan pembelajaran yang

1
lebih berkesan. Walaupun gaya pembelajaran membolehkan seseorang mengalami
proses pembelajaran dengan lebih berkesan, namun jenis gaya pembelajaran
bergantung kepada kesesuaian seseorang indivivu itu sendiri (Irving dan William,
1995).

Terdapat pelbagai jenis gaya pembelajaran yang digunakan secara meluas


dalam institusi pendidikan di seluruh dunia. Antara yang popular ialah Model Kolb
dengan gaya pembelajaran iaitu Penyesuaian Diri (Accommodator), Pencapahan
(Diverger), Pemusatan (Converger) dan Asimilasi (Assimilator). Secara umumnya,
gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh tenaga pengajar untuk
mengajar pelajar-pelajarnya dan biasanya menggambarkan pegangannya mengenai
pengajaran.

Dengan mengetahui pendekatan pengajaran, tenaga pengajar mempunyai


peluang untuk memilih pendekatan yang sesuai dengan pengajaran
mereka. Menurut Ee Ah Meng (1987), pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai
akan membawa kepada pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang
menyeronokan.

2
1.1

GAYA PEMBELAJARAN

Pada masa kini terdapat banyak model gaya pengajaran dan pembelajaran yang
boleh dijadikan panduan kepada para pensyarah untuk merancang proses
pengajaran dan pembelajaran. Biasanya pensyarah akan memilih gaya yang selesa
dengan dirinya (Esah, 2003). Gaya pembelajaran yang biasa digunakan secara
meluas dalam pendidikan orang dewasa adalah Model Pembelajaran Kolb, Model
Gaya Canfield dan Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Reichmann-Grasha (Tieu,
2003). Oleh yang demikian, gaya pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar
haruslah dipilih supaya kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan oleh
pensyarah adalah efisien.

Mohd Kassim dan Mohd Mohhiddin (2001), menyatakan dalam Akta


Pendidikan 1996, adalah bahawasanya suatu misi untuk menghasilkan sistem
pendidikan bertaraf dunia dari segi mutu bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya untuk mencapai aspirasi Negara. Untuk menyahut cabaran ini,
menyediakan pasarana pendidikan bertaraf dunia tanpa tenaga pengajar dan
pengurusan yang berkualiti tidak akan dapat mencapai misi ini dengan
memperkenalkan Program Pensisawazahan Guru Besar (PPGB) untuk membuka
peluang kepada guru besar sekolah rendah memperolehi ijazah sarjana muda dalam
bidang pengurusan sekolah (BH, Selasa, 18 Okotber 2007).
3
1.3

DEFINISI PEMBELAJARAN

Pembelajaran biasanya dianggap sebagai perolehan maklumat, pengetahuan,


penguasaan kemahiran, tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.
Pembelajaran adalah perubahan kefahaman individu dan keupayaan
melaksanakannya serta mempraktikkan apa yang telah dipelajari iaitu bukan
sekadar meningkatkan jumlah matlamat yang digarap (Hargreaves, 1996).

Pembelajaran seseorang bergantung pada pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan


sikap masing-masing. Perbezaan dalam pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan
sikap ini sangat mempengaruhi cara seseorang mempelajari, mentafsir,
menganalisis, memahami sesuatu dan mencerap pengetahuan yang diajarkan (Aziz
1992).

Kesimpulannya, pembelajaran adalah kebolehan seseorang mengambil maklumat,


mengkod dan failkan maklumat tersebut supaya ianya mudah untuk digunakan
apabila diperlukan. Gaya pembelajaran tidak berkait dengan kecerdasan atau
apakah kemahiran yang telah anda pelajari. Tetapi gaya pembelajaran berkait rapat
dengan bagaimana minda kita berkerja dengan berkesan terhadap pembelajaran
maklumat baru. Gaya pembelajaran seseorang itu telah wujud dalam diri seseorang
sejak dilahirkan.
4
2.0

MODEL GAYA PEMBELAJARAN CANFIELD (1977)

Canfield (1977) telah membina skala gaya pembelajaran membahagikan kepada 4


kategori utama iaitu keadaan pembelajaran (learning condition), kecenderungan
mod belajar (preferred mode of learning), kandungan pembelajaran (learning
content) dan jangkaan prestasi (perfomance expectation).
Keadaan (Conditions)

Kepuasan hati (Content)

1. Peer

1. Numeric

2. Organization

2. Qualitative

3. Goal setting

3. Inarimate

4. Competition

4. People

5 Instructor
6. Detail

7. Independence
8. Authority
Cara (Made)

Pengharapan (Expectation)

1. Listening

1. Outstanding or superior

2. Reading

2. Above average or good level

3. Iconic

3. Average or satisfactory level

4. Direct experience

4. Below average or unsatisfactory


level

Jadual 2.1 : Elemen-elemen Gaya pembelajaran Canfield

5
2.1

CIRI-CIRI MODEL PEMBELAJARAN CANFIELD

Model Pembelajaran Canfiield ini memberi 4 ciri utama dalam gaya pembelajaran
individu iaitu;

2.1.1

Keadaan Pembelajaran (Learning Condition)

Menurut Canfield, pelajar yang bersifat berdikari lebih suka menyiapkan tugasan
secara bersendirian tetapi masih mengharapakan bantuan rakan sebaya untuk
tujuan pandangan kedua atau perbincangan. Mereka yang berdikari biasanya
mempunyai materialnya sendiri, bekerja berdasarkan kelajuan mereka, cuba tidak
menggangu pelajar lain dan mencari maklumat daripada guru sahaja. Mereka
mempunyai matlamat sendiri untuk dicapai kerana mempunyai minat yang
mendalam . Mereka melihat kejayaan mereka adalah bergantung kepada
kemampuan mereka tetapi dalam organisasi sendiri.

Menjadikan persaingan antara kawan-kawan sebagai positif tetapi memerlukan


bantuan guru untuk mlengkapkan tugasan. Mereka juga mengganggap kejayaan

dan kegagalan adalah tidak berkait dengan orang lain Model pembelajaran ini juga
memberi tanggapan bahawa pelajar mempunyai kemampuan yang lebih

6
untuk mendisiplinkan diri dengan program yang diikuti, berkebolehan untuk
melakukan arahan kendiri (Self-directing)

2.1.2

Kecenderungan Mod Belajar (Preferred Mode Of Learning)

Model ini menjelaskan bahawa pelajar yang bersifat kolaboratif seronok untuk
berkongsi idea ketika bekerja dalam kumpulan. Beliau percaya bahawa pelajarpelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar
dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Pelajar lebih
cenderung untuk membaca, mendengar , ikonik dan pengalaman langsung atau
hands-on untuk mendapatkan ilmu.

Modeli ini mendapati dalam usaha untuk meningkatkan motivasi pelajar semasa
perbincangan dalam kumpulan, semua elemen pembelajaran diterapkan. Hasil
daripada peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih
berminat kepada pembelajaran. Model ini juga menjelaskan bahawa bekerja dalam
kumpulan adalah untuk menyempurnakan sesuatu matlamat bersama.
Mereka melihat output sebagai kebaikan untuk semua ahli kumpulan.

2.1.3

Kandungan Pembelajaran (Learning Content)

Model pembelajaran ini lebih menjurus kearah numerasi, kualitatif, inanimat dan
kemasyarakatan. Jelas Model ini menjurus kearah pembelajaran untuk orang
dewasa di mana konsep pembelajaran agak meluah dan bebas. Tidak terdapat isu
pelajar yang bersifat pergantungan akan merasa hampa apabila menghadapi
cabaran. Model ini juga menjalaskan corak pembelajaran yang tidak terlalu amat

bergantung kepada guru untuk memberi arahan yang jelas untuk menyiapkan
sesuatu tugasan. Selain itu mereka amat memerlukan pensyarah untuk
memberitahu mereka tentang apa yang harus dipelajari untuk menghadapi
peperiksaan.

2.1.4

Jangkaan Prestasi (Perfomance Expectation).

Canfiled berpendapat bahawapelajar yang bersifat persaingan akan bersaing antara


satu sama lain untuk mendapatkan ganjaran dan pengiktirafan dan kesangsian juga
timbul dikalangan pelajar dalam kumpulan yang sama. Mereka sentiasa ingin
menunjukkan kehebatan diri sendiri dengan kecenderungan menyiapkan tugasan
yang lebih baik. Selain itu, mereka juga sentiasa ingin mengetahui tentang tahap
pencapaian ujian atau tugasan pelajar lain

8
3.0

MODEL PEMBELAJARAN DUNN AND DUNN

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya
pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan
mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model Gaya
Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip
dimana kebanyakan individu mampu dan boleh belajar, setiap individu mempunyai
gaya pembelajaran tertentu,
gaya pembelajaran individu akan bertindak
balas dengan iklim, sumber
dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan
akhir sekali iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
dapat isesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat
mengoptimumkan proses pembelajaran.

3.1

3.1.1

CIRI-CIRI MODEL PEMBELAJARAN DUNN & DUNN

Rangsangan Persekitaran

Rangsangan persekitaran merujuk kepada elemen-elemen cahaya, bunyi, suhu dan


rekabentuk. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu memerlukan
persekitaran cahaya terang semasa belajar. Individu juga

9
memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh itu,
mereka akan memasang radio atau televisyen sewaktu belajar (terutamanya ketika
larut malam) kerana bunyi dari radio atau televisyen akan dapat mengatasi suasana
yang sunyi itu dan dapat memberi lebih kosentrasi terhadap pelajaran mereka.
Beliau juga mendapati individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap
suhu persekitaran . Proses pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya
dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa dingin. Suhu yang panas akan
menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu dan cepat berasa mengantuk
dan akan menyebabkan produktiviti seseorang. Pelajar yang gemar belajar dalam
keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti pembelajaran
mereka seperti sebuah meja dan kerusi.

3.1.2

Rangsangan Emosional

Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi, kecekalan,


tanggungjawab dan struktur.Motivasi merupakan daya penggerak utama yang
menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak
pada masa tertentu Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu
dapat membantu pelajar belajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap
kecekalan yang berbeza antara individu menyebabkan mereka

10
memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza. Pelajar yang mempunyai
sikap bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa melaksanakan
tugasannya dengan inisiatif sendiri Arahan yang jelas dan berstruktur mendorong
pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan, namun begitu terdapat juga pelajar
yang suka belajar dengan gaya bebas.

3.1.3

Rangsangan Sosiologi

Rangsangan sosiologi terdiri daripada elemen-elemen seperti diri sendiri,


berpasangan, berkelompok atau dengan rakan sebaya atau orang dewasa. Dunn
dan Dunn (1978) menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
secara terus oleh guru kepada pelajar.Terdapat individu yang lebih suka belajar
bersendirian dan tidak mahu gangguan sewaktu mereka belajar. Individu yang
belajar secara berpasangan adalah individu yang lebih suka belajar dengan
kehadiran individu rapat bersamanya. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang
pada kebiasaannya melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya yang banyak
melibatkan perbincangan, sumbangsaran dan perkongsian idea-idea tentang cara
pembelajaran yang berkesan. Orang dewasa menjadi tempat untuk mereka
menyoal atau mengemukakan soalan apabila menghadapi

11
sesuatu masalah pembelajaran. Bagi pelajar yang kurang selesa belajar dengan
pelajar yang sebaya dengannya, mereka lebih selesa belajar bersama guru atau
orang dewasa.

3.1.4 Rangsangan Fizikal

Rangsangan fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti persepsi, makanan,


minuman, waktu belajar dan pergerakan. Model Dunn dan Dunn mendedahkan
keperluan variasi cara belajar. Model beliau menekankan pembelajaran
menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual, auditif, taktual
dan kinestetik.Terdapat individu belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka
makan dan minum semasa belajar. Selain itu, tekanan ketika belajar dapat
dikurangkan melalui makan dan minum.

3.1.5

Rangsangan Psikologi

Rangsangan psikologi terdiri daripada elemen-elemen yang berikut iaitu


analitik/global, impulsif/reflektif, dominan otak kiri/dominan otak kanan. Pelajar
analitik melakukan tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setiap aktiviti
pembelajaran yang dilakukan. Golongan pelajar ini hanya melakukan satu

12

perkara sahaja dalam satu masa. Berlainan pula dengan pelajar yang global kerana
pelajar ini akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka.
Pelajar ini akan lebih cenderung untuk bekerjasama dalam bentuk berkumpulan
berbanding secara individual. Pelajar holistik melihat aspek secara meluas dan
membuat rumusan secara menyeluruh. Individu yang impulsif gemar membuat
keputusan yang cepat dan sering mengikut gerak hati apabila melibatkan diri dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Manakala, individu yang reflektif lebih berhati-hati semasa membuat kerja.


Individu ini sangat prihatin dan berfikir mendalam sebelum melibatkan diri dalam
proses pembelajaran. Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri
(HOKI) dan otak kanan (HOKA). Fungsi otak yang berbeza ini mempengaruhi gaya
pembelajaran setiap individu. Otak kiri manusia mengawal tindakan manusia dari
aspek bahasa, matematik, logik, sekuens, linear dan analisis. Manakala otak kanan
pula berfungsi dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik, rentak dan
irama.

Model Dunn dan Dunn di atas menunjukkan individu mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza berdasarkan kecenderungan belajar individu tersebut. Gaya
pembelajaran individu didapati bertindak balas dengan

13
pendekatan pengajaran dan pembelajaran, sumber dan iklim. Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran, sumber dan iklim yang disesuaikan dengan gaya
pembelajaran seseorang dapat mengoptimumkan proses pembelajaran dan prestasi
belajar individu.

Menggunakan model Dunn dan Dunn, kajian Low Xin Xin (2003) mendapati
bahawa kategori emosional merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan
oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah
Menengah Sains Muar. Dapatan kajian menunjukkan motivasi yang diberi oleh
keluarga, ibu bapa adalah penting untuk mendorong mereka berusaha lagi dalam
pembelajarannya. Manakala kategori yang kurang diutamakan oleh pelajar adalah
kategori sosiologikal. Hasil kajiannya juga mendapati pelajar lebih cenderung untuk
belajar bersendirian berbanding dengan berkumpulan kerana pelajar membazirkan
masa untuk bercakap sesama rakan dan tidak dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya sekiranya belajar dalam kumpulan.

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan oleh Yee Mei Heong (2002) pula,
kategori Sosiologikal merupakan elemen yang paling dominan dalam
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tingkatan Empat yang mengikuti

14
aliran teknik di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor. Kajian beliau
mendapati ada masa pelajar suka belajar secara bersendirian tetapi ada kalanya
suka bersama rakan. Sementara itu, kategori yang kurang diutamakan oleh pelajar
adalah kategori fizikal. Pelajar adalah lebih cenderung dalam kaedah kinestetik dan
visual tetap lemah dalam auditif.

4.0

PERBANDINGAN APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN

Ciri-ciri pembelajaran yang berbeza memerlukan satu pendekatan pengajaran


bersepadu yang mengambil kira perbezaan individu bukan saja dari segi gaya
kognitif tetapi juga dari aspek-aspek lain. Cadangan oleh Dunn dan Dunn (1993)
dilihat sebagai altenatif yang lebih sesuai di dalam menzahirkan pendekatan
pengajaran yang bersepadu. Menurut Rita dan Kenneth Dunn dalam Meng (1997)
menyatakan;

If children cannot learn the way we teach them than we must teach them the way
the learn
Model Pembelajaran Canfield dan Dunn & Dunn menjelaskan keupayaan gaya
pembelajaran yang agak sama dari aspek berikut :

15

4.1

Motivasi dan Berdikari

Pelajar dewasa memerlukan sokongan bagi meneruskan pelajaran dan mereka lebih
bersemangat hendak meneruskan pelajaran apabila diberikan ganjaran dan
sokongan yang dapat memotivasikan mereka terutama daripada ahli keluarganya.
Pelajar dewasa mempunyai kemampuan yang lebih untuk mendisiplinkan diri
dengan program yang diikuti, oleh itu pelajar dewasa berkebolehan untuk
melakukan arahan kendiri (Self-directing) dibandingkan dengan arahan pelajar
dibangku sekolah atau pelajar yang mengikuti program sepenuh masa yang
memerlukan banyak perbincangan.

4.2

Perhatian

Pelajar dewasa perlu mengambil perhatian dan tumpuan khusus terhadap


penerangan atau demostrasi daripada tenaga pengajar supaya mereka dapat
memahami pelajarannya.

4.3

Jangkaan dan Pengantungan pada Tutor/Pensyarah

Prestasi pelajar dewasa perlu diberitahu terlebih dahulu supaya mereka dapat
memperbaiki kekurangan diri dan mungkin akan merasa lebih bersemangat dan

16
bersedia menghadapi apa jua bentuk keadaan. Pelajar dewasa lebih bersifat
pergantungan akan merasa hampa apabila menghadapi cabaran, kerana mereka
amat bergantung kepada pensyarah untuk memberi arahan yang jelas untuk
menyiapkan sesuatu tugasan. Selain itu mereka amat memerlukan pensyarah untuk
memberitahu mereka tentang apa yang harus dipelajari untuk menghadapi
peperiksaan.

4.5

Perolehan ingatan kembali

Pelajar dewasa menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu mereka


memahami konsep yang baru dipelajari dengan mudah dan cepat tampa sebarang
masalah.

4.6

Pemilihan persepsi

Pelajar dewasa perlu membuat pilihan sesuatu perkara atau rangsangan. Ia lebih
merujuk kepada tindakan seseorang untuk membezakan perkara atau rangsangan
sama ada ia penting dan relevan atau tidak penting.

4.7

Mengekodkan dan penyimpanan jangka panjang

Pelajar dewasa seterusnya perlu membuat kod terhadap maklumat yang diterima
untuk disimpan kedalam sistem saraf pusat. Ini dilakukan bagi memastikan
17
maklumat tersebut lebih mudah diingati dan dapat digunakan pada masa akan
datang.

4.8

Gerak balas atau prestasi

Pembelajaran orang dewasa berlaku apabila segala maklumat yang dikodkan dan
disimpan dapat dilaksanakan oleh mereka dengan membuktikannya dengan
tindakan dan perubahan tingkah laku berserta peningkatan prestasinya. Mereka
lebih bersifat persaingan akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan
ganjaran dan pengiktirafan dan kesangsian juga timbul dikalangan pelajar dalam
kumpulan yang sama. Mereka sentiasa ingin menunjukkan kehebatan diri sendiri
dengan kecenderungan menyiapkan tugasan yang lebih baik. Selain itu, mereka
juga sentiasa ingin mengetahui tentang tahap pencapaian ujian atau tugasan
pelajar lain

4.9

Maklum balas dan penanguhan

Ia mempunyai dua fungsi iaitu untuk memberitahu perkara yang seharusnya dibuat
dan motivasi yang mendorong individu meningkatkan atau memperbaiki prestasi
mereka.

18
4.10 Generalisasi atau pemindahan pembelajaran

Generalisasi merupakan pemindahan pembelajaran dari satu situasi kepada situasi


yang lain. Kebolehan ini akan bertambah jika mempraktikkan kemahiran baru dalam
pelbagai situasi.

5.0

KESIMPULAN DAN RUMUSAN

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan di menara gading ini, seseorang pelajar
perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan.
Oleh itu, kajian mengenai gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah
belajar pelajar di Institusi Pengajian Tinggi perlu dibuat supaya gaya pembelajaran,
kemahiran belajar yang diamalkan dan masalah belajar yang dihadapi oleh pelajar
dapat dikenalpasti. Dengan ini, pihak universiti dan pensyarah boleh menyediakan
persekitaran dan bahan mengajar yang lebih sesuai kepada pelajar. Proses
pengajaran dan pembelajaran juga akan berjalan dengan lebih lancar dan selesa.

Menurut Gordon dan Sharan (1982), pembelajaran dewasa adalah suatu


proses yang dilakukan oleh manusia yang mempunyai status dewasa secara
sistematik ataupun sebaliknya yang seterusnya akan membawa perubahan

19
dalam pengetahuan, sikap, nilai atau kemahiran. Dalam pembelajaran berbentuk
luar kampus pelajar tidak kira pendekatan pembelajaran apa yang dipraktikkan
mestilah berusaha dengan gigih untuk berdikari iaitu membebaskan diri dari
belenggu meminta bantuan dan melaksanakan arahan kendiri untuk mempelajari isi
kandungan semua kursus yang diikuti (Karsono, 1993). Pelajar mestilah secara
berkala sentiasa mengingatkan diri masing-masing keatas komitmen mereka untuk
memberikan tumpuan masa dan usaha memahami dan menghayati isi kandungan
kursus yang diikuti.

Selain itu, pelajar mesti menerapkan sikap positif yang menanamkan


keyakinan diri dalam semua perkara serta membangun dan menggunakan
pendekatan individu yang lebih sistematik dalam mempelajari isi kandungan kursus
dan dalam melaksanakan keperluan program pengajian. Setiap pembelajaran orang
dewasa mestilah disesuaikan dengan keperluan orang dewasa. Sebagai pengajar,
mereka juga perlu tahu peringkat pembelajaran dan perlu bertanggungjawab
terhadap perkara-perkara tertentu seperti kemampuan, keperluan cara belajar yang

terbaik dan seterusnya dapat menyesuaikanya dengan penggunaan bahan


pengajaran kepada setiap pelajar

20

BIBLIOGRAFI

Dick ,W., Dan Reiser, R.A. (1989). Planning Efective Instruction. Landon: PrenticeHall.

Ee Ah Meng, (1997). Psikologi Pendidikan II. Selangor: Fajar Bakti Snd. Bhd.

Abdul Ghani Awang (1996). Kemahiran Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Rahim Selamat (1989). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Entreprise.

Apps, J.W. (1990). Study Skills For Todays College Student. Madison: McGraw Hill.

Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Awang Had Salleh (1999). Wawancara Malaysia Hari Ini. TV3@mhi.com.my


Aziz Nordin (1991). Ke Arah Pembentukan Pusat Perawatan Pembelajaran. Jabatan
Pendidikan Sains dan Teknik, Fakulti Sains UTM, Skudai.

Bell, M.E. (1972). Learning and Instruction: Theory Into Practice. New York:
Macmillan Publishing Company.

Canfield, A.A. (1977). Learning Style Inventory Manual. Plymouth: Humanies Inc.
Carmen, R.A. dan Adams, W.R. (1984). Study Skill. Canada: John Wiley & Sons, Inc.

Dunn, R. dan Stevenson , J.M (1997). Teaching Diverse College Students To Study A
Learning Style Prescription. College Student Journal, 31(3): 333-339.

Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning
Styles: A Practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing.

Ee Ah Meng (1989). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Guru Pelatih. K. Lumpur:


Penerbitan Fajar Bakti.

Hargreave, D.J. (1996). How Undergraduate Students Learn. European Journal of


Engineering Education, 21(4), 425-434.

Honey, P. dan Mumford, A. (1983). Using Your Learning Styles. Maidenhead: Peter
Honey.

Toh Hon Leong (2000). Rahsia Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors. Sdn. Bhd.

Yahya Othman (2003). Mengajar Membaca, Teori & Aplikasi, Panduan Meningkatkan
Kemahiran Mengajar Membaca. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Yee Mei Heong (2002). Pola Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Teknik di Daerah Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan
PSM. Tidak diterbitkan.

TALIAN SESAWANG

mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurlkkknalpapers/jurnal2005/nazjp2005.pdf
jpnperak.edu.my/portal/modules.php
www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/lourd/index.html
myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul/bcb9.

JURNAL
Ahmad Amiruddin (1999). Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Di
Kalangan Pelajar Dewasa Yang Meningkatkan Profesionalisme Di Universiti Teknologi
Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan.

Shaharom Noordin (1996). Pengajaran Individu Menggunakan Modul Pengajaran


Kendiri di Sekolah Menengah. Jurnal Akademik. 6. 1.13

Mohd Arif Abdul Rani (1995). Masalah Utama Yang Dihadapi Oleh Pelajar Tahun Tiga
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Di Universiti Teknologi Malaysia.Universiti
Teknologi Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan.

Anda mungkin juga menyukai