Anda di halaman 1dari 72

BAB 4

PENDEKATAN PENGAJARAN

4.1

Pengenalan pendekatan pengajaran

Pendekatan yang wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Oleh itu, ada kalanya pendekatan merupakan klasifikasi pengajaran di mana jenisjenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Menurut Idris. N. (2005), pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif sangat diperlukan bagi memastikan kejayaan sesuatu proses pengajaran. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi kompleks ke isi abstrak. Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Sesungguhnya, segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar adalah berlandaskan kepada teori teori dan ciri pembelajaran. Hal ini bertujuan memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti

2 pembelajaran dengan berkesan. Tambahan pula, pengajaran dan pembelajaran adalah bukan sahaja saling berkait tetapi juga proses yang dijalankan secara terusmenerus seumur hidup dalam bidang kerjaya perguruan. Di dalam proses pengajaran guru mengenal pasti kekurangan diri sendiri dan apabila menemui masalah pengajaran, terdapat motivasi pembelajaran yang berhasrat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta meningkatkan kecekapannya dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran. Proses mengajar dan pembelajaran ini dijalankan secara terus-menerus dan berulang-ulang hingga seumur hidup. Pendekatan merupakan sesuatu yang umum dan menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

4.2

Definisi pendekatan pengajaran

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan pengajaran juga merupakan proses guru mengajar, meliputi kedua-dua niat untuk mengajar dan strategi yang digunakan untuk mengajar. Guru menggunakan sama ada pendekatan perubahan konsep/ berpusatkan pelajar (PKBP) atau pendekatan penyampaian maklumat/ berpusatkan guru (PMBG) (Prosser & Trigwell, 1999; Trigwell & Prosser, 1996). Pendekatan pengajaran didapati mempunyai hubungan dengan pendekatan pembelajaran pelajar dalam kelas tradisional (Prosser & Trigwell, 1999). Memandangkan pendekatan mengajar mempengaruhi pendekatan untuk belajar, maka kefahaman tentang mengajar menjadi faktor yang penting untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran. Lebih-lebih lagi Prosser & Trigwell (1999) telah menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah saling berkaitan. Guru dianggap aktif dan pelajar adalah pasif, dan juga teori tambahan yang menggambarkan peranan kedua-dua pihak guru dan pelajar yang aktif.

3 4.2.1 Konsep pendekatan

Konsep pendekatan dalam konteks pendidikan ialah cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan dalam bidang pendidikan pula merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkahlangkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta memunyai unsur aksiomatik. Berdasarkan kepada huraian mengenai definisi pendekatan, secara amnya pendekatan boleh dirumuskan seperti;

(a)

Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran, contohnya; (i) (ii) Daripada konkrit kepada abstrak Daripada mudah kepada kompleks

(iii) Daripada keseluruhan kepada bahagian (iv) Daripada umum kepada spesifik (deduktif) (v) Daripada spesifik kepada umum (induktif)

(vi) Daripada dekat kepada jauh

(b)

Pendekatan adalah aksiomatik, iaitu pernyataannya dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.

Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang berciri aksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektif pelajarannya yang

4 telah ditentukan. Pendekatan pengajaran merupakan proses guru mengajar, meliputi kedua-dua niat untuk mengajar dan strategi yang digunakan untuk mengajar. Guru menggunakan sama ada pendekatan perubahan konsep/ berpusatkan pelajar atau pendekatan penyampaian maklumat/ berpusatkan guru (Prosser & Trigwell, 1999; Trigwell & Prosser, 1996). Bagi mencapai objektif-objektif jangka panjang tersebut, pelbagai strategi pengajaran yang merangkumi kaedah, teknik dan aktiviti yang digunakan. Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Strategi pengajaran yang digunakan melalui kaedah bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran menerusi tindakan guru yang bersistematik dan berurutan. Satu-satu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Dalam suatu pendekatan pengajaran, boleh digunakan pelbagai jenis kaedah. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum (Mok. S. S., 2008). Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony (1963) mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin H. H. & Siti Hajar H. A. A. dalam bukunya Pengajian Melayu III (Komunikasi Bahasa), teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahanbahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dipelajari. Kaedah mengajar boleh menjadi teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik adalah

5 cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya, dalam kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita yang berkenaan. Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu, teknik mengajar yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dengan kata lain, teknik merujuk kepada tingkah laku guru semasa menggunakan sesuatu kaedah pengajaran. Sebagai kesimpulan, teori-teori pembelajaran dan cara-cara sesuatu mata pelajaran dipelajari menghasilkan pendekatan-pendekatan yang berlainan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar, dan seterusnya menghubungkait prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Gabungan semua kaedah dan teknik pula akan membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh seseorang guru untuk mencapai objektif jangka panjang satu-satu pendekatan. Perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti dapat digambarkan seperti pada Rajah 4.1 (Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee, 1996).

Aktiviti Teknik Kaedah Strategi Pendekatan

Rajah 4.1: Perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti (Koo Kee Peng & Tan Chee Yee, 1996)

6 Pendekatan mementingkan bagaimana pelajaran disampaikan secara berkesan sama ada secara deduktif yang digunakan untuk peringkat rendah atau induktif yang digunakan pada peringkat yang lebih tinggi. Strategi ialah langkah yang diambil untuk melaksanakan pengajaran misalnya strategi yang baik dilaksanakan dalam set induksi mampu menarik murid kepada tajuk yang akan diajar.

4.2.2

Konsep pengajaran

Pengajaran adalah satu cara memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Pengajaran adalah memimpin, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang pembelajaran pelajar. Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap pelajar. Konsep pengajaran meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Corak pengajaran juga banyak berubah dan akan terus berubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Keberkesanan pengajaran pula diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dicapai melalui proses pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan (Hashim. S et al., 2003). Menurut Meng (1997), pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai-nilai. Ia akan menyebabkan perubahan tingkah laku seseorang pelajar. Pengajaran ialah satu pendekatan sisitematik dapat digambarkan seperti pada Rajah 4.2 (Meng.E.A, 1997).

Penentuan topik dan isi Penentuan kebolehan sedia ada

Penentuan strategi P&P Penentuan masa Pemeringkatan isi Pemilihan sumber Pengelolaan bilik darjah

Penilaian pencapaian

Penentuan objektif

Penganalisisan maklumbalas

Pengubahsuaian

Rajah 4.2: Pengajaran ialah satu pendekatan sisitematik (Meng.E.A, 1997)

Fungsi pengajaran adalah menghasilkan pembelajaran yang efektif. Oleh itu satu sesi pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran guru memadankan kaedah mengajar dengan objektif pembelajaran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka. Misalnya, mengajar kemahiran berbeza dengan mengajar menyelesaikan masalah. Mengajar kemahiran lebih menekankan kepada arahan, demonstrasi dan juga pembaikan kesilapan. Manakala mengajar menyelesaikan masalah lebih memberi penekanan kepada pemahaman masalah itu sendiri dan kaedah penyelesaian berdasarkan penjelasan konsep secara deskriptif. Pada masa sekarang banyak model pengajaran yang berlandaskan proses pengajaran dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik bertujuan menghasilkan proses pengajaran yang berkesan (Hashim. S et al., 2003).

4.2.3

Proses pengajaran

Menurut Biggs (1987), pendekatan pembelajaran merupakan gabungan niat bersama strategi yang sesuai yang dipilih oleh pelajar untuk memperolehi maklumat yang berlainan dan menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran yang berlainan. Pendekatan pembelajaran pada umumnya digambarkan dalam model dua kategori, iaitu pendekatan mendalam dan pendekatan permukaan (Marton dan Saljo, 1976). Pengajaran menurut Brueckner, (1992), adalah mereka bentuk suatu kesedaran dan penghargaan potensi diri. Pengajaran juga adalah cara untuk

8 menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Guru hendaklah berkongsi pengetahuan, membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh, merancang dan juga menentukan matlamat untuk diri guru itu senridi bersama pelajar-pelajar supaya dapat menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada masyarakat. Di dalam proses pengajaran terdapat pelbagai aktiviti yang terlibat antaranya ialah seperti penghuraian, demonstrasi, penggunaan alat bantu mengajar, bersoal jawab dan sebagainya. Dengan proses pengajaran ini, para pelajar boleh mengubah tingkah laku mereka melalui aktiviti pembelajaran seperti mendengar, membaca, menulis dan sebagainya. Menurut Robert Glaser (1962), proses pengajaran meliputi empat komponen penting seperti dalam Rajah 4.1.3.

Maklum Balas

Objektif Pengajaran

Pengetahuan Sedia Ada

Kaedah Mengajar

Penilaian

Rajah 4.3: Model Komunikasi Robert Glaser ( Md. Yassin S. et al., 2007)

Objektif pengajaran perlu ada dalam setiap proses pengajaran yang ditentukan dengan merujuk kepada pengetahuan yang diperoleh oleh para pelajar dan kaedah mengajar yang dirancang dengan tujuan mencapai objektif pelajaran. Di samping itu, aktiviti penilaian seperti bersoal jawab, menguji dan pemerhatian perlu ada untuk menentukan pancapaian objektif pembelajaran. Berdasarkan maklumbalas dan respon yang diperolehi daripada aktiviti, guru boleh menentukan sama ada objektif pengajaran atau kaedah mengajar perlu diubahsuai atau diperbaiki atau tidak. Secara kesimpulannya, terdapat tiga komponen yang merangkumi dalam pengajaran iaitu perancangan, penyampaian dan penilaian. Komponen perancangan adalah meliputi perkara-perkara seperti tajuk dan isi, kebolehan sedia ada dan objektif pengajaran. Komponen penyampaian pula adalah seperti penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran, peruntukan masa, pemeringkatan isi, pemilihan

9 sumber dan pengelolaan bilik darjah. Manakala komponen penilaian mengandungi aspek penilaian pencapaian, objektif pengajaran, penganalisisan, pengajaran dan butir-butirnya. Setiap proses pengajaran perlu ada objektif pengajaran yang ditentukan dengan merujuk kepada pengetahuan yang diperoleh oleh murid dan kaedah mengajar yang dirancang dengan tujuan mencapai objektif pelajaran. Di samping itu, aktiviti penilaian seperti bersoal jawab, menguji dan pemerhatian perlu untuk menentukan pencapaian objektif pembelajaran. Berdasarkan maklumat balas yang didapati daripada aktiviti, guru boleh menentukan sama ada objektif pengajaran atau kaedah mengajar perlu diubahsuai atau tidak. Secara umumnya pengajaran merangkumi tiga komponen penting iaitu perancangan, penyampaian dan penilaian. Komponen perancangan meliputi perkaraperkara seperti tajuk dan isi, kebolehan sedia ada dan objektif pengajaran. Komponen penyampaian seperti penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran, peruntukan masa, pemeringkatan isi, pemilihan sumber dan pengelolaan bilik darjah. Manakala komponen penilaian mengandungi aspek penilaian pencapaian, objektif pengajaran, penganalisisan, maklum balas dan pengubahsuaian. Secara ringkas komponen-komponen proses pengajaran dan butir-butirnya (Md. Yassin S. et al., 2007 ) seperti dalam Rajah 4.2.

Pencapaian

Penentuan topik dan isi Penentuan kebolehan sedia ada Penentuan objektif pengajaran Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran Pemeringkatan isi Pemulihan sumber Pengelolaan bilik darjah Penilaian pencapaian Penganalisis maklum balas Pengubahsuaian

Maklum Balas

Penyampaian

Penilaian

Rajah 4.4: Komponen Proses Pengajaran (Md. Yassin S. et al., 2007)

10 4.2.4 Prinsip-prinsip pengajaran

Pada keseluruhannya prinsip-prinsip pengajaran yang baik hendaklah meliputi beberapa prinsip yang penting seperti berikut:

(a)

Pelajar-pelajar hendaklah aktif dalam proses pengajaran. Penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran perlu ditingkatkan supaya mereka menjadi lebih aktif. Guru bertanggungjawab melibatkan pelajar dalam pengajaran supaya pelajar lebih cergas dari segi mental pada sepanjang masa dan dari segi jasmani pada sebahagian masa yang diperlukan. Pelajar perlu diberi perhatian bahawa tidak semestinya pelajar akan aktif walaupun gurunya aktif, sekiranya pelajar tidak dilibatkan sama dalam pengajaran.

(b)

Guru hendaklah menggunakan pelbagai kaedah dalam penyampaian pengajaran. Dalam proses penyampaian pengajaran tidak ada sesuatu kaedah tertentu pun benar-benar sesuai untuk semua pelajar pada satu-satu ketika. Oleh yang demikian, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut keadaan pelajar, jenis pelajaran, waktu mengajar dan sebagainya.

(c)

Isu pengajaran hendaklah dikaitkan dengan pengalaman pelajar. Sesuatu yang hendak disampaikan kurang mendatangkan kesan kepada pelajar sekiranya pelajaran itu tidak berkenaan dengan mereka. Pelajaran akan menjadi lebih bermaksud sekiranya dikaitkan dengan pengalaman yang ada pada mereka. Oleh itu isi-isi pelajaran hendaklah disokong dengan contohcontoh yang telah mereka alami.

(d)

Pengajaran hendaklah memberi pertimbangan kepada perbezaan sifat-sifat individu yang ada pada pelajar. Pengajaran yang baik hendaklah memberikan pertimbangan kepada sifat-sifat perseorangan pelajar yang berbeza dari segi latar belakang dan sosioekonomi, kecerdasan, peringkat emosi, umur, pencapaian, keadaan jasmani, akhlak dan pergaulannya.

(e)

Pengajaran perlulah dirancang terlebih dahulu. Kerja-kerja pengajaran hendaklah dirancang terlebih dahulu dengan teliti sebelum sesuatu pengajaran

11 dimulakan. Ia bukan sahaja memudahkan para pelajar tetapi juga membantu mereka dalam menyiapkan bahan-bahan untuk sesi pengajaran.

(f)

Pelajar hendaklah lebih banyak menggunakan saranan-saranan daripada perintah. Dengan cara saranan pelajar akan lebih mudah dan bersedia untuk melakukan sesuatu tugas yang mereka sebenarnya belum lagi bersedia untuk melakukannya. Sebagai contoh guru boleh mencadangkan mana-mana buku dan alat-alat yang hendak digunakan dan menyusun jadual penggunaannya.

(g)

Sentiasa memberikan galakan. Guru yang baik selalu memberikan galakan dan bimbingan kepada pelajar untuk berjaya dan mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga pembentukan sahsiah mereka. Guru juga boleh memberikan tunjuk ajar kepada mereka supaya boleh mencapai kejayaan dan kemajuan.

(h)

Mengadakan suasana demokratik dalam kelas. Suasana demokratik perlu ada dalam setiap kelas dalam sesi pengajaran. Dalam mana-mana pengajaran, pelajar menjalani kehidupan yang mengamalkan demokrasi. Oleh itu untuk mendapatkan hak dan keistimewaan dalam kelas pelajar perlu menyedari tentang tanggungjawab dan perkhidmatan yang diberikan.

(i)

Menggalakkan integrasi pengetahuan para pelajar. Pembelajaran adalah melibatkan penyusunan semula pengalaman-pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman yang baharu. Pembelajaran yang baru hendaklah berasaskan kepada pengalaman yang terdahulu. Dengan cara ini pengalaman dan pengetahuan pelajar akan menjadi lebih bermakna.

4.3

Pengajaran berpusatkan guru

Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Guru mengamalkan strategi berpusatkan guru, dengan

12 niat untuk menyampaikan maklumat berkenaan bidang tertentu kepada pelajar. Penyampaian begini menitikberatkan fakta dan kemahiran. Namun, tidak wujud hubungan antara fakta dan kemahiran. Pengetahuan sedia ada pelajar tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting dan pelajar dianggap tidak perlu aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Trigwell & Prosser, 1996). Namun dengan perkembangan sistem pendidikan, strategi ini semakin kurang digunakan. Dalam strategi ini guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar bertindak sebagai penonton yang hanya mendengar sahaja penerangan guru. Oleh itu hanya komunikasi sehala penerangan yang diberikan oleh guru. Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar.

4.3.1

Definisi pengajaran berpusatkan guru

Guru sebagai pakar ilmu, guru mengawal proses pembelajaran dan berupaya mengawal hak murid-murid untuk menerima maklumat. Pelajar di ibaratkan sebagai bekas yang kosong di mana pembelajaran dilihat sebagai satu proses penambahan ilmu, kemahiran dan nilai. Pengajaran mengutamakan murid-murid yang serdehana pencapaian akademiknya. Pelajar berkembang pada kadar yang sama. Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai eksplisit. Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan di dalam bilik darjah. Strategi pemusatan guru meletakkan guru di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Dalam strategi ini, guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan pelajar berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi diantara guru dan pelajar adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru juga bersifat autokratik. Pelajar tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru yang banyak bertindak dan memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaianpencapaian objektif pengajaran guru.

13 Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyebaran nilainilai murni dan perkembangan emosi oleh guru. Strategi ini mementingkan pencapaian pelajar berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Teknik mengajar guru tertumpu kepada penyampaian fakta-fakta. Pembelajaran pelajar banyak berbentuk mengingat dan menghafal. Justeru itu, pelajar kurang berupaya membuat interpretasi. Interaksi di antara pelajar juga adalah pasif dan sifat-sifat sosial positif kurang dipupuk. Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian oleh guru. Akibatnya, dibawah strategi pemusatan guru, pelajar menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan penggunaan bahan dalam langkahlangkah pengajaran dan sistematik untuk menyemak permahaman pelajar. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah-langkah kecil yang menegaskan latihan amali pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing pelajar pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap pelajar dengan amali yang lebih tinggi dan kerap.

4.3.2

Ciri - ciri pengajaran berpusatkan guru

Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Terpulang kepada guru sama ada menggunakan konsep suap atau pelbagai teori yang telah dipelajari dahulu seperti behaviourisme, kontruktivitisme dan teori kecerdasan pelbagai. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja. Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan setengah-setengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru. Menurut Mok. S. S. (2002), terdapat beberapa ciri strategi pemusatan guru. Berikut adalah ciri-cirinya:

14

(a)

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting, sedangkan pelajar berperanan sebagai penonton sahaja.

(b)

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar adalah sehala. Guru banyak bercakap dan pelajar banyak mendengar.

(c)

Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Pelajar tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.

(d)

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.

(e)

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.

(f)

Strategi ini mementingkan pencapaian pelajar berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan.

(g)

Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran pelajar banyak berbentuk mengingat dan menghafal kurang berupaya membuat interprestasi.

(h)

Interaksi di antara pelajar adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.

(i)

Mementingkan pengelohan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.

(j)

Di bawah strategi pemusatan guru, pelajar menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.

15 4.3.3 Kelebihan pengajaran berpusatkan guru

Kelebihan bagi penggunaan strategi ini di dalam kelas ialah guru memberi arahan dan mengawal situasi pembelajaran dan disiplin pelajar dapat dibentuk. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kekurangan seperti pelajar menjadi pasif dan tidak berpeluang untuk mengambil inisiatif untuk menganjak sifat ingin tahu dalam diri, kreativiti pelajar terhalang dan sifat dan nilai sosial tidak dapat diterapkan dalam diri pelajar. Guru menerangkan sesuatu topik dengan memberikan banyak contoh seperti menunjukkan salinan asal dokumen-dokumen perniagaan dan memberikan beberapa jenis perniagaan yang sedia ada bagi jenis milikan perniagaan. Guru memberikan nota edaran kepada pelajar. Guru memberikan banyak latihan di mana apabila habis sesuatu topik diajar contoh sistem barter, guru akan mengadakan kuiz kepada pelajar. Guru mempunyai intonasi suara yang mampu menarik perhatian pelajar. Guru memberikan pelajar maklumat asas serta tambahan yang cukup bagi memantapkan pengetahuan pelajar. Guru memfokuskan topik-topik yang popular untuk persediaan pelajar menghadapi SPM. Guru memberikan pelajar latihan yang cukup bagi setiap topik yang telah diajar.

4.3.4

Kelemahan pengajaran berpusatkan guru

Menurut Koh. B. K. (1992) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru dan pelajar. Sekiranya guru hanya menitik beratkan untuk menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai agama boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya pelajar hilang minat (Atan. L., 1982). Guru lebih banyak menumpukan perhatian untuk menghabiskan topik pengajaran supaya pelajar bersedia menghadapi peperiksaan. Guru lebih memfokuskan kepada teacher centered learning berbandingstudent centered learning. Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan

16 kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya berpunca daripada kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih kepada berpusatkan guru. Latihan yang diberikan oleh guru jarang disemak jadi pelajar tidak mengetahui kesalahan mereka. Guru kadang kala terlalu bergantung sepenuhnya kepada buku teks. Guru hanya mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja. Pelajar tidak dibawa untuk membuat aktiviti di luar kelas. Sebagai contohnya adalah lawatan sambil belajar. Guru tidak menyuruh pelajar membuat tugasan berkumpulan agar proses pembelajaran lebih menarik. Berdasarkan pengalaman, kaedah pengajaran sains yang diajar oleh guru kebanyakkannya tidak sesuai dengan objektif pengajaran. Hal ini kerana guru perlu lebih menggunakan lebih banyak eksperimen dalam makmal berbanding dengan pengajaran di dalam kelas. Guru berpendapat kandungan mata pelajaran ini terlalu banyak yang hendak disampaikan maka guru terpaksa mengajar dengan cara sendiri untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar, timbul rasa bosan dan mengantuk apabila di dalam kelas (Saim. S., 2007). Dalam kaedah ini, guru semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar. Guru tidak menggalakkan mereka untuk berfikir atau menyoal apa yang dipelajari. Sebaliknya, guru hanya memastikan bahawa mereka pelajari apa yang mereka sepatutnya pelajari. Dalam strategi ini, lama-kelamaan ia akan menjejaskan perhatian dan motivasi pelajar untuk belajar. Ini adalah kerana penyampaian ilmu secara langsung seperti ini menjadi sabahagian daripada rutin harian mereka. Guru mengambil jalan mudah dengan hanya menggunakan buku teks sahaja tanpa alat bantu mengajar sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diarah menjawab latihan dan yang terdapat di dalam buku teks sahaja (Saim. S, 2007). Subjek pelajaran seperti subjek Kemahiran Hidup hendaklah mengambil kira aspek mempelajari kemahiran dan bukan hanya menekankan pembelajaran secara teori sahaja (Nor Aishah. B. & Yap. P.M., 2002).

17 4.4 Pengajaran berpusatkan pelajar

Pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada pelajar. Pelajar merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran berpusatkan pelajar. Bagi model pembelajaran berpusatkan pelajar, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan kesedaran diri. Keefe, (1979) dalam Suhaida A. K. , (2006), strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran. Seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudah cara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam K. H., 2000). Definisi khas bagi pembelajaran berpusatkan pelajar ialah tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan pensyarah pula berubah daripada berperanan memberi ilmu pengetahuan kepada menjadi fasilitator. Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada pensyarah kepada pelajar. Proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran. Di antara strategi yang boleh diamalkan ialah;

(a)

Menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, kuiz, dan penggunaan ICT secara optimum.

(b)

Menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar lebih sedar apa yang dipelajari oleh pelajar dan sebab mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu.

18 (c) Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan peringkat pengajian termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri.

Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Ini sangat bersesuaian dengan model pengajaran dan pembelajaran sosial. Ia menekankan keseluruhan penglibatan pelajar di dalam kelas dan guru menjadi pembimbing dan tempat rujukan. Pelajar memiliki kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru dan proses pembelajaran berbentuk penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru. Pendekatan ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Guru memupuk sifat-sifat sosial yang positif dalam diri pelajar serta membentuk kemahiran kendiri dengan mempamerkan kepimpinan yang bercorak demokratik dalam kumpulan pelajar. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran. Guru mengamalkan strategi berpusatkan pelajar, dengan niat untuk membantu pelajar mengubah pandangan mereka terhadap dunia dan konsep tentang sesuatu fenomena yang sedang dipelajari oleh mereka. Pelajar perlu membina pengetahuan mereka sendiri maka guru perlu fokus pada apa yang dilakukan oleh pelajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Guru menyedari bahawa guru tidak dapat memindahkan sesuatu pandangan atau konsep baru tentang dunia kepada pelajarnya. Strategi berpusatkan pelajar dianggap sebagai satu keperluan (Trigwell & Prosser, 1996). Salah satu ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah pelajar menjadi pemain utama dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.

19 4.4.1 Definisi pengajaran berpusatkan pelajar

Pendekatan ini juga memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu) dan memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari). Tambahan lagi, strategi ini dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri bagi membantu mereka untuk memahami proses pembelajaran. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar. Justeru itu, berlaku komunikasi dua hala di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang mana menjadikan pembelajaran pasif bertukar menjadi aktif. Naluri ingin tahu pelajar dapat dikembangkan dan guru boleh melihat potensi yang ditonjolkan pelajar. Strategi ini juga mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek secara sihat selain menekankan kepada pencapaian objektif pembelajaran pelajar. Guru juga telah mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian berterusan. Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang. Corak komunikasi yang digunakan juga adalah lebih aktif dengan interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar. Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik dan pelajar bebas bertanya serta memberi pendapat. Guru juga menggalakkan pelajar terlibat secara aktif mencuba dan melakukan aktiviti pembelajaran sendiri. Yang diberi perhatian ialah pencapaian objektif pembelajaran. Banyak teknik perbincangan dijalankan bagi memupuk sifat kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat. Selain itu guru juga lebih berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Langkah-langkah mengatasi kelemahan dapat dijalankan dengan cepat. Hasilnya pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka. Dalam pendekatan ini, tumpuan diberikan kepada pelajar dimana mereka dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti pelaksanaan pengajaran seperti perbincangan, forum dan sesi soal jawab. Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran oleh pelajar sebagai individu dalam pendekatan ini memberi pilihan kepada pelajar tentang jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif serta terlibat dalam penilaian berterusan. Sikap

20 guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang adalah kelebihan utama pendekatan ini. Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan melibatkan diri secara terus dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Pembelajaran ini biasanya melibatkan interaksi sosial seperti penggunaan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran.

4.4.2

Ciri-ciri pengajaran berpusatkan pelajar

Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar ini menekankan peranan pelajar yang menjadi peranan utama dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Di kelas, pelajar digalakkan melibatkan diri mereka secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, pendekatan ini tidak dapat mencapai objektif pembelajaran setiap pelajar kerana sifat pelajar yangberbeza-beza. Salah satu ciri utama pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar adalah guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan sebagai pemimpin demokratik sementara pelajar pula bebas bertanya dan memberi pendapat. Tidak seperti pendekatan pengajaran berpusatkan guru yang hanya memberi peluang kepada pelajar untuk mendengar sahaja, pendekatan ini memastikan pelajar aktif menyertai aktiviti yang dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila pelajar aktif dalam pelaksanaan pendekatan pengajaran ini bermaksud guru berjaya membuatkan pelajar menumpukan perhatian dalam pelajaran dan seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran kedua-dua guru dan pelajar. Dengan ini, pelajar akan berasa lebih rapat dengan guru mereka dan lebih mengingati dan menghargai apa yang telah dibincangkan di dalam kelas. Apapun jawapan daripada pelajar hendaklah diterima oleh guru, sama seperti soalan yang diajukan kepada guru hendaklah dijawab dengan pandangan yang optimis dan bersifat demokratik. Guru tidak boleh bersifat prejudis sekiranya hendak menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar ini. Pendekatan ini banyak

21 member kelebihan kepada pelajar yang berani dan aktif di mana mereka diberi peluang untuk meluahkan pandangan mereka serta dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan berkomunikasi. Ini adalah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk membolehkan pelajar berkesempatan memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu seperti yang dipersetujui oleh Ee Ah Meng (1997). Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dan melibatkan pelajar secara terus dan dalam menemui pengetahuan. Pelajar juga menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial dengan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran. Di bawah teknik pemusatan pelajar, pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran menjadi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi pemusatan pelajar. Menurut Mok. S. S. (2001), terdapat beberapa ciri strategi pemusatan pelajar.

(a)

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pelajar memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.

(b)

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing pelajar supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka.

(c)

Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Pelajar-pelajar sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

(d)

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran pelajar.

22 (e) Perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani.

(f)

Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan pelajar.

(g)

Pelajar-pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

4.4.3

Kelebihan pengajaran berpusatkan pelajar

Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar ini akan dapat mencungkil dan meningkatkan potensi pelajar itu sendiri ke tahap yang maksimum. Daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan haruslah berterusan selaras dengan salah satu ciri pendekatan ini iaitu menekankan perkembangan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, selain daripada memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran, penggunaan pendekatan ini seharusnya dapat menimbulkan minat dan keyakinan pelajar untuk mencari ilmu pengetahuan dan pendidikan seumur hidup mereka. Pembelajaran kendiri, pengarahan kendiri, kaedah dapatan dan inkuiri penemuan adalah amat ditekankan dalam pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar ini. Tambahan pula, pembelajaran kendiri itu sendiri akan dapat meningkatkan perkembangan pembelajaran para pelajar. Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar ini. Kebanyakan pelajar lebih berminat dengan pengajaran yang dipenuhi dengan aktiviti tidak kira aktiviti luar atau dalam kelas. Selain itu, terdapat banyak teknik perbincangan dijalankan melalui pendekatan ini yang dapat memupuk kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, guru perlu sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar bagi mengelakkan pelajar berselisihan pendapat. Dengan penggunaan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar, guru dapat membuatkan pelajar lebih berupaya menggunakan segala yang telah dipelajari serta

23 memindahkannya kepada situasi-situasi baru. Selain itu, guru dapat menegaskan perkembangan kemahiran berfikir dan kegunaan dalam interaksi sosial selari dengan salah satu tujuan pendidikan yang bertujuan mensosialisasikan individu kerana ia tidak boleh dipisahkan dari masyarakat.

4.5

Pengajaran berpusatkan bahan

Pengajaran berpusatkan bahan ialah pengajaran yang lebih menumpukan kepada penggunaan bahan pembelajaran oleh pelajar. Peranan guru sebagai pembimbing sahaja dan pelajar berinteraksi dengan bahan untuk memahami dan menguasai sesuatu kemahiran. Bahan itu terdiri daripada modul pembelajaran kendiri, buku kerja, bahan pembelajaran berbantu komputer dan lain-lain. Pada keseluruhannya, pelajar berdikari dalam pembelajarannya iaitu tidak teerlalu bergantung pada guru dan banyak berinteraksi dengan bahan pembelajaran. Pengajaran yang berpusatkan bahan dan alatan lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu yang digunakan bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh guru manakala bahan pembelajaran merujuk kepada semua bahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar. Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan semata-mata bagi memudahkan guru mengendalikan pengajarannya dan membantu pembelajaran pelajar.

4.5.1

Konsep pengajaran berpusatkan bahan

Strategi ini menekankan pada penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini masih dianggap sebagai membantu guru dalam pengajarannya dan bukanlah sebagai pengganti guru. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis bahan seperti slaid, transparensi, projektor overhead, televisyen, pakej pembelajaran modul, model, carta dan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran.

24 Contoh lazim bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan adalah seperti pengajaran terancang, modul, dan audio tutorial. Tujuan menggunakan bahan bantu adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik. Perkara utama yang perlu diberi perhatian sewaktu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaannya dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Dengan kata lain ianya memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan. Penggunaan bahan yang terlalu banyak dalam satu-satu masa juga mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang penting tidak dapat disampaikan. Oleh itu kemahiran menggunakan alat-alat yang disediakan perlu dikuasai oleh guru bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu mengendalikan kelas-kelas tertentu, terutamanya alat-alat teknologi seperti slaid projektor, televisyen, video atau alatan multimedia yang lain. Selain itu bahan pengajaran terancang yang disediakan dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru. Peranan guru menjadi dominan apabila menggunakan bahan pengajaran seperti ini kerana merekalah yang akan mengendalikan aktiviti pembelajaran. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas kepada aktiviti atau soalan-soalan yang disediakan. Strategi yang berasaskan bahan seperti pengajaran terancang dan modul pembelajaran mempunya tujuan-tujuan seperti berikut;

(a)

Ia membolehkan pelajaran mencapai kemajuan mengikut keupayaannya sendiri.

(b)

Ia dapat memberikan maklum balas dengan serta-merta.

(c)

Maklum balas yang serta-merta dapat mendorong pelajar berusaha dengan lebih tekun lagi.

(d)

Ia membolehkan murid belajar mengikut langkah-langkah yang kecil serta berperingkat.

25 (e) Ia memupuk sifat berdikari. Pelajar tidak terlalu bergantung kepada guru untuk mendapatkan jawapan.

(f)

Ia membolehkan guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan bukan sahaja sebagai pembekal maklumat.

Antara kelebihan menggunakan bahan sewaktu pengajaran ialah ia dapat memupuk sifat berdikari di kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Mereka juga dapat melatih diri menjadi pasukan pemain yang akan saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek atau tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan betul dan sempurna dalam masa yang ditetapkan (Hashim.S. 2003).

4.5.2

Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh pelajar dalam aktiviti pembelajaran seperti buku, teks, kad kerja, bahan tercetak, radas, alat-alat ujikaji dan komputer. Di bawah strategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Di antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video, pengajran terancang melalui mesin-mesin mengajar seperti komputer, dan modul yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak.

26 Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran adalah berkait rapat dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar seperti transperansi dan projektor, atau komputer laptop. Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat dengan strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan-bahan pembelajaran yang lain.

4.5.3

Ciri-ciri pengajaran berpusatkan bahan

Di antara ciri-ciri strategi pemusatan bahan pelajaran yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajar adalah seperti berikut.

(a)

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau pelajar perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

(b)

Komunikasi dan interaksi memang berlaku di antara guru dengan bahan pengajaran, atau di antara pelajar dengan bahan pembelajaran.

(c)

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pengajaran untuk mencpai objektif pelajaran.

(d)

Strategi ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani, sosial dan emosi. Penggunaan alat bahan bantu mengajar dapat membantu pelajar memahami konsep yang abstrak yang lebih jelas. Melalui latihan penggunaan bahan pembelajaran, pelajar dapat membina kemahiran mereka dengan penggunaan bahan pelajaran yang canggih. Di samping itu, mereka dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.

27 (e) Pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna, menarik serta berkesan.

(f)

Peluang interaksi di antara pelajar adalah banyak. Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran untuk menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji.

(g)

Strategi pemusatan bahan pelajaran juga mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman secara langsung. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran, ilmu yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit.

4.5.4

Definisi bahan

Bahan pengajaran diringkaskan sebagai maklumat dan pengetahuan pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar. Bahan pengajaran boleh diperoleh daripada bahan bacaan seperti buku teks, majalah, suratkhabar dan bahan bacaan yang lain. Maklumat itu mungkin berbentuk visual seperti tulisan atau berbentuk audio seperti penerangan guru. Alat bahan bantu mengajar (ABBM) adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Alat bahan bantu mengajar (ABBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah. A. H. ( 1981), bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan pelajar dan sebaliknya, pelajar sesama pelajar serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih

28 abstrak. Penggunaan ABBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada pelajarnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun ABBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru dan pelajar berjalan dengan baik. Proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, ABBM dan tulisan. Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa ABBM yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru. ABBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ pelajar untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh pelajar. Alat bantu bahan mengajar (ABBM) pula ialah media yang digunakan dalam menyampaikan bahan pengajar kepada pelajar. Media pengajaran yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Atan. L.(1981: 179-203) membahagikan alat bahan bantu mengajar kepada tiga kumpulan alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan ABBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979) dan Khairiah Ahmad ( 1980) mengkelaskannyakepada dua iaitu software dan hardware Ngui Kuen Sang (1981). Mengenai ABBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai guru menyetujui bahawa penggunaan ABBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang (Atan. L., 1982: 174 ). ABBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM (Thomas, R.Murray, Swartout. & Sherwin. G., 1963).

29 Rajah 4.5dan Rajah 4.6 di bawah menunjukan salah satu cara mengkategorikan alat bantu mengajar.
ALAT BANTU MENGAJAR (BUKAN ELEKTRONIK)

ALAT PANDANG (VISUAL), papan tulis

ALAT DENGAR (AUDIO); radio

ALAT PANDANG DENGAR (AUDIO VISUAL ) : television, komputer, slide

Rajah 4.5: Kategori alat bantu mengajar (deria)

ALAT BANTU MENGAJAR (ELEKTRONIK)

MEDIA ELEKTRONIK; radio ,komputer

MEDIA BUKAN ELEKTRONIK; papan tulis, kad manila

PENGALAMAN

Rajah 4.6: Kategori alat bantu mengajar

Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia,75% adalah diperoleh melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa, 3% daripada deria bau. (Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, 1986). Rajah 4.6 mengelompokkan alat bantu mengajar berdasarkan cara cara menggunakan alat dan bahan tersebut.

30

(a)

Media elektronik ialah alat bantu mengajar yang menggunkan kuasa elektrik

(b)

Media bukan elektronik ialah alat bantu mengajar yang tidak menggunakan kuasa elektrik

(c)

Pengalaman manusia yang dianggap sebagai alat yang dapat membantu guru dalam proses pembelajaran.

Media digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untk menghasilkan instruksi dan pembelajaran yang berkesan. Disamping itu, media juga turut menyumbang dan memudahkan perkembangan intelektual.

4.5.5

Fungsi alat dan bahan bantu mengajar

Fungsi utama Alat Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Alat Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Alat Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Alat Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Antara jenis-jenis ABBM itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu;

(a)

Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video.

31 (b) Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya.

Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow & Crow, 1983). Dalam konteks pengajaran Matematik, keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai Alat Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980).

4.5.6

Jenis-jenis alat dan bahan bantu mengajar

Jenis alat dan bantu bahan mengajar (ABBM ) yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kreativiti seseorang guru untuk menarik dan memudahkan perpindahan maklumat kepada pelajar. Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, guru sastera perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar. Aplikasi dan manipulasi genre sastera melalui media elektronik, pengisian komputer, borang grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sastera. Kepelbagaian media yang digunakan oleh guru sebagai alat dan bahan bantu mengajar adalah tidak terbatas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala

32 benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Ini juga bergantung kepada kesesuaian proses pembelajaran tersebut mengikut peringkat pengalaman dan pembelajaran pelajar tersebut. Jenis alat bahan bantu mengajar yang akan di bincangkan disini adalah daripada kategori media bukan elektronik dan media elektronik.

4.5.6.1

Media bukan elektronik

Media bukan elektronik adalah alatan yang tidak menggunakan kuasa elektrik dalam penggunaanya. Jenis ini banyak dan biasa digunakan oleh guru di sekolah kerana ianya mudah dalam pengendaliannya dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Antara alatan bahan bantu mengajar dari kategori ini adalah dibincangkan seperti berikut;

(a)

Papan tulis Ianya paling murah dan penggunaanya paling meluas. Ianya sentiasa berada di dalam bilik darjah. Perubahan dan tambahan isi pembelajaran boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Penggunaan alat tulis yang beraneka warna bagi menerangkan perbezaan maklumat dapat membantu memudahkan pelajar memahami isi pembelajaran. Guru yang efektif akan mengelakkan diri daripada kebiasaan bercakap sambil menulis. Ini boleh mengangu konsistensi suara guru dalam penyampaian dan mengganggu konsentrasi pelajar untuk fokus samada mendengar atau melihat

(b)

Papan gulung Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Bahan pengajaran boleh disiapkan terlebih dahulu dan dipamer semasa pembelajaran.

33 (c) Papan kenyataan Diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja pelajar seperti lukisan, karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.

(d)

Gambar Gambar ialah ilustrasi yang menunjukkan gambaran benda sebenar . Ianya boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada idea yang wujud dan formal.

(e)

Carta Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu. Carta boleh mengandungi tulisan, gambar, graf dan rajah.

(f)

Realia Realia adalah penggunaan benda yang sebenarnya sebagai bantuan pengajaran. Realia termasuklan tumbuh tumbuhan, haiwan sama ada yang masih hidup atau telah di keraskan dan benda bukan hidup seperti pakaian dan peralatan.

(g)

Model Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

34 4.5.6.2 Media elektronik

Media elektronik pula adalah alatan yang menggunakan kuasa elektrik untuk menjanakan peralatan tersebut. Jenis alatan ini lebih interaktif dan menarik minat pelajar.

(a)

Radio/perakam kaset Ianya sesuai digunakan untuk pelbagai matapelajaran dan digunakan untuk mengajar kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Perakam kaset dan radio yang bersifat agak kecil dan ringan, memberi kemudahan dalam pengendalianya. Ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi dan mampu dimiliki oleh guru.

(b)

Television/ pemain cekera padat Television mempunyai fungsi untuk menayangkan imej imej yang bergerak dan bersuara iaitu filem atau video. Penggunaan video dan filem akan dapat menarik minat pelajar dan membantu guru dalam pembelajaran sesuatu yang kompleks dengan memperlihatkan sesuatu pergerakan atau proses. Contohnya proses kejadian alam seperti letusan gunung berapi yang mungkin tidak akan dilihat oleh kebanyakan orang. Tayangan video ini boleh diperlahankan atau dikakukan.

(c)

Projektor overhead Projektor Overhead merupakan alat bahan bantu mengajar yang paling hampir dengan fungsi dan peranan papan tulis. Projektor overhead boleh digunakan di tempat yang terang dan tidak memerlukan skrin tayangan yang sebenar. Ia berfungsi dengan meletakan kertas lutsinar di atas pentas tayangan yang akan mempamerkan maklumat pembelajaran. Guru boleh berhadapan dengan pelajar dan dapat menerangkan isi pembelajaran

(d)

Komputer dan perisian pembelajaran Komputer adalah media elektronik yang kini meluas penggunaanya. Ia merangkumi fungsi perakam suara, television dan pemain video. Perisian pembelajaran atau CD interaktif dapat di mainkan pada komputer. Pelajar

35 dapat belajar dan berinteraksi dengan melakukan proses pembelajaran melalui komputer.

(e)

Sistem teknologi maklumat dan pembelajaran e-learning Sistem teknologi maklumat adalah merangkumi penggunaan internet, e learning, email, laman sesawang. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi digital digunakan untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat dalam talian untuk membantu manusia membangunkan negara. Sebagai contoh maklumat boleh dihantar dalam bentuk digital dari satu destinasi ke satu destinasi menggunakan e-mail yang terdapat dalam internet. Maklumat yang terdapat dalam format multimedia dan digital boleh diakses dari Internet untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

4.5.7

Langkah-langkah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan

(a)

Guru mengenal pasti bahan-bahan yang hendak yang digunakan.

(b)

Guru mendapatkan bahan-bahan tersebut dengan secukup-cukupnya.

(c)

Guru memastikan semua alatan yang diperlukan telah disediakan.

(d)

Guru memberikan taklimat atau penerangan bagaimana bahan-bahan digunakan.

(e)

Guru menerangkan tujuan bahan-bahan itu digunakan.

(f)

Ketika pelajar menjalankan projek atau menggunakan bahan-bahan, guru hendaklah mengawas dan membimbing mereka agar hasil yang diperoleh adalah baik.

(g)

Hasil projek hendaklah dinilai dan peneguhan diberi kepada yang baik.

36 (h) Bantuan hendaklah diberikan kepada pelajar yang menunjukkan hasil yang lemah.

(i)

Satu kesimpulan secara keseluruhan hendaklah dibuat atas projek yang dijalankan itu.

4.5.8

Rumusan pengajaran berpusatkan bahan/ alatan

Proses untuk menyediakan atau memilih alat bahan bantu mengajar yang bersesuaian tidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala alat bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada keduadua pihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai. Di sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran. Menurut Kamaruddin (1986), alat dan bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya. Alat bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru terhadap pelajar untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.ianya juga menjadi faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang berkesan akan menjadi bantuan untuk menjadikan pelajar lebih berminat untuk melibatkan diri dalam tugassan dengan efektif sehingga berjaya. Alat dan bahan bantu mengajar adalah berfungsi sebagai medium interaksi antara guru dan pelajar.

37 4.6 Pendekatan pengajaran induktif

Pendekatan pengajaran induktif juga dirujuk sebagai pendekatan saintifik (Gabler & Schroeder, 2003), iaitu satu proses yang menggunakan pemerhatian untuk membentuk satu prinsip yang umum tentang sesuatu objek. Mengikut pendidikan psikologi, seseorang individu biasanya akan mempuyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari sesuatu apabila beliau mempunyai keinginan yang kuat untuk mengetahui atau mengenalpasti sesuatu. Dengan itu, cara pengajaran guru yang lebih cenderung kepada penyuapan segala kemahiran dan ilmu yang hendak diajar ternyata tidak akan membawa kesan yang baik untuk menggalakan motivasi pembelajaran pelajar. Sepatutnya, pengajaran harus bermula dengan spesifik, iaitu satu set data sebenar. Pelajar akan cuba membuat intepretasi terhadap data atau hasil eksperimen mereka dengan menjana sesuatu fakta, undangundang, prosedur atau prinsip yang tertentu. Pendekatan pengajaran ini meliputi beberapa jenis kaedah pengajaran yang utama seperti inkuiri, pengajaran berasaskan masalah, pengajaran berasaskan projek, dan pengajaran berasaskan kes (Prince & Felder, 2007). Walaupun kaedah-kaedah ini berbeza daripada ciri-ciri pengamalan, namun boleh digolongkan dalam jenis pendekatan ini kerana corak pengajaran lebih lebih berpusatkan pelajar. Mereka diberi peluang untuk membina realiti versi sendiri daripada menerima bulat-bulat realiti versi guru mereka. Guru pula tidak digalakkan untuk memberi definisi, membuat penerangan hukum, konsep, topik, atau isi kandungan yang hendak diajarkan. Guru perlu mengemukakan soalan-soalan dan contoh-contoh yang sesuai untuk membantu dan membimbing pelajar mendapat satu kesimpulan yang tepat dan baik. Pelaksanaan pendekatan pengajaran induktif dapat dimulakan dengan penyediaan contoh-contoh yang sesuai dan berkredibiliti tinggi. Contoh-contoh yang sesuai, banyak dan menyeluruh membolehkan pelajar membuat kesimpulan dengan lebih tepat. Semakin banyak contoh dikemukan, semakin tinggi kadar kebolehpercayaan isu yang diutarakan. Sebagai contoh, kita sukar bersetuju dengan pandangan kawan yang menyatakan bahawa kursus komputer sangat susah selepas manghadiri sekali bengkel kursus tersebut. Boleh dikatakan bahawa ia telah membuat kesimpulan secara tergesa-gesa tanpa bukti yang kukuh. Dalam erti lain,

38 kesimpulan yang dibuat berdasarkan contoh yang terhad akan memungkinkan keputusan yang salah dibuat dan menggambarkan daya pemikiran yang lemah.

4.6.1

Konsep asas pendekatan pengajaran induktif

Pengajaran secara induktif melibatkan proses penaakulan yang bertujuan untuk membuat satu kesimpulan atau generalisasi untuk mendapatkan petua, hukum atau peraturan berdasarkan contoh-contoh yag tertentu (Prince & Felder, 2007). Dalam erti kata lain, konsep ini melibatkan pembelajaran sesuatu untuk mendapatkan sesuatu hukum, petua atau konsep yang menuntut justifikasi dibuat daripada yang khusus (spesifik) kepada yang umum (general). Rajah 4.7 memaparkan konsep asas pendekatan pengajaran induktif dan Rajah 4.8 menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah induktif.

Contoh-contoh yang khusus Induktif

Membuat kesimpulan atau generalisasi

Rajah 4.7: Pendekatan induktif

Contoh-contoh khusus

Memerhati dan mengkaji

Mentafsir dan membuat generalisasi

Ikan emas, udang, kerang, sotong, berudu

Bernafas melalui insang

Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas

Rajah 4.8: Proses pengajaran-pembelajaran melalui kaedah induktif

39 4.6.2 Jenis-jenis pengajaran induktif

Pendekatan induktif mempunyai banyak kaedah mengajar yang digunakan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran (Sang. M.K, 2000). Pendekatan ini juga mempunyai berbagai-bagai jenis. Antaranya ialah;

(a)

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari ciri segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga.

(b)

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.

(c)

Membentuk satu hukum daripada penyataan-penyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis terhadap strruktur ayat-ayat bahasa.

(d)

Membentuk satu teori melalui aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

(e)

Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

4.6.3

Prinsip-prinsip pendekatan pengajaran induktif

Pendekatan pengajaran induktif mempunyai beberapa prinsip utama. Pada mulanya, guru perlu menyediakan contoh-contoh yang sesuai, menyeluruh, dan mencukupi. Biasanya guru tidak digalakkan untuk memberi jawapan secara langsung tetapi digalakkan untuk membimbing pelajar membuat generalisasi berdasarkan contohcontoh tersebut. Pelajar juga perlu diminta untuk memberi contoh-contoh yang lain dan relevan supaya generalisasi dapat dibuat dengan lebih mudah.

40 Guru perlu mengemukakan contoh satu demi satu supaya pelajar berpeluang untuk mengkaji dan menyiasat pola atau konsep dalam contoh-contoh tersebut dengan lebih mendalam dan teliti. Dalam situasi pembelajaran, guru harus memastikan seberapa banyak deria pelajar digunakan iaitu aktiviti melihat, mendengar, dan menyentuh hendaklah disediakan. Selain itu, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan hendaklah mematuhi prinsip iaitu daripada contoh-contoh khusus kepada satu generalisasi atau kesimpulan (Ee, 1993;Mok,2003). Kesemua prinsip tersebut harus diikuti oleh guru dalam turutan yang betul seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.9 dan Rajah 4.10.

Menyediakan contoh-contoh yang sesuai, menyeluruh dan mencukupi

Membimbing pelajar membuat generalisasi berdasarkan contohcontoh

Meminta pelajar memberi contoh-contoh lain yang relevan

Mengemukan contoh satu demi satu

Memastikan seberapa banyak deria pelajar digunakan

Mematuhi prinsip dari contoh-contoh khusus kepada satu generalisasi atau kesimpulan

Rajah 4.9: Prinsip pendekatan pengajaran induktif

41 4.6.4 Keperluan pendekatan pengajaran induktif

Pendekatan ini merupakan satu pendekatan pengajaran yang melibatkan proses penaakulan yang tinggi kerana pelajar tidak diajarkan sesuatu konsep, isu, hukum atau teori secara langsung, sebaliknya mereka digalakkan mencari, menyiasat serta mengenalpasti sesuatu konsep atau teori dengan usaha sendiri. Selepas itu, mereka menghasilkan satu kesimpulan atau membuat generalisasi atau berdasarkan data-data atau contoh-contoh yang telah dijumpai. Di samping itu, mereka akan digalakkan berfikir secara saintifik, kritis dan kreatif dalam proses menyelesaikan situasi masalah secara induktif. Penggunaan pendekatan ini bukan sahaja dapat mencabar keintelektual pelajar tetapi juga membawa keseronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana lebih berpusatkan pelajar. Misalnya, pelajar yang terlibat dalam kumpulan berpeluang untuk berkongsi idea dan bekerjasama antara satu sama lain untuk mengumpul dan menganalisa maklumat atau data yang diperlukan. Selain itu, pendekatan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk mengumpul dan menganalisa maklumat atau data dengan teliti dan kemudian mengorganisasikan maklumat atau data yang berkenaan sebagai konsep. Pelajar turut berpeluang memanipulasikan sesuatu konsep baru dalam proses mengumpul, menganalisa, dan mengkategorikan maklumat atau data mereka. Oleh itu, penggunaan pendekatan ini secara kerap akan menambahkan kebolehan pelajar untuk membentuk konsep secara efektif dan meningkatkan kebolehan mereka dalam menganalisa maklumat atau data yang dikumpul daripada pelbagai perspektif. Sekiranya pelajar dilibatkan dalam bentuk kumpulan, mereka patut digalakkan dengan aktiviti yang memerlukan pengumpulan maklumat atau data ynag lebih banyak. Dengan itu, mereka berpeluang untuk berkongsi antara satu sama lain dalam proses penganalisaan maklumat yang dikumpul daripada pelbagai perspektif, aspek dan sudut.

4.6.5

Cara Penggunaan Pendekatan Induktif

Secara amnya, terdapat dua cara utama pengajaran induktif digunakan oleh guru di dalam bilik darjah, iaitu membuat pengitlakan berdasarkan contoh-contoh yang

42 khusus dan membentuk satu prinsip berdasarkan beberapa eksperimen yang dilakukan (Ee, 1993).

a)

Membuat pengitlakan berdasarkan contoh-contoh yang khusus Sebagai contoh, beberapa contoh kata nama khas dinyatakan kepada pelajar seperti Shakir, Linda, Bahasa Tamil, Proton Saga, Pusat Pembangunan Negara, Tan Sri, Sang Belang, akta Kolej dan Pulau Pinang. Kemudian, pelajar diminta untuk mengkaji dan mengkategorikan ciri-ciri kata nama khas, seterusnya dibimbing untuk membuat kesimpulan tentang konsep nama khas ini. Ini dapat diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.11.

Ciri-ciri kata nama khas: (a) (b) (c) Mendukung makna rujukan khusus Huruf pertama ditulis dengan huruf besar Kata nama khas

Hidup :

Shakir, Linda (manusia) Sang Belang (haiwan) Vanda Diana (orkid) [tumbuhtumbuhan]

Bukan Hidup:

Pulau Pinang Pusat Pembangunan Negara Tan Sri Akta Kolej Bahasa Tamil Proton Saga

Rajah 4.10: Ciri-ciri nama khas

b)

Membentuk satu prinsip berdasarkan beberapa eksperimen yang dilakukan Sebagai contoh, pelajar diminta menjalankan empat eksperimen untuk mengenalpasti yang berikut;

43 (i) Keperluan cahaya untuk proses fotosintesis

(ii)

Keperluan karbon dioksida untuk proses fotosintesis

(iii)

Keperluan klorofil untuk proses fotosintesis

(iv)

Keperluan air untuk proses fotosintesis

Seterusnya pelajar diminta untuk membuat generalisasi tengtang jenis-jenis keperluan bagi tumbuh-tumbuhan untuk membina makanan sendiri. Guru membimbing pelajar untuk membentuk konsep tentang proses fotosintesis.

4.6.6

Langkah-langkah pengajaran secara induktif

Terdapat tiga langkah utama pengajaran secara induktif, iaitu :

(a)

Langkah pertama: Perancangan (i) Guru harus mengenal pasti sesuatu yang hendak disampaikan, misalnya dalam matematik, topik tentang ungkapan algebra yang melibatkan lebih lebih dari dua anu; dan dalam Sejarah, topik yang bertajuk Semangat nasionalisme di Malaysia pada abad ke-19. Setiap topik ini merupakan titik permulaan yang utama dalam langkah perancangan ini (Eggen & Kauchak, 2003).

(ii)

Topik yang dipilih haruslah berdasarkan buku teks, buku rujukan atau sumber-sumber lain yang selaras dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan. Seterusnya, guru harus menetukan apa yang hendak dicapai oleh pelajar daripada topik ini, iaitu matlamat pengajaran atau objektif pengajaran.

(iii) Matlamat pengajaran atau objektif pengajaran yang jelas adalah penting kerana menyediakan satu kerangka untuk membantu guru memilih

44 contoh-contoh yang sesuai dan memimpin pelajar ke arah membuat kesimpulan atau generalisasi yang tepat bagi topik tersebut. Sekiranya matlamat pengajaran tidak jelas, maka guru akan menghadapi masalah menyediakan soalan kepada pelajar atau memberi cadangan yang tepat kepada mereka.

(iv) Keadaan ini sudah pasti membawa kegagalan untuk mendapat respons yang tepat daripada pelajar. Ini diikuti oleh penyediaan contoh-contoh relevan dan menyeluruh oleh guru supaya generalisasi dapat dibuat dengan mudah dan tepat.

(v)

Contoh-contoh boleh terdiri daripada bahan konkrit, gambar, model dan sebagainya.

(b)

Langkah Kedua : Permulaan (i) Guru menunjukkan beberapa contoh yang menarik dan berkait konsep, teori atau rumus yang hendak disampaikan.

(ii)

Pelajar diminta menseritakan apa-apa jua yang difahami daripada contoh tersebut.

(c)

Langkah Ketiga : Pelaksanaan (i) Guru memulakan pengajaran dengan mengemukakan contoh-contoh yang relevan dan mencukupi satu demi satu bagi membolehkan pelajar membuat pemerhatian atau penemuan yang terperinci dan teliti.

(ii)

Selain itu, guru juga perlu melibatkan pelajar untuk mengemukakan contoh-contoh lain yang sesuai supaya pembinaan konsep yang lebih tepat dapat dicapai.

(iii) Di samping itu, guru juga digalakkan mengemukan soalan-soalan yang sesuai untuk menggerakkan daya penaakulan pelajar supaya satu kesimpulan dapat dibentuk. Seterusnya, guru perlu membimbing

45 pelajar untuk membuat generalisasi berdasarkan contoh-contoh yang telah dibincangkan.

(iv) Guru dikehendaki memberi contoh-contoh lain sekiranya pelajar masih gagal membuat generalisasi yang tepat. Guru tidak digalakkan memberi jawapan secara langsung. Peranan mereka lebih sebagai pembimbing untuk membantu pelajar memahami pola-pola atau unsur-unsur secara menyeluruh.

(v)

Contoh-contoh tambahan diperlukan untuk menguji kefahaman pelajar dan mengukuhkan konsep-konsep yang dibentuk daripada generalisasi mereka.

(d)

Langkah keempat : Penilaian (i) Guru dikehendaki menyediakan aktiviti susulan bagi pelajar. Guru juga perlu membuat maklum balas untuk menilai kebekesanan pengajarannya. Langkah ini adalah penting untuk mengesan kebaikan dan keburukan pengajaran.

(ii)

Guru perlu membuat pengubahsuaian yang sepatutnya terhadap kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti.

Ringkasan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh guru dalam pengajaran induktif seperti dalam Jadual 4.1

Jadual 4.1: Langkah-langkah pengajaran induktif Langkah 1 Perancangan Penerangan (a) Mengenal pasti dan menetukan matlamat pengajaran atau objektif pengajaran yang hendak dicapai. (b) Menyediakan contoh-contoh yang relevan dan menyeluruh. 2 Permulaan (a) Menunjukkan beberapa contoh yang menarik dan berkait rapat dengan teori, konsep atau rumus yang hendak

46 Jadual 4.1: sambungan Langkah disampaikan. (b) Pelajar diminta menceritakan apa-apa jua yang difahami daripada contoh-contoh yang diberikan. 3 Pelaksanaan (a) Mengemukakan contoh-contoh yang relevan dan mencukupi satu demi satu. (b) Melibatkan pelajar untuk mengemukakan contoh-contoh lain yang sesuai. (c) Menggalakkan pelajar mengemukakan soalan-soalan yang sesuai untuk menggerakkan daya penaakulan mereka. (d) Membimbing pelajar untuk membuat generalisasi berdasarkan contoh-contoh yang telah dibincangkan. (e) Memberi contoh-contoh lain sekiranya pelajar masih gagal membuat generalisasi yang tepat. (f) Memberi contoh-contoh tambahan untuk menguji pemahaman pelajar dan mengukuhkan konsep yang dibentuk. 4 Penilaian (a) Menyediakan aktiviti susulan bagi pelajar. (b) Membuat maklum balas untuk menilai keberkesanan pengajaran. (c) Membuat pengubahsuaian terhadap kelemahan yang dikenal pasti. Penerangan

4.6.7

Rumusan pengajaran induktif

Dalam pendekatan pengajaran induktif , guru memulakan pengajarannya dengan memberikan contoh-contoh yang khusus dan pada akhir pelajaran, pelajar akan membuat kesimpulan umum tentang topik yang dipelajari berdasarkan contoh-contoh khusus tersebut. Guru hanya membimbing pelajar, malalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh-contoh khusus yang

47 dikemukakan. Konsep pengajaran induktif juga mempunyai peranan-peranannya tersendiri yang mampu memberi faedah kepada guru dan pelajar itu sendiri.

4.7

Pengajaran deduktif

Menurut Brian Seaton (1982), pendekatan deduktif dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu pendekatan yang didahului dengan pengajaran rumusrumus, undang-undang ataupun peraturan bahasa, kemudian diikuti dengan contohcontoh dan diakhiri pula dengan aplikasi atau penerapan rumus-rumus tersebut, "learning by deduction the students start with a general truth and applies it to a particular cases".

4.7.1

Konsep deduktif

Pendekatan pengajaran deduktif ialah suatu strategi pengajaran yang berlawanan dengan pengajaran induktif. Strategi pengajaran deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana pelajar perlu memperolehi kefahaman yang mendalam atau mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi padah contoh-contoh khusus. Menurut Mok. S. S. (2002), konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contohcontoh yang khusus. Pendekatan ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Rajah 4.12 menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan deduktif.

48

Kesimpulan Umum Rumus Prinsip Hukum Teorem Peraturan

Kaedah Deduktif Contoh A Contoh B Contoh C Contoh D

Aplikasi

Kesimpulan Khusus Memperoleh rumus, prinsip, teorem, hukum, peraturan yang baru

Rajah 4.11: Proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan deduktif

Dalam pendekatan deduktif ini, bermula dengan guru memberitahu para pelajar objektif pada peringkat awal seterusnya para pelajar akan dibimbing mengingat hukum, prinsip, teorem atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Pendekatan pengajaran deduktif ini adalah merupakan pendekatan pengajaran yang kompleks kerana para pelajar perlu memperolehi pengetahuan yang cukup dan kefahaman yang mendalam serta berupaya memilih dengan tepat rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari untuk diaplikasi pada contohconthoh yang khusus. Kefahaman para pelajar akan dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi. Dalam aplikasi, latihan-latihan yang disediakan oleh guru untuk para pelajar haruslah pelbagai jenis dan dalam konteks yang bermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar menerapkan rumus dalam situasi yang baru.

4.7.2

Jenis pendekatan deduktif

Pendekatan pengajaran secara deduktif ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara dan kaedah. Terdapat tiga jenis pendekatan deduktif yang biasanya digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu penyelesaian masalah, membentuk generalisasi baru dan membukti hipotesis. Jenis pendekatan deduktif yang pertama ialah penyelesaian masalah. Jenis ini akan digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, bagi topik ayat seruan

49 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberi definisi ayat seruan, iaitu ayat yang diucapkan dengan nada seruan untuk melahirkan sesuatu perasaan seperti gembira, terkejut, marah dan takut. Kemudian guru akan menerangkan bahawa ayat seruan biasanya dimulai kata seru seperti oh, amboi, wah dan cis (Shamsul & Asiah, 2007). Seterusnya guru akan memberikan beberapa contoh ayat seruan seperti yang berikut:

(a)

Wah, cantiknya pakaian kamu!

(b)

Nah, ambillah wang ini!

(c)

Syabas, kamu telah berjaya mencatatkan rekod lompat tinggi yang baru!

(d)

Cis berani engkau tuduh aku!

Setelah memahami maksuh ayat seruan, pelajar akan cuba menyelesaikan atau melengkapkan soalan-soalan khusus seperti di bawah:

(a)

_______, bukan main nakal budak itu!

(b)

_______, tinggi betul pokok kelapa ini!

(c)

_______, kaki aku terpijak kaca!

(d)

_______, jahat betul hati dia!

(e)

_______, simpanlah buku ini di dalam almari kamu!

Jenis pendekatan deduktif kedua ialah membentuk generalisasi baru. Pendekatan deduktif jenis ini akan digunakan untuk membentuk suatu generalisasi atau rumus yang baru berpandukan prinsip, rumus, teorem atau peraturan yang telah dipelajari. Misalnya, selepas pelajar mempelajari rumus luas segi empat tepat dalam Matematik, mereka diminta menggunakan rumus itu untuk memperoleh luas segi empat selari seperti yang di tunjukkan dalam Rajah 4.12 dan Rajah 4.13.

50 Luas segi empat tepat = Panjang x Lebar

Lebar

Panjang

Luas segi empat selari = Tapak x Tinggi

Tinggi

Tinggi Tapak

Tapak

Rajah 4.12: Pengajaran deduktif bertujuan membentuk generalisasi baru

Jenis pendekatan deduktif yang ketiga ialah membukti hipotesis. Dalam pendekatan deduktif jenis ini, prinsip, teorem atau hukum yang dipelajari akan dibuktikan melalui hipotesis. Contohnya, selepas pelajar mempelajari teorem hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180 dalam Matematik, mereka diminta menggunakan teorem itu untuk membuktikan hasil tambah empat sudut dalam sebuah rajah segi empat selari ialah 360 seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.14

f c d a a + b + c = 180 b a b a + b + c = 180 d + e + f = 180 a + b + c + d + e + f = 360 c

Rajah 4.13: Pengajaran deduktif bertujuan membuktikan hipotesis

51 4.7.3 Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran deduktif

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula, setiap guru yang ingin menggunakan kaedah pengajaran deduktif ini haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip tertentu untuk memastikan dan menjamin keberkesanan pendekatan yang ingin digunakan terhadap pengajaran yang akan disampaikan. Antara prinsipprinsip yang perlu diterapkan dalam pendekatan ini adalah;

(a)

Guru perlulah memperkenalkan atau mendedahkan kepada para pelajar hukum, prinsip, rumus, teorem atau peraturan yang berkaitan dengan pengajaran yang disampaikan dengan jelas dan terang.

(b)

Guru mestilah membimbing para pelajar untuk mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaiakan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.

(c)

Para pelajar haruslah telah mengetahui dan memahami dengan mendalam generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis.

(d)

Prosedur yang tepat dan betul haruslah diterapkan dan dijalankan dalam penggunaan pengajaran deduktif ini di dalam Rajah 4.14, iaitu :

Pendedahan masalah atau hipotesis

Pemilihan generalisasi, prinsip atau teori yang telah diketahui

Menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis

Rajah 4.14: Prosedur Dalam Pengajaran Deduktif

(e)

Di dalam proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis, ianya tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, teorem atau teori yang telah dipelajari sahaja sebaliknya ianya boleh berbagai-bagai.

52 (f) Guru haruslah membimbing para pelajar melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka mampu menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri dan bukanlah dengan melaksanakan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membuktikan hipotesis.

4.7.4

Langkah-langkah strategi pengajaran dengan pendekatan deduktif

Terdapat beberapa langkah pengajaran dengan pendekatan deduktif yang boleh digunakan sebagai panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya di dalam Rajah 4.15 ialah:

Peringkat I Perancangan

Menentukan objektif pelajaran. Menyediakan masalan / hipotesis. Menyediakan generalisasi / prinsip / teori. Menyediakan alat bantu mengajar .

Peringkat II Pendedahan

Mengemukakan masalah / hipotesis. Mengingat kembali generalisasi / prinsip / teori yang berkaitan Menghuraikan konsep generalisasi / prinsip / teori yang diketahui

Peringkat III Aplikasi

Mengaitkan masalah / hipotesis dengan prinsip / generalisasi / teori yang diketahui. Mengaplikasikan prinsip / generalisasi / teori pada masalah yang dikemukakan.

Peringkat IV Pembentukan Kesimpulan

Membuktikan hipotesis. Membentuk kesimpulan baru. Menerangkan kesimpulan

Peringkat V Penutup (Pengukuhan)

Membuat kesimpulan kognitif. Membuat kesimpulan sosial. Memberi aktiviti susulan.

Rajah 4.15: Model pengajaran secara deduktif.

53 4.7.5 Rumusan pengajaran deduktif

Kelebihan pendekatan deduktif adalah dengan huraian dan penjelesan yang mudah dan senang, disertai pula dengan contoh-contoh pada awal pengajaran maka para pelajar dapat memahami rumus, prinsip, teorem, hukum atau peraturan yang telah dipelajari dan dengan demikian mereka dapat menerapkan rumus, prinsip, teorem, hukum atau peraturan tersebut untuk menyelesaikan masalah, membentuk generalisasi baru atau membuktikan hipotesis. Selain itu, pengetahuan tenteng sesuatu pengajaran dapat dipertingkatkan dengan cepat dan kaedah ini amat sesuai sekiranya matlamat para pelajar dalam mempelajari sesuatu perkara iti ialah untuk mendalami isi pengajaran yang diajar oleh guru. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan deduktif kerana pendekatan ini lebih menjimatkan masa pengajaran kerana rumus, prinsip, hukum, teorem dan peraturan dalam sesuatu mata pelajaran itu akan disediakan dan dihuraikan oleh guru. Para pelajar tidak perlu mengambil masa untuk memikirkan atau mengesan rumus. Pendekatan ini juga boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang memuaskan kepada pelajar-pelajar dewasa yang pada pratiknya lebih mudah mempelajari berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

4.8

Pengajaran eklektik

Menurut Mok. S. S. (2002), perkataan eklektif berasal daripada bahasa Inggeris iaituelective yang membawa maksud pemilihan. Perkataan eklektik pula boleh didefinisikan sebagai bercampur. Ini bermaksud bahawa pendekatan eklektik merupakan pendekatan yang menggunakan gabungan beberapa pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

54 4.8.1 Konsep pengajaran eklektik

Pendekatan eklektik bermaksud pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru. Bentuk pengajaran yang menggunakan pendekatan eklektik ini adalah menggabungkan elemen-elemen daripada kedua-dua pendekatan iaitu induktif dan deduktif. Oleh kerana para pelajar terdiri daripada pelbagai aras dan kebolehan jadi guru boleh melaksanakan pendekatan eklektif dalam sesi pengajaran. Pendekatan ini sesuai dijalankan di dalam kelas yang mempunyai pelbagai kebolehan kerana ada pelajar yang senang atau mudah memahami isi pelajaran jika diberi contoh dahulu dan ada pula pelajar yang mudah faham jika dibuat generalisasi terlebih dahulu dan diakhiri pengajaran pada hari itu dengan mengemukakan contoh-contoh bagi menjelaskan maksud atau konsep sesuatu perkara. Pendekatan eklektik ini banyak diguna pakai dalam mata pelajaran sains dan matematik khasnya menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif. Kedua-dua pendekatan ini adalah sering digunakan sebagai strategi pengajaran semasa mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem sains atau matematik. Guru yang melaksanakan pendekatan eklektik ini akan tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar pada waktu itu. Selain itu, pendekatan eklektik ini juga membolehkan penggunaan strategi berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan juga berpusatkan bahan. Cara pendekatan eklektik ini ialah bermula dengan contoh-contoh khusus kemudian mendapatkan generalisasi. Setelah itu, berikan pula contoh lain sebagai pengukuhan sebagai contoh dalam Rajah 4.16 dan Rajah 4.17.

55

Rajah 4.16: Strategi pengajaran konsep sains dan matematik dengan pendekatan eklektik

Rajah 4.17: Strategi pengajaran hukum matematik dengan pendekatan eklektik

4.8.2

Langkah-langkah pengajaran eklektik

Guru tidak terikat dengan langkah-langkah spesifik yang harus diikuti dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran eklektik. Ini adalah kerana guru tidak

56 bergantung kepada mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih meluas dan mudah dibuahsuai mengikut kesediaan pelajar pada waktu tersebut. Rajah 4.18 menunjukkan langkah-langkah pangajaran eklektik secara umum.

Contoh-contoh khusus

Dapatkan generalisasi

Berikan contoh lain untuk pengukuhan

Induktif Deduktif

Rajah 4.18: Langkah pengajaran eklektik (induktif deduktif)

Mulakan dengan generalisasi

Berikan contohcontoh

Kukuhkan dengan generalisasi berkaitan

Deduktif Induktif

Rajah 4.19: Langkah pengajaran eklektik (deduktif-induktif)

Rajah 4.18 menunjukkan proses pengajaran bermula dengan pendekatan induktif kemudian disusuli dengan pendekatan deduktif. Pendekatan pengajaran yang sebegini memerlukan guru memberikan contoh-contoh terlebih dahulu kemudian menggalakkan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan contoh-contoh lain sebagai pengukuhannya. Manakala, Rajah 4.19 pula adalah menunjukkan langkah pengajaran eklektik dimulai dengan pendekatan deduktif kemudian diikuti dengan pendekatan induktif. Di dalam langkah ini, guru boleh memulakan pengajarannya dengan menyatakan hipotesis terlebih dahulu dan kemudian disusuli dengan contoh-contoh khusus. Kemudian, pelajar membuat perkaitan di antara pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi lain yang berkaitan.

57 4.8.3 Rumusan pengajaran eklektik

Pendekatan pengajaran eklektik ini digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja. Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman bahawa kaedah yang baik diterapkan daripada pelbagai sistem dan pendekatan. Pendekatan pengajaran eklektik merupakan satu usaha bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di antara pelbagai pendekatan dan usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut. Cara yang demikian merupakan satu permulaan bagi menggabungkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang munasabah untuk dilaksanakan ke dalam proses pengajaran. Selain itu, pendekatan eklektik ini sebenarnya mampu mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Guru yang melaksanakan pendekatan pengajaran eklektik bebas dan fleksibel untuk mengajarkan isi pengajaran dan tidak terikat kepada satu pendekatan sahaja dan mampu untuk mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan pelajar.

4.9

Pengajaran tematik

Pembelajaran tematik adalah pembelajaran bersepadu yang menggunakan tema untuk mengaitkan beberapa mata pelajaran sehingga dapat memberikan pengalaman bermakna kepada pelajar. Menurut Louis. C. & Lawrence. M. (1983), pendekatan tematik adalah amat sesuai digunakan sebagai proses perbincangan dan akan menjadi pusat idea sebagai titik permulaan pembelajaran dengan aktiviti secara berkumpulan. Mengikut Jubri (1983), tema adalah pokok fikiran yang menjadi pokok perbincangan. Penggunaan tema dijadikan sebagai wacana agar para pelajar mampu mengenal pelbagai konsep secara lebihberkesan, mudah dan jelas. Dalam konteks pembelajaran, pelbagai jenis tema yang boleh dipilih mengikut kesesuaian topik, seperti diri sendiri, keluarga, persekitaran, pengangkutan, kesihatan, kebersihan dan

58 keselamatan, haiwan, tumbuh-tumbuhan, pekerjaan dan alat komunikasi. Rajah 4.20 merupakan contoh tema bagi pengajaran tematik.

Binatang peliharaan saya Tema Saya dan keluarga saya Hobi saya

Keluarga saya

Rumah saya

Cita-cita saya

Rajah 4.20: Contoh Pemilihan Tema (Shahabuddin Hashim, 2003)

4.9.1

Ciri-ciri pengajaran tematik

Pendekatan pengajaran tematik ini memang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Sebagai salah satu pendekatan pembelajaran, pembelajaran tematik mempunyai ciri-ciri berikut;

(a)

Berpusat kepada pelajar.

(b)

Memberikan pengalaman langsung.

(c)

Pemisahan matapelajaran tidak begitu jelas.

(d)

Menyajikan konsep dari pelbagai mata pelajaran.

(e)

Bersifat fleksibel.

(f)

Hasil pembelajaran sesuai dengan minat dan keperluan pelajar.

59 (g) Menggunakan prinsip belajar sambil bermain dan menyeronokkan.

4.9.2

Prinsip pemilihan tema

Pengajaran tematik menggunakan tema sebagai pokok perbincangan di dalam kelas. Maka, pemilihan tema yang bersesuaian hendaklah berdasarkan kepada prinsipprinsip berikut;

(a)

Tema yang hendak dipilih seharusnya bermula dengan tema yang ada hubungkait dengan diri pelajar.

(b)

Tema hendaklah dipilih dari tahap yang mudah kepada sederhana hinggalah kepada yang lebih rumit mengikut tahap kemampuan pelajar terbabit.

(c)

Tema yang dipilih mesti menarik minat para pelajar.

(d)

Tema yang dipilih hendaklah bersifat konkrit dan mempunyai tujuan yang jelas.

(e)

Sesuai dengan peringkat perkembangan pelajar-pelajar.

4.9.3

Strategi pengajaran tematik

Pengajaran tematik ini memerlukan guru mengenalpasti tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu topik atau subjek pelajaran. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut. Sehubungan itu, strategi pengajaran secara kumpulan yang menggunakan pendekatan tematik boleh dilaksanakan dengan tiga cara seperti berikut;

60 (a) Cara 1: Tema dipecahkan kepada beberapa sub topik dan dibincangkan oleh pelajar mengikut tahap pencapaian mereka, iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.

Rajah 4.21: Cara 1 Pengajaran Tematik

(b)

Cara 2: Tema yang sama diberikan dan dibincangkan oleh pelajar dalam kumpulan pelbagai kebolehan dan tahap pencapaian.

Rajah 4.22: Cara 2 Pengajaran Tematik

(c)

Cara 3: Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi diberikan dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan.

61

Rajah 4.23: Cara 3 Pengajaran Tematik

4.9.4

Rumusan pengajaran tematik

Kesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Bagi mempraktikan pengajaran tematik ini, guru haruslah kreatif dan bijak dalam memilih tema yang bersesuaian. Pemilihan tema yang bersesuaian hendaklah merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar. Tema yang baik ialah tema yang dekat dengan diri dan kehidupan pelajar itu sendiri. Tetapi, yang paling penting ialah aktiviti yang dirancang itu dapat mencerminkan kesinambungan di antara tema supaya mesej yang khusus dan tepat dapat disampaikan kepada pelajar.

4.10

Pembelajaran penguasaan (mastery learning)

Pembelajaran penguasaan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif yang mendorong pelajar sampai kepada satu tahap penguasaan unit-unit pengajaran

62 tertentu sebelum mereka dibenarkan maju atau meneruskan pembelajaran ke unit seterusnya. Ia adalah satu proses di mana pelajar mencapai aras yang sama terhadap kandungan pelajaran tetapi pada tahap-tahap jarak jangka masa interval yang berlainan. Pembelajaran penguasaaan juga dikenali sebagai Pembelajaran Masteri. Perkataan masteri berasal daripada bahasa Inggeris yang mempunyai maksud seperti kehandalan, kepandaian ataupun menguasai sesuatu kemahiran. Maka, pembelajaran masteri ini merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan. Pembelajaran masteri bukan satu konsep yang baru dan ia telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Amerika melebihi 70 tahun dahulu. Sistem sekolah yang melaksanakan pembelajaran masteri mendapati ia sangat berkesan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Idea pembelajaran masteri ini adalah dicadangkan oleh B. S. Bloom seorang pakar pendidikan di Amerika Syarikat pada hujung 1960an. Ideanya adalah berasal dariapda John Bisell Carooll yang telah menjalankan kajian tentang model pembelajaran di peringkat sekolah. Menurut Carooll, kecekapan adalah satu ukuran masa yang diperlukan oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu subjek atau topik. Dalam persekitaran pembelajaran masteri, cabaran adalah memberi masa yang cukup dan menggunakan strategi pengajaran yang efektif serta berkesan supaya semua pelajar boleh mencapai satu aras pembelajaran yang sama (Levine, 1985). Mengikut kajian B.S.Bloom, perbezaan pencapaian pelajar adalah dipengaruhi oleh faktorfaktor berikut;

(a)

Kebolehan asas yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu topik pelajaran.

(b)

Kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

(c)

Kebolehan memahami pengajaran guru.

(d)

Daya usaha pembelajaran yang berterusan.

(e)

Masa pembelajaran yang diperuntukkan.

63 Ringkasnya, pembelajaran penguasaan atau masteri ini adalah berlandaskan kepercayaan bahawa semua pelajar boleh menguasai sesuatu kemahiran atau topik yang diajar dengan lengkap dan cekap, sekiranya ada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta masa yang mencukupi.

4.10.1 Rasional pelaksanaan pembelajaran masteri di peringkat sekolah

Pembelajaran masteri telah diaplikasikan secara meluas di sekolah. Penyelidikan mendapati ia boleh memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan pengajaran (Block, Efthim, 1989). Model Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan penggunaan objektif pengajaran dan reka bentuk yang sistematik terhadap program pengajaran. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dari segi teoritikal dan praktikal, pembelajaran masteri harus dilaksanakan di peringkat sekolah atas sebabsebab berikut;

(a)

Pembelajaran Masteri bukan sesuatu yang baru dan unsur-unsurnya telah terkandung di dalam kurikulum pendidikan di negara ini iaitu, KBSR dan KBSM.

(b)

Penggunaan pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran masteri memastikan semua pelajar dapat menguasai apa yang diajar.

(c)

Kajian mendapati sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran masteri telah meningkatkan pencapaian pelajar.

4.10.2 Strategi Pembelajaran Masteri

Berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran, tidak ada strategi yang boleh menghasilkan satu penemuan yang baik selain daripada pembelajaran masteri.

64 Dalam pembelajaran masteri, pelajar perlu menguasai bahan-bahan yang diajar sehingga ke satu tahap yang khusus sebelum mereka boleh meneruskan pembelajaran mereka ke tahap yang baru. Berikut merupakan beberapa perkara penting bagaimana pengajaran dan pembelajaran masteri dapat diaplikasikan;

(a)

Hasil pembelajaran ditentukan dengan merangka objektif pembelajaran secara eksplisit, iaitu berdasarkan hasil perlakuan pelajar setelah mereka didedahkan kepada kepada proses pengajaran-pembelajaran. Objektif pelajaran eksplisit ini mengandungi unsur-unsur yang boleh diukur dalam proses penilaian. Setiap objektif dinyatakan dengan jelas dimana ia mewakili tujuan-tujuan mengajar. Kurikulum dibahagikan kepada beberapa unit-unit pembelajaran yang kecil dimana setiap satunya memiliki objektif dan penilaian tersendiri.

(b)

Pelajar diajar dengan kaedah dan teknik mengajar yang berkesan, termasuklah penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai dan efektif. Bahan-bahan kurikulum atau pengajaran boleh direka bentuk oleh perancang dalaman atau melalui pelbagai pasukan professional seperti sekolah, industri dan sebagainya. Bahan-bahan pengajaran juga boleh didapati melalui bahanbahan yang telah disediakan oleh sumber komersial luar. Bagaimanapun, bahan-bahan pengajaran yang dibangunkan sendiri atau didapati daripada sumber-sumber lain hendaklah dinilai terlebih dahulu oleh guru bagi memastikan ia benar-benar sesuai dengan objektif pengajaran bagi sesuatu pengajaran yang diberi.

(c)

Hasil pembelajaran dinilai dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran dengan tujuan menentukan tahap penguasaan dan pembelajaran pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap unit didahului dengan satu ujian diagnostic yang ringkas atau penilaian formatif. Keputusan formatif digunakan untuk menyediakan pengajaran tambahan atau pembetulan bagi membantu pelajar mengatasi masalah mereka.

65 (d) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk pelajar yang belum menguasai kemahiran sepenuhnya dan berikan aktiviti pengayaan untuk pelajar yang telah mencapai objektif pelajaran dengan memuaskan. Masa untuk belajar mesti boleh diubah suai untuk dipadankan dengan kecekapan. Tiada pelajar yang boleh meneruskan pembelajaran bahan-bahan baru sehingga bahanbahan asas sebelumnya dapat dikuasai sepenuhnya.

Rajah 4.24 merupakan unsur-unsur penting dalam penggunaan strategi pengajaran pembelajaran untuk pembelajaran masteri.

66
Menyayangi /Mencintai Perangsang, Pendorong Berdedikasi, Berkomited Berasa yakin Proaktif MenyelesaikanMasalah

Sifat Peribadi Guru

Gaya Pembelajaran Pelajar

Visual Lisan Gerakan

Dunn & Dunn Wichita Sistem 4-MAT

Kaedah Pengajaran Dn Pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran untuk Pembelajaran Masteri

Berpusatkan gurul Berpusatkan pelajar

Menarik Menyeronokkan

Bahan Pengajaran Dn Pembelajaran

Jenis Sumber

penggunaan pengurusan

Nilai Murni

16 nilai murni

Pengurusan Kelas dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Pelajar Aktiviti Bahan Masa

Pemulihan dan pengayaan Ujian Rekod

Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar

Rajah 4.24: Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran penguasaan (mastery learning) (Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum Malaysia, 1995)

67 4.10.3 Kaedah pengajaran untuk pembelajaran masteri

Kaedah pembelajaran masteri membahagikan subjek kepada unit-unit yang mempunyai objektif yang tersendiri. Pelajar secara bersendiri atau berkumpulan belerja melalui setiap unit dengan satu cara yang terancang. Pelajar mesti menunjukkan penguasaan yang secara tipikalnya 80% sebelum bergerak kepada unit yang seterusnya. Pelajar yang tidak dapat mencapai penguasaan akan menerima pemulihan melalui tutorial, pengendalian rakan sebaya, perbincangan kumpulan kecil atau kerja-kerja rumah sebagai tambahan. Masa tambahan untuk pembelajaran diberi kepada mereka untuk menguasai pemulihan. Pelajar menyambung unit pembelajaran dan ujian sehingga penguasaan berlaku. Menurut Block (1971) menyatakan bahawa pelajar dengan pengalamanpengalaman terdahulu yang sedikit mempunyai pencapaian yang lebih tinggi melalui pembelajaran masteri daripada pengajaran yang menggunakan kaedah-kaedah tradisional. Rajah 4.25 merupakan langkah-langkah pengajaran untuk pembelajaran masteri

68

Melaksanakan pengajaran-pembelajaran mengikut objektif pelajaran

Ujian formatif selepas pengajaran-pembelajaran sesuatu unit pelajaran

Pembelajaran bebas untuk murid yang telah menguasai pelajaran

Pemulihan untuk murid yang belum menguasainya

Meneruskan pengajaranpembelajaran untuk unit pelajaran yang berikutnya

Penilaian mengesan penguasaan

Murid yang gagal Mengulang proses di atas sehingga ke unit pelajaran terakhir Murid yang lulus Penilaian sumatif Mengulang proses di atas hingga unit pelajaran terakhir

Mengulang proses di atas hingga unit pelajaran terakhir

Rajah 4.25: Langkah-langkah pengajaran untuk pembelajaran masteri

69 4.10.4 Rumusan pembelajaran masteri

Secara keseluruhan, pembelajaran masteri bukanlah satu kaedah pengajaran yang baru. Ia diasaskan kepada satu konsep yang mengatakan pelajar boleh belajar apabila disediakan dengan suasana yang sesuai dengan situasi. Pelajar mesti mencapai satu tahap penguasaan berdasarkan sesuatu unit sebelum mereka dibenarkan maju ke unit yang lain. Dalam suasana pembelajaran masteri, pelajar diberi maklum balas khusus tentang kemajuan pembelajaran mereka pada setiap interval di sepanjang jangka masa pengajaran. Maklum balas ini membantu pelajar mengenal apa yang telah mereka pelajari dengan baik dan apa yang mereka tidak dapat pelajari dengan baik. Topik pembelajaran yang tidak dapat dikuasai dengan baik akan diberi lebih banyak masa untuk mencapai penguasaannya.

4.11

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan rancangan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. Ia melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. Pendekatan pengajaran merupakan salah satu aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran. Pendekatanpendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin diutamakan atau memberi perhatian yang lebih kepada pemahaman pelajar. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pelbagai kaedah pendekatan pengajaran yang diperkenalkan iaitu pengajaran berpusatkan guru dan berpusatkan murid, pengajaran berpusatkan alat dan bahan,

70 pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, dan pendekatan tematik. Untuk melaksanakan langkah-langkah penyampaian yang telah dirancangkan dengan licin dan berkesan, guru harus memilih strategi atau kaedah dan teknik mengajar berdasarkan mata pelajaran, objektif pelajaran, isi pelajaran, langkahlangkah mengajar dan peruntukan masa, kebolehan pelajar serta kemudahankemudahan yang sedia ada.

71

72

Anda mungkin juga menyukai