Anda di halaman 1dari 6

2.

PENYATAAN MASALAH

Dewasa ini, cabaran dalam mencari perkerjaan amat membimbangkan. Setiap tahun mahasiswa serta mahasiswi universiti akan menamatkan pengajian seterusnya bergraduasi. Tetapi peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan majikan lebih bersikap terlalu memilih dalam mencari calon-calon pekerja. Persaingan yang semakin meningkat di peringkat global memerlukan tenaga kerja yang cukup kompeten, beretika, kreatif serta mempunyai daya saing yang tinggi. Ini berikutan graduan kini dikatakan lebih memberi penumpuan terhadap bidang akademik sehingga terlupa untuk melengkapkan diri dengan kelebihan atau keistimewaan bagi memenuhi kehendak majikan. Justeru pengangguran sering kali berlaku akibat kurang memberi penekanan terhadap aspek-aspek seperti kemahiran insaniah yang mana merangkumi tujuh elemen iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan.

Menurut Azmi Shah dan Mohd Fariiqul Amin (2010), melalui jurnal Persepsi Pelajar SPI Terhadap Amalan Kemahiran Insaniah Dalam Pembelajaran, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar Sains Pengajian Islam di UKM mempunyai kefahaman kesedaran, dan pengamalan 7 elemen terhadap Kemahiran Insaniah adalah sangat tinggi dan penting dalam pembelajaran. Namun begitu, para pelajar SPI harus berusaha melatih diri dan meningkatkan lagi Kemahiran Insaniah dalam menghadapi cabaran alam pekerjaan kelak. Beliau juga berpendapat bahawa dalam menyediakan graduan yang memiliki Kemahiran Insaniah, pihak-pihak yang terlibat perlu bekerjasama terutamanya dalam menyediakan prasarana untuk pelajar menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh memantapkan kemahiran-kemahiran yang dibincangkan dalam kajian ini.

Manakala melalui jurnal Kemahiran Insaniah Dan Kepentingan Penerapannya Dalam Program Baktisiswa Perdana Unimap, Hanum. et al.(2008) menyatakan bahawa hasil dapatan kajian mendapati pelajar menyedari dan memberikan tanggapan yang baik

terhadap program Bakti Siswa Perdana yang mana dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka terutama dalam elemen berkomunikasi berbanding dengan elemenelemen lain.

Melalui Fadilah dan Hasmadi (2008), mendapati bahawa tahap penerapan kemahiran insaniah di kelas adalah yang paling tinggi, diikuti dengan kokurikulum dan akhir sekali dalam bengkel. Seterusnya rumusan kajian juga mendapati antara platform yang paling dominan dalam menerapkan kemahiran insaniah ialah menerusi kokurikulum dan bengkel kerana menerusi ujian-T sampel berpasangan telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap penerapan antara kedua-dua platform ini.

Azah Mohamed, Farah Liza Mohd Isa dan Haryati Shafii (2007), mendapati bahawa graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi seperti kebolehan bekerja sendiri, kemahiran IT, kepimpinan, mudah menyesuaikan diri, kemahiran intelektual dan tindakan awal yang diambil telah membantu graduan dalam mendapatkan pekerjaan dalam tempoh yang singkat. Menerusi hasil kajian, dapat dirumuskan graduan-graduan yang membuat persediaan khusus seperti menulis/mengemaskini biodata, mencari panduan menulis biodata, mengambil tahu kemahiran/ciri-ciri/kualiti yang diingini oleh majikan, menghadiri pameran kerjaya dan kerap mencari maklumat kerjaya dalam akhbar dan majalah merupakan tindakan tepat dalam proses pencarian kerja. Kajian ini diperkukuhkan lagi dengan persepsi persetujuan responden terhadap ijazah yang mereka miliki yang ternyata dapat memberi peningkatan, kelayakan, panduan kerjaya dan kemahiran untuk mendapatkan kerjaya yang sesuai dengan kelulusan mereka.

Program Kemahiran Insaniah (Pro-KI) merupakan suatu pendekatan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bagi membangunkan modal insan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti yang telah digariskan sebagai satu daripada agenda utama negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RM Ke-9) yang diterjemahkan ke dalam Agenda Kritikal Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Ini juga secara tidak langsung berkait rapat dengan isu kualiti produk IPTA dalam persaingan mendapatkan pekerjaan di pasaran kerja yang kompetitif apabila

pelajar menamatkan pengajian. Tumpuan ini bersandar kepada matlamat teras iaitu untuk menghasilkan insan seimbang dan holistik dalam konteks jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Justeru satu modul Kemahiran Insaniah yakni program wajib universiti dan perlu diikuti oleh semua pelajar. Fokus utama program atau aktiviti dalam modul ini adalah untuk membantu pelajar memantapkan penguasaan kemahiran insaniah yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan hal ehwal akademik tetapi amat membantu dalam membentuk sahsiah dan profesionalisme individu. Modul ini diperincikan kepada elemen Kemahiran Insaniah berikut.

2.1. Kemahiran Berkomunikasi (Communication Skills) (CS)

Tahap CS1

Kemahiran KIM

Keterangan Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas. Kebolehan untuk membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar. Kebolehan untuk menggunakan teknologi dalam pembentangan Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang berlainan budaya Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi secara perseorangan Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

CS2 CS3

KIM KIM

CS4 CS5 CS6 CS7 CS8

2.2. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah (Critical Thinking and Problem Solving ) (CTPS)

Tahap CTPS1

Kemahiran KIM

Keterangan Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi. Kebolehan untuk mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan. Kebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif Kebolehan untuk berfikir melangkaui batas Kebolehan untuk membuat keputusan yang berdasarkan bukti yang kukuh Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru

CTPS2

KIM

CTPS3 CTPS4 CTPS5 CTPS6 CTPS7

KIM

2.3. Kemahiran Kerja Berpasukan (Team Work Skills) (TS)

Tahap TS1

Kemahiran KIM

Keterangan Kebolehan untuk membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan Kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain. Kebolehan untuk memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan Bertanggung jawab terhadap keputusan kumpulan

TS2

KIM

TS3 TS4 TS5

KIM

2.4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (Lifelong Learning and Information Management) (LL)

Tahap LL1 LL2 LL3

Kemahiran KIM KIM

Keterangan Kebolehan untuk mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber. Kebolehan untuk menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi Kebolehan untuk mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu

2.5. Kemahiran Keusahawanan (Entrepreneurship Skills) (ES)

Tahap KK1 KK2 KK3 KK4

Kemahiran KIM

Keterangan Kebolehan untuk mengenal pasti peluang perniagaan Kebolehan untuk merangka perancangan perniagaan Kebolehan untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan. Kebolehan untuk bekerja sendiri.

2.6. Etika dan Moral Profesional (Ethics and Professional Morals)

Tahap EM1 EM2

Kemahiran KIM KIM

Keterangan Kebolehan untuk memahami kesan ekonomi, alam sekitar, dan sosiobudaya dalam amalan profesional Kebolehan untuk menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika Kebolehan untuk mengamalkan sikap beretika, di samping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

EM3

2.7. Kemahiran Kepimpinan (Leadership Skills) (LS)

Tahap LS1 LS2 LS3 LS4

Kemahiran KIM KIM

Keterangan Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan. Kebolehan untuk memimpin projek Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan

Bagi mengetahui keberkesanan pelaksanaan modul ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunkan sebuah instrumen yang dikenali sebagai Skala Kemahiran Insaniah Malaysia (Malaysian Soft Skills Scale My3S). My3S merupakan instrumen penilaian kendiri (self assessment) di mana pelajar akan menilai tahap penguasaan kemahiran insaniah mereka berdasarkan skala semantik. Namun begitu, keberkesanan modul ini masih belum dapat dikenal pasti. Ini kerana kohot pertama pelajar yang mengikuti kurikulum yang diterapkan dengan elemen KI ini dijangka akan bergraduasi pada tahun 2012 dan seterusnya akan memasuki pasaran kerja.

Anda mungkin juga menyukai