Anda di halaman 1dari 13

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : : :

MUHANA RACHAEL BOKILONG 821210125900001 821210-12-5900 013 888 7068 rachael5900@oum.edu.my KANG HWA CHOO SABAH LEARNING CENTRE, KOTA KINABALU

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0

Pendahuluan Kemahiran-Kemahiran Penting Yang Perlu Ada Dalam

1 2-6

Seseorang Graduan Yang Diinginkan Oleh Majikan 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 3.0 Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Kemahiran Kepemimpinan Kemahiran Berbahasa Inggeris Kemahiran Pembelajaran Berterusan Dan Mengurus Maklumat Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Cadangan-Cadangan Untuk Bakal Graduan, Badan Kerajaan Dan Institusi Pendidikan Di Malayisia Bagi Membantu 7-9

Melengkapkan Para Graduan Dengan Kemahiran Insaniah 3.1 3.2 3.3 4.0 Institusi pendidikan Badan kerajaan Bakal graduan Penutup Rujukan 10

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

1.0 Pendahuluan Generasi muda pada masa kini menghadapi cabaran yang besar dalam memastikan diri mereka mempunyai pekerjaan selepas menerima ijazah dalam bidang yang mereka ambil. Pengetahuan akademik yang baik tidak menjamin pekerjaanan bagi mereka kerana majikan menginginkan pekerja yang lengkap dengan kemahiran-kemahiran penting yang dapat menjadikan mereka unruk menjadi seorang pekerja ynag berkualiti tinggi, berdaya saing dan produktif. Pada tahun 2010, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia menunjukkan bahawa seramai 32,000 bekas graduan tidak mendapat pekerjaan selepas enam bulan keluar daripada pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini. Terdapat banyak punca yang menyebabkan perkara ini berlaku, antaranya ialah kekurangan permintaan dalam bidang kelulusan mereka. Namun, punca utama kegagalan mereka untuk mendapatkan pekerjaan adalah mereka kekurangan kemahiran-kemahiran penting yang majikan inginkan dalam diri pekerja yang bakal mereka ambil untuk bekerja nanti. Inilah yang

menyebabkan masalah pengangguran wujud dalam kalangan graduan di negara ini. Generasi muda pada masa datang menghadapi dugaan yang mencabar untuk mencari pekerjaan kerana majikan bukan sahaja akan melihat pada sekeping ijazah yang mereka miliki tetapi juga amat menitikberatkan kemahiran-kemahiran penting yang perlu ada dalam diri seseorang graduan itu. Kemahiran-kemahiran penting itu merangkumi kemahiran insaniah yang tinggi seperti kemahiran berkomunikasi dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran berbahasa Inggeris, bekerja secara berpasukan, menyelesaikan masalah dan berfikir kritis, etika dan moral profesional, pembelajaran berterusan dan pengurusan serta banyak lagi kemahiran lain. Tidak

dapat dinafikan bahawa generasi muda pada masa kini dan masa akan datang perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diinginkan oleh majikan agar diterima untuk berkerja kelak. Sehubungan dengan itu, laporan ini akan membincangkan

mengenai kemahiran-kemahiran penting yang perlu ada dalam seseorang graduan yang diinginkan oleh majikan serta cadangan-cadangan untuk bakal graduan, badan kerajaan dan institusi pendidikan di Malayisia bagi membantu melengkapkan para graduan dengan kemahirankemahiran tersebut.

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

2.0 Kemahiran-Kemahiran Penting Yang Perlu Ada Dalam Seseorang Graduan Yang Diinginkan Oleh Majikan

2.1 Kemahiran Berkomunikasi Antara kemahiran utama yang diperlukan oleh majikan dalam graduan ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran komunikasi amat penting dalam setiap bidang pekerjaan dan

kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang wajib ada pada diri seseorang graduan untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut Hashim (2001), seperti dinyatakan dalam Yahya dan

Muhamad Shabudin (2001), proses komunikasi boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana individu. Oleh itu, majikan amat mementingkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan graduan agar pekerja yang bakal diambil dapat berkomunikasi secara efektif dengan banyak pihak seperti rakan sekerja, pihak atasan atau pelanggan, bergantung kepada bidang pekerjaan yang diceburi. Kemahiran berkomunikasi boleh

dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan. Contoh komunikasi secara lisan ialah perbincangan dalam kalangan rakan sekerja, majikan dan sebagainya. Manakala contoh komunikasi bukan lisan adalah gerak badan dan sebagainya. Aspek yang dititikberatkan oleh majikan dalam kemahiran berkomunikasi ialah komunikasi interpersonal, di mana seseorang individu boleh berinteraksi dengan baik dengan persekitarannya. Oleh itu, majikan menginginkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan graduan agar mereka akan dapat menjalankan pekerjaan mereka secara efektif dan produktif kelak. Ratna Rosdhina Abdul Razak dan Faez Mohamed Mohamed Sultan (2009) dalam kajian mereka menyatakan bahawa salah satu punca graduan tidak berjaya mendapat pekerjaan adalah mereka mempunyai masalah dalam komuniksi dan tiada kemahiran interpersonal. Dalam satu laporan daripada akhbar Berita Harian pada tahun 2011, dinyatakan bahawa bakal majikan tidak mempersoalkan tentang kelayakan dan kualiti akademik graduan daripada IPTA tetapi mereka mempertikaikan kegagalan graduan dari segi komunikasi. Laporan ini jelas menunjukkan

bahawa kemahiran komunikasi merupakan salah satu kemahiran yang diinginkan oleh majikan dalam kalangan graduan. Kesimpulannya, graduan haruslah melengkapkan diri mereka dengan kemahiran berkomuniksi agar peluang mereka untuk diterima bekerja oleh bakal majikan meningkat.

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

2.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Majikan mencari graduan yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif agar mereka sentiasa produktif dalam kerja mereka dan membantu dalam kejayaan tempat di mana graduan itu bakal diterima bekerja. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemampuan minda sesorang untuk menganalisis kelogikan dan kemunasabahan mengenai sesuatu dan seterusnya membuat pertimbangan berserta alasan dan bukti. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif adalah kepantasan seseorang dalam menggunakan akalnya untuk menjana idea baru serta mencari makna dan juga untuk menyelesaikan sesuatu secara inovatif. Graduan yang mempunyai kemahiran ini akan mempunyai peluang yang tinggi untuk diterima bekerja kerana mereka boleh diharapkan oleh majikan untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul dalam sesuatu organisasi, syarikat atau tempat graduan itu bekerja nanti. Dalam kata lain, kemahiran ini penting kerana ia amat berguna untuk menangani pelbagai situasi yang bermasalah serta membantu dalam mencari strategi untuk merealisasikan objektif berkaitan dengan bidang tugas seseoarng tersebut. Selain itu, majikan juga inginkan graduan yang mempunyai kemahiran ini kerana ia boleh membantu seseorang untuk mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi serta memberikan perhatian sepenuhnya dalam memikul dan melaksanakan tugas yang diberikan oleh majikan. Melalui kemahiran ini juga, pelbagai penyelesaian alternatif boleh diaplikasi terhadap apa juga situasi dalam pekerjaan. Satu laporan dalam Berita Harian (2011), menyatakan bahawa graduan kurang kemahiran untuk berfikir secara kritis. Bernama (2012), juga melaporkan

bahawa kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan graduan menyebabkan mereka gagal menepati kehendak majikan. Sebagai konklusi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan satu aspek yang sangat penting yang perlu ada pada para graduan kerana majikan mahukan pekerja yang menguasai kemahiran ini dengan baik.

2.3 Kemahiran Kepemimpinan Selain itu, majikan juga menginginkan sifat kepemimpinan dalam diri seseorang graduan. Kemahiran kepemimpinan bukan merupakan sesuatu bakat tetapi lahir melalui pembelajaran, pembentukan dan pemupukan kemahiran ini. Justeru itu, graduan seharusnya merebut setiap peluang untuk belajar dan mengaplikasikan kemahiran kepemimpinan dalam diri mereka agar

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

mereka dapat mencari kerja dengan mudah. Majikan memerlukan seseorang yang mempunyai kemahiran kepemimpinan kerana kemahiran ini membolehkan seseorang menjadi seorang yang berwibawa dan bertanggungjawab. Graduan yang memiliki sifat kepemimpinan akan dapat merancang aktiviti, menjadi tempat rujuk, lambang organisasi, model kepada ahli, mencapai matlamat organisasi, menyelesaikan masalah dengan berkesan, serta dapat membahagikan tugas ahli dengan adil. Majikan juga memerlukan kemahiran kepemimpinan dalam diri graduan agar dapat memimpin ahli atau rakan sekerja yang lain untuk memberikan komitmen dan sumbangan yang optimum. Apabila seseorang mempunyai kemahiran kepepimpinan, seseorang itu akan mempunyai ciri-ciri daya usaha yang tinggi, bersemangat, jujur, amanah, fleksibiliti, dan keyakinan diri yang tinggi. Sehubungan dengan itu, kecenderungan majikan untuk memilih graduan yang mempunyai kemahiran kepemimpinan amat tinggi. Budaya saing yang amat tinggi dan sangat jelas pada masa kini dalam konteks pekerjaan menyebabkan majikan menilai pelbagai kriteria dalam diri seseorang graduan, dan tidak dinafikan bahawa kemahiran kepemimpinan merupakan elemen yang sangat penting harus dimiliki oleh graduan dan bakal graduan. Kesimpulannya, kemahiran kepemimpinan harus diterapkan dalam kalangan graduan sebelum mereka mencari kerja dalam bidang yang diceburi. 2.4 Kemahiran Berbahasa Inggeris Graduan pada masa kini bukan sahaja harus mantap dari segi kemahiran berfikir secara kritis serta mempunyai kemahiran kepemimpinan, tetapi juga harus mantap dari segi kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris merupakan satu kriteria yang dicari-cari oleh majikan dalam kalangan graduan. Dalam satu kaji selidik berkaitan gaji Eksekutif 2010 yang dijalankan oleh MEF, didapati 68% syarikat mengutamakan kebolehan berkomunikasi sebagai satu kualiti yang sangat diutamakan ketika permohonan kerja (Berita Harian Online, 2011). Peratus ini merupakan peratus yang tertinggi berbanding dengan kriteria- kriteria yang lain. Ini menunjukkan betapa di masa kini, kemahiran ini sangat penting untuk dikuasai oleh para graduan. Pendapat ini juga disokong oleh Dr Marie Aimee Tourres, pensyarah penyelidikan di Universiti Malaya. Beliau menyatakan bahawa ianya sangat penting bagi para graduan untuk mahir dalam Bahasa Inggeris, ini dapat memastikan persaingan yang sengit antara mereka dalam pasaran kerja secara global (n.d). Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan menyatakan

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

yang beliau bimbang dengan keadan para graduan hari ini yang kurang cekap dalam menulis serta berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (Berita Harian Online, 2011). Beliau berkata

bahawa ini merupakan salah satu sebab utama kenapa mereka menghadapai masalah untuk mendapat kerja dalam sektor swasta. Graduan yang tidak mempunyai kemahiran ini tidak dapat menyatakan idea mereka secara tepat kerana kurangnya penguasaan perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana industri kerja pada masa kini memerlukan mereka yang dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik kerana mereka bukan sahaja akan berurusan dengan orang tempatan tetapi juga dengan orang asing yang sudah tentunya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Justeru itu, penting bagi para graduan untuk mengasah serta menguasai kemahiran ini, kerana pada masa kini, kriteria ini yang amat dititikberatkan oleh majikan. 2.5 Kemahiran Pembelajaran Berterusan Dan Mengurus Maklumat Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (NPK) yang menekankan pembelajaran sepanjang hayat, demikian juga majikan menginginkan graduan yang mengamalkan pembelajaran berterusan dan mempunyai kemahiran mengurus maklumat. Menurut Azimi

Hamzah (n.d.), konsep pendidikan berterusan adalah penekanan kepada menimba ilmu, mengubah sikap, dan meningkat kemahiran melalui pengalaman, latihan, serta perbincangan secara formal dan tidak formal. Manakala tujuan pendidikan berterusan ialah untuk

menghasilkan individu yang sihat dan seimbang dalam pembangunan rohani, sosial, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain (Azimi Hamzah, n.d.). Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga ada menyatakan bahawa pembelajaran yang berterusan bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan tetapi juga untuk menambahkan manfaat ilmu pengetahuan untuk memperkayakan jiwa dan minda seseorang individu. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran pembelajaran berterusan

menjadikan peluang graduan untuk diterima bekerja oleh majikan lebih cerah kerana graduan yang mempunyai kemahiran pembelajaran berterusan akan lebih kuat dalam daya saing dan produktif di tempat kerja. Selain itu, majikan juga menitikberatkan kemahiran mengurus

maklumat dalam kalangan graduan. Kemahiran pengurusan maklumat adalah pengurusan yang lengkap dan sistematik ke atas pengetahuan dan proses yang berkaitan dengan maklumat. Majikan amat menitikberatkan kemahiran ini dengan beberapa sebab, antaranya ialah kemahiran

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

pengurusan maklumat dapat memantapkan perancangan organisasi, dapat mencari penyelesaian yang berkesan, dan dapat membantu dalam mencapai objektif organisasi di tempat kerja. Inilah sebabnya majikan amat menitikberatkan kemahiran pengurusan maklumat dalam kalangan graduan. 2.6 Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Antara kemahiran penting yang perlu ada dalam diri seorang graduan untuk menepati kehendak majikan ialah kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kemahiran ini amat penting dalam alam pekerjaan di zaman teknologi ini kerana banyak kerja yang memerlukan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi untuk melakukan kerja. Sebagai contoh, penggunaan komputer dalam membuat kerja amat penting untuk melakukan pelbagai kerja seperti penyediaan kertas kerja, laporan mesyuarat, penyediaan pelbagai surat dan sebagainya. Selain itu, kemahiran ini amat dititikberatkan kerana ini dapat meningkatkan

produktiviti di tempat kerja dengan menjimatkan masa dan menjadikan kerja lebih sistematik. Perhubungan antara rakan sekerja, pihak atasan dan pihak luar akan lebih mudah melalui penggunaan teknologi komunikasi seperti emel yang memudahkan dari segi perkongsian maklumat, perhubungan dan sebagainya. Oleh itu, graduan dan bakal graduan haruslah

melengkapkan diri mereka dengan kemahiran ICT untuk bersaing dalam mendapatkan pekerjaan. Sebagai kesimpulan, graduan masa kini harus mengikuti keperluan semasa dunia pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

3.0 Cadangan-Cadangan Untuk Bakal Graduan, Badan Kerajaan Dan Institusi Pendidikan Di Malayisia Bagi Membantu Melengkapkan Para Graduan Dengan Kemahiran Insaniah 3. 1 Institusi Pendidikan Institusi pendidikan memainkan peranan yang amat besar dalam membantu bakal graduan untuk menyediakan diri mereka dengan kemahiran insaniah agar mereka dapat mencari pekerjaan dengan mudah. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MoHE) memikul

tanggungjawab yang besar untuk membantu bakal graduan. Kementerian Pengajian Tinggi harus memantapkan lagi kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan tinggi di negara kita. Selain itu, instrumen yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Kemahiran Insaniah (My3S) yang merangkumi tujuh elemen iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahiran kepemimpinan dapat membantu graduan melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah. Keberkesanan program ini harus sentiasa dipantau agar ia benar-benar dapat

membantu bakal graduan untuk membina iemahiran insaniah dalam diri mereka. Pada masa yang sama, setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia harus memberikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan My3S serta memperbanyakkan program yang berkaitan dengan My3S. Selain itu, IPT juga dapat menyediakan banyak alternatif lain untuk membantu bakal graduan, antaranya adalah menyediakan kaunseling kerjaya atau menubuhkan pusat penempatan kerjaya yang khas untuk membantu bakal graduan meningkatkan kemahiran, keperibadian mulia, minat dan nilai kerja selaras dengan dunia pekerjaan semasa. IPT juga harus menjadi fasilitator kepada bakal gradual walaupun selepas mereka menamatkan pengajian. Contohnya, IPT membantu Bakal graduan meneroka peluang pekerjaan dalam pasaran kerja. 3.2 Badan Kerajaan Bagi memastikan bakal graduan mempunyai kemahiran yang diinginkan majikan, badan kerajaan harus mempergiatkan usaha mereka untuk membantu bakal graduan. Pada tahun 2011, kerajaan telah menubuhkan syarikat milik kerajaan (GLC) untuk menerima siswazah yang tidak berjaya dalam mendapatkan pekerjaan dalam tempoh lebih enam bulan dan seterusnya memberi

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

latihan selama setahun. Melalui cara ini, graduan dapat berpeluang untuk menimba pengalaman dan memantapkan kemahiran. Sebagai contoh, kerajaan telah mewujudkan Skim Latihan

1Malaysia (SL1M), yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datk Seri Tun Razak. Skim ini bukan sahaja bermatlamat untuk membantu dan menambah pengalaman para graduan tetapi juga bermatlamat untuk menyediakan mereka dengan segala bentuk kemahiran penting yang menepati kehendak pasaran, dan paling penting ialah membantu graduan untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka. Selain itu, ia juga diwujudkan bagi menyediakan bakal

graduan untuk mencapai matlamat jangka masa panjang bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran graduan kelak. Oleh itu, antara langkah yang terbaik dalam membantu bakal graduan di seluruh Malaysia adalah dengan melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) secara meluas di pelbagai tempat di Malaysia agar lebih banyak graduan mendapat pendedahan mengenai kemahiran yang diinginkan majikan dalam kalangan graduan. Majikan tentunya akan memilih mereka yang dilengkapi dengan kemahiran berbanding mereka yang tidak mempunyai kemahiran. 3.3 Bakal Graduan Perkara pertama yang harus dilakukan oleh bakal graduan adalah membina kesedaran akan kriteria-kriteria yang harus ada pada bakal graduan untuk memastikan mereka mendapat pekerjaan kelak. Bakal graduan harus mempunyai kesedaran dari awal akan kepentingan

kemahiran insaniah dalam mencari pekerjaan dalam bidang yang mereka ceburi dan tidak hanya mementingkan pencapaian akademik sahaja. Semasa menuntut di mana-mana tempat pengajian tinggi, bakal graduan haruslah tidak mensia-siakan peluang untuk mempelajari dan mengaplikasikan kemahiran insaniah dalam kehidupan mereka setiap hari. Contoh kemahiran insaniah termasuklah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, pembelajaran berterusan dan pegurusan maklumat, pembelajaran berterusan, pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahiran kepemimpinan. Kemahiran ini boleh dipupuk semasa mereka menuntut di institusi pengajian tinggi kerana institusi pengajian tinggi menyediakan banyak peluang kepada penuntutnya untuk memajukan diri mereka melalui pelbagai persatuan, kelab, aktiviti, ceramah, bengkel, seminar dan banyak lagi. Bakal graduan bukan sahaja dapat memberikan diri mereka peluang untuk

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

menjadi insan yang lebih baik tetapi mereka juga dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mereka seterusnya membantu mereka dalam mencari pekerjaan kelak.

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

4.0 Penutup Secara keseluruhan, bakal graduan harus melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran penting yang diinginkan oleh para majikan. Kemahiran utama yang dititikberatkan oleh majikan ialah kemahiran insaniah yang merangkumi pelbagai elemen utama seperti kemahiran berkomunikasi, kepemimpinan, berfikir secara kritis dan kreatif, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat dan juga kemahiran berbahasa Inggeris. Kesedaran awal dalam diri graduan akan kepentingan kemahiran-kemahiran ini amat penting dan tidak mementingkan pencapaian akademik sahaja. Bakal graduan di luar sana harus belajar menguasai kemahiran-kemahiran ini untuk menepati kehendak majikan dengan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti atau sebarang program yang dianjurkan oleh pihak IPT untuk membantu bakal graduan melengkapkan diri mereka dengan kemahirani insaniah. Manakala bagi Kementerian Pengajian Tinggi, usaha untuk membantu graduan dan bakal graduan harus lebih dipergiatkan lagi untuk menyediakan dengan kemahiran insaniah sebelum mereka melangkah mencari kerja sesuai dengan bidang kajian mereka. Kerjasama dengan IPT untuk membantu bakal graduan dan graduan mesti diteruskan untuk memberi sokongan dan untuk memastikan graduan tidak mudah berputus asa dalam mendapatkan pekerjaan. Instrumen yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu My3S memerlukan kerjasa dan penglibatan daripada pelbagai pihak seperti bakal graduan dan graduan, IPT, badan kerajaan dan lain-lain bagi menjayakan penerapan kemahiran insaniah dalam diri mereka. Tuntasnya, bakal graduan dan graduan pada masa kini wajib melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran penting untuk menepati kehendak majikan dan seterusnya melahirkan para pekerja yang berkualiti tinggi dan produktif di Malaysia. . (2599 pp)

10

Learning Skills for Open Distance Learning

OUMH1103

Rujukan

Don. (7 November, 2011). English standard for undergraduates is still not up to par. The Star. Hariati Azizan, Mun & L.M. (10 Ogos 2011). Top jobs only for those who know the language well. The Star. Kahirol Mohd Salleh, Nur Lisa Sulaiman & Khairul Nazry Talib. 2010. Globalisations Impact on Soft Skills Demand in the Malaysian Workforce and Organisations: What makes graduates employable. Proceedings of the 1st UPI International Conference on Technical and Vocational Education and Training. Bandung, Indonesia. Mariana Yusof. ( 13 Mac 2011). Kemahiran insaniah mantapkan graduan harungi dunia pekerjaan. Berita Harian. Mikhail Rah Abdullah. (4 Mac 2012). Graduan tempatan gagal tepati kehendak majikan. Bernama. Ratna Rasyid Abdul Razak & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (n.d.) .Sorotan Literature. [Online]. Available: http://www.ipptn.usm.my/attachments/091_7%20Bab%202 Sorotan%20Literatur.pdf. [9 April 2012]. Skala kemahiran di insaniah Malaysia. (n.d.). [Online].

http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php. [10 April 2012]. Tiada kemahiran punca ramai graduan gagal dapat kerja. (31 Mei 2011). Utusan Online.[10 April 2012] Yahya Bin Buntat. (2001). Kajian-kajian berkaitan dengan aspek-aspek kemahiran employalibility yang diperlukan oleh para majikan industri. Buletin Fakulti Pendidikan, (3).

Anda mungkin juga menyukai