Anda di halaman 1dari 4

Belajar sepanjang Hayat: Mengapa Pembelajaran Berlanjutan Penting untuk terus

Berjaya dalam Karier.

Tahukah kalian, purata pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi semakin
berkurangan saban tahun? Sejak kehadiran covid yang melanda satu dunia, pelajar menjadi
sukar untuk melanjutkan pelajaran atas kekangan kewangan. Ramai antara mereka, yang
mengambil keputusan untuk berhenti melanjutkan pelajaran dan memilih bekerja di usia yang
muda. Hal ini dapat dibuktikan oleh Jabatan Perangkaan yang telah mengeluarkan satu kaji
selidik di mana lebih 70 peratus atau 390,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak berminat untuk menyambung pelajaran.
Menurut Jabatan Perangkaan, trend yang terjadi pada tahun 2019 ini juga berterusan pada tahun
2020, dan 2021. Tidak kah kalian tahu bahawa setiap pekerjaan yang dimohon itu memerlukan
requirements yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat? Dan jika seseorang itu mahu tetap
bekerja dan memiliki kenaikan gaji memerlukan banyak kemahiran dan pengalaman untuk
ditonjolkan di dunia pekerjaan. Sebelum kita teruskan lagi topik ini, mari kita menelusuri
maksud pembelajaran sepanjang hayat.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran sepanjang hayat? Ia merujuk kepada


konsep bahwa pendidikan dan pembelajaran tidak hanya terjadi semasa disekolah atau di
pengajian tinggi, tetapi ia berlangsung sepanjang hidup seseorang. Hal ini menekankan kepada
kita betapa pentingnya untuk kita terus-menerus meningkatkan pengetahuan, berketerampilan,
dan berdaya saing tinggi sepanjang perjalanan hidup, termasuklah setelah seseorang sudah
memasuki dunia kerja atau berada dalam fasa kehidupan tertentu. Belajar sepanjang hayat
boleh didapati dalam pelbagai bentuk pembelajaran, termasuk kursus, latihan, seminar,
membaca buku, melakukan pemerhatian, pengalaman yang luas, dan juga kegiatan
pembelajaran yang lain. Jika difikirkan, sekolah adalah tempat yang terbaik untuk kita
menceburi potensi yang ada pada diri kerana tempat terbaik untuk belajar adalah sekolah.
Pelajar seharusnya menggunakan peluang ketika berada di pengajian tinggi untuk
menambahkan pengalaman dan skil-skil yang diperlukan di alam pekerjaan nanti. Tujuan dari
konsep ini adalah untuk memastikan bahawa seseorang itu dapat terus mengembangkan potensi
diri mereka untuk menghadapi perubahan dalam lingkungan pekerjaaan, teknologi, dan
peribadi.
Tambahan lagi, pelajar yang mempunyai keinginan untuk melanjutkan diri kealam
pekerjaan perlulah mempunyai kemahiran insaniah seperti berikut :

1) Kemahiran Berkomunikasi

Kemahiran berkomunikasi merupakan aspek penting dalam kehidupan profesional dan


kebanyakan pekerjaan. Komunikasi yang baik dapat membantu kita untuk berinteraksi dengan
rakan sejawat secara efektif. Dengan itu, kita oleh berkongsi idea dan dapat memahami
pandangan yang diuatarakan oleh mereka. Selain itu, komunikasi juga penting jika pekerjaan
itu melibatkan sebarang urusan dengan pelanggan. Ini melibatkan kebolehan untuk mendengar
keperluan pelanggan, memberikan maklum balas yang jelas dan dapat menyelesaikan masalah
dengan efisien. Tambahan pula, bagi mereka yang berada dalam bidang kepimpinan atau
pengurus pasti lebih memerlukan komunikasi yang jelas untuk memberi arahan yang tepat dan
dorongan yang positif kepada pekerja yang lain.

Kesimpulannya, kemahiran berkomunikasi yang baik memainkan peranan utama dalam


membina hubungan yang berkesan di tempat kerja, meningkatkan produktiviti, dan membantu
dalam mencapai matlamat organisasi. Kemahiran ini juga mencerminkan profesionalisme dan
kemampuan seseorang untuk berinteraksi dengan berkesan dalam pelbagai situasi kerja.

2) Kemahiran Kepimpinan

Kemahiran kepimpinan yang kuat adalah aset penting sebelum memasuki dunia pekerjaan.
Seorang pemimpin yang baik mampu memotivasi pasukan dan menginspirasi mereka untuk
mencapai sesebuah matlamat. Oleh yang demikian, ia membantu membina semangat bekerja
sesame ahli pasukan. Tambahan lagi, pemimpin yang bermutu tinggi juga mampu
menyelesaikan konflik yang terjadi sewaktu bekerja dengan bijaksana dan menjaga
keharmonian dalam pasukan kerana dengan kemahiran kepimpinan ini, kita perlukan untuk
memberi panduan yang bijak. Seperti mana yang kita ketahui, pemimpin diberikan
tanggungjawab yang besar untuk membuat perubahan dalam organisasi. Tanpa kemahiran
kepimpinan, seseorang itu tidak mampu untuk merancang dan melaksanakan perubahan yang
berkesan terhadap syarikat.

Kemahiran kepimpinan bukan hanya penting dalam peranan formal sebagai ketua atau
pengurus, tetapi juga dapat meningkatkan kecekapan dan kesesuaian dalam pelbagai peranan
dan peringkat dalam dunia pekerjaan. Pemimpin yang baik cenderung memimpin dengan
contoh dan mencipta persekitaran yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan
kecemerlangan.

3) Kemahiran Kerja Berpasukan

Dalam persekitaran kerja, seringkali terdapat pelbagai cabaran dan masalah yang memerlukan
penyelesaian berkumpulan. Kemahiran kerja berpasukan membolehkan individu menyumbang
idea, menilai pilihan penyelesaian, dan bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama.
Sesungguhnya, pasukan yang berkomunikasi dengan baik cenderung berfungsi dengan lebih
baik. Dengan adanya kerja berpasukan sebenarnya dapat membantu dalam meningkatkan
komunikasi antara ahli pasukan, mengurangkan risiko kesilapan dan meningkatkan
pemahaman terhadap arah dan matlamat yang perlu dicapai. Melalui kerjasama dalam pasukan,
individu dapat memperoleh sokongan dan pengiktirafan dari rakan sekerja, yang seterusnya
meningkatkan kepercayaan diri mereka.

Secara keseluruhannya, kemahiran kerja berpasukan adalah penting dalam pelbagai konteks
pekerjaan, dari kekuatan fizikal yang melibatkan pasukan fizikal hingga kepada kerjasama dan
komunikasi dalam kerja berkumpulan. Memiliki kemahiran ini sebelum bekerja memudahkan
individu untuk menyumbang secara positif dalam pasukan mereka dan membina suasana kerja
yang produktif dan harmoni.

4) Kemahiran Penyelesaian Masalah

Setiap pekerjaan pastinya mempunyai cabaran dan masalah yang perlu diatasi. Kemahiran
penyelesaian masalah membantu individu untuk menghadapi cabaran tersebut dengan cara
yang sistematik dan efektif. Individu yang mahir dalam menyelesaikan masalah cenderung
lebih efisien dan produktif. Mereka dapat mengidentifikasi dan mengatasi hambatan dengan
cepat, mengurangkan waktu dan sumber yang terbuang. Oleh yang demikian, kemahiran
penyelesaian masalah membantu individu untuk membuat keputusan yang tepat berdasarkan
analisis dan penilaian yang baik. Ini dapat membawa kepada keputusan yang lebih baik dan
berkualiti dalam konteks kerja.

Secara keseluruhannya, kemahiran penyelesaian masalah adalah aspek kunci dalam


meningkatkan kecekapan dan keberkesanan di tempat kerja. Mempunyai kemahiran ini
sebelum memasuki dunia pekerjaan memudahkan individu untuk menangani cabaran dan
mencapai matlamat kerja dengan lebih berkesan.
5) Kemahiran Pengurusan

Akhir sekali, kemahiran pengurusan membantu individu untuk menyusun dan menyelenggara
tugas dengan berkesan. Sebelum masalah dapat diselesaikan, penting untuk individu
mengenalpasti dan mendefinisikan masalah dengan jelas. Kemahiran pengurusan masalah
membolehkan individu mengidentifikasi masalah dan memahami dengan betul apa yang perlu
diselesaikan. Namun, kemahairan pengurusan juga memerlukan kita untuk berkomunikasi
dengan baik kerana ia diperlukan untuk membantu dalam menyampaikan maklumat dengan
jelas, mendengar pandangan yang berbeza, dan berkomunikasi secara efektif. Individu yang
mahir dalam pengurusan masalah cenderung mencari penyelesaian yang inovatif. Mereka
melihat masalah sebagai peluang untuk meningkatkan proses atau produk, memberikan nilai
tambah kepada organisasi.

Mempunyai kemahiran pengurusan masalah sebelum memasuki dunia pekerjaan memberikan


kelebihan kepada individu untuk menghadapi cabaran kerja dengan lebih yakin dan dapat
meningkatkan keberkesanan mereka dalam mengurus tugas dan masalah yang timbul.

Sebagai menutup tajuk "Belajar Sepanjang Hayat: Mengapa Pembelajaran


Berlanjutan Penting untuk Terus Berjaya dalam Karier," kita boleh menekankan betapa
pentingnya komitmen terhadap pembelajaran berterusan dalam mencapai kejayaan dalam
kerjaya. Pembelajaran berlanjutan bukanlah sekadar satu proses, tetapi suatu gaya hidup yang
memberikan peluang untuk pertumbuhan dan peningkatan diri. Dalam era yang terus berubah
dengan cepat, individu yang menerapkan semangat belajar sepanjang hayat dapat mengatasi
cabaran, menyelaraskan diri dengan inovasi terkini, dan membina kecekapan yang relevan.
Dengan menghargai dan melibatkan diri dalam pembelajaran berlanjutan, seseorang
membuka pintu kepada peluang berterusan dan kesinambungan dalam mencapai kejayaan
profesional. Maka, mari kita terus bersedia untuk mengejar ilmu, meluaskan kebolehan, dan
memperkaya pengalaman kerjaya kita sepanjang hayat.

Anda mungkin juga menyukai