Anda di halaman 1dari 3

Pada era globalisasi ini, setiap majikan yang menawarkan

kerja kepada sesorang individu semestinya mencari


sesoranng yang rajin dan cemerlang. Pekerja yang
mempunyai prestasi kerja cemerlang akan sentiasa
menjadi buruan organisasi dan setiap pekerja cemeralng
semestinya menyumbang kepada peningkatan kualiti dan
kuantiti sebuah syarikat. Oleh hal yang demikian, ciri-ciri
pekerja cemerlang yang mewarnai fokus perbincangan
akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan
bersama.

Sebagai pembuka tirai bicara ini, antara ciri-ciri pekerja


cemerlang ialah kerja secara berpasukan. Secara
ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja
yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering
bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding
bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Seorang pekerja
cemerlang yang sentiasa memberi kerjasama kepada ahli-
ahlinya akan dapat menyiapakan kerjanya dengan cepat
dan turut disenangi oleh rakan sepasukan yang lain.
Selain itu, setiap masalah yang wujud juga dapat
dibincang bersama-sama dan diselsaikan dlm satu tempoh
masa yang cpt.

Apabila ditelusuri dengan lebih mendalam, Ketrampilan


berkomunikasi adalah salah satu ciri untuk menjadi
seorang pekerja yang cemerlang. Dengan ketrampilan
komunikasi yang baik, seorang pekerja itu dapat membina
hubungan yang lebih baik dan mampu berkerjasama
dengan rakan sekerja. Hubungan yang baik sentiasa boleh
dperkukuh dengan pendengaran dan penggunan bahasa
yang baik. Selain itu, pada era ini pekerja perlu mengambil
tanggungjawab yang lebih besar, contohnya menghadiri
mesyuarat kerja dan membuat perbentangan di hadapan
ramai orang dan jika kita sebagai pekerja tidak terbiasa
dan tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik,
maka perkara seperti ini dapat membuat kita gugup dan
tidak boleh melakukannya dengan biasa.

Daripada sudut yang lain pula, Menyelesaikan masalah


merupakan keupayaan menggunakan minda untuk
mencari idea dan langkah-langkah untuk mengatasi
kekurangan atau halangan yang ada untuk mencapai
objektif yang diinginkan dan semestinya seorang pekerja
cemerlang perlu sentiasa bijak menyelesaikan masalah.
Seorang pekerja perlu menganggap masalah sebagai satu
cabaran dan peluang untuk kita mempertingkatkan diri.
Dalam masa yang sama, pengalaman dan keyakinan dalam
diri jiuga akan meningkat.

Jika diselidik dengan lebih jauh, Seorang pekerja


cemerlang perlu mahir dalam pengunaan teknologi terkini
kerana Teknologi memainkan peranan penting dalam
pekerjaan dan memberi kesan ke atas generasi akan
datang. Malah, menunjukkan penggunaan teknologi dalam
pekerjaan sangat menitikberatkan inovasi dalam
membawa arus pemodenan dalam pendekatan yang lebih
sistematik dan tersusun. Selain itu, teknologi Dapat
melahirkan pekerja cemerlan yang kreatif, inovatif dan
berfikiran terbuka. Kemahiran dalam bidang teknologi
mampu melahirkan masyarakat yang berkaliber kerana
mereka yang menguasai teknologi akan mendapat lebih
banyak info-info yang berguna untuk bidang pekerjaan
mereka.
Akhir sekali, disiplin dikatakan sebagai peraturan utk
melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Seorang
pekerja yang cemerlang harus berdisiplin untuk mencapai
matlamat sesuatu organisasi. Secara amnya, Adalah
menjadi hak majikan untuk mendisiplinkan pekerja dalam
usaha untuk mendapatkan hasil kerja yang efisyen dan
berkualiti. Disiplin di tempat kerja menjadi sangat perlu
demi kepentingan warga kerja itu sendiri.

Sebagai kesimpulanya,

Anda mungkin juga menyukai