Anda di halaman 1dari 10

BM UJIAN LISAN

PERANAN DAN CABARAN REMAJA


MASA KINI

"Remaja tunggak negara", "Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok" dan "Pemuda
harapan bangsa" adalah sebahagian ungkapan yang sering kita dengar tentang
remaja.Ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh golongan remaja,
baik lelaki mahupun perempuan.Merekalah yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan
negara, negeri, daerah, kampung, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya
sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah tangga.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daripada kamu adalah pemimpin
yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara
bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah
pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga
rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta
tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang
dalam jagaan kamu. (riwayat Bukhari)

Oleh itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab termasuklah para remaja.
Secara umum, remaja biasanya dianggap sebagai kelompok usia peralihan antara anakanak dan dewasa, iaitu antara usia 12 hingga 20 tahun atau mungkin lebih.

Sebagaimana yang kita ketahui, remaja sekarang banyak yang terpengaruh dengan
rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling yang menyebabkan
berlakunya perubahan terhadap diri mereka terutamanya sikap.

Perubahan yang positif amat disyukuri tetapi bagi yang tidak mencukupi didikan agama,
mereka mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang bukan sahaja boleh
merosakkan diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling juga akan turut sama musnah
sedikit demi sedikit.Nasihat demi nasihat diberikan. Fakta demi fakta dibuktikan.
Semuanya untuk merubah golongan yang bergelar remaja supaya bersiap sedia dengan
apa sahaja keadaan dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Apakah generasi kita benar-benar faham akan tanggungjawab mereka untuk


mendambakan masa depan dengan desakan perubahan yang mungkin akan lebih drastik
dan hebat?

Bersediakah mereka dengan apa jua keadaan yang akan berlaku?Budaya Barat yang
bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik,
termasuk juga video lucah yang menjadikan remaja sebagai sasarannya.Apakah remaja
hari ini menyedari bahawa mereka sedang melalui satu jalur perubahan yang semakin
menjadikan mereka lupa kepada siapa mereka menyandarkan kerisauan dan keresahan
mereka?Sedarkah kita bahawa generasi muda yang kita anggap sebagai penyambung
warisan kita turut terkeliru dalam pengertian sebenar kehidupannya?

Remaja amat memerlukan bimbingan dan panduan yang betul untuk menjadi individu
cemerlang dan bukan sahaja berguna kepada diri sendiri, malah juga kepada agama,
bangsa dan juga negara.Oleh hal yang demikian, remaja seharusnya bersedia menyertai
apa-apa program yang berbentuk kepemimpinan sama ada di peringkat sekolah ataupun
oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Seperti yang kita sedia maklum, remaja sering berhadapan dengan pelbagai cabaran
dalam bermacam-macam situasi. Remaja harus membuktikan bahawa mereka mampu
mengiringi arus globalisasi yang kian rancak mendominasikan nilai kemanusiaan.

Kita tidak mahu adanya keciciran di kalangan remaja yang boleh merencatkan
pembangunan bangsa. Dengan itu, didikan perlu diberi sebelum mereka mencapai tahap
umur yang dipanggil remaja.

Tidak ada sesiapa pun didalam dunia ini yang boleh lari daripada tanggungjawab masingmasing walau dalam apa jua keadaan. Sebagai pelajar, maka menjadi tanggungjawab
mereka untuk belajar.

Sebagai anak, mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Sebagai
abang, kakak, adik, kawan, jiran dan berbagai-bagai lagi tanggungjawab yang boleh
dipikul oleh seorang remaja.

Oleh itu, sedarilah bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza-beza
yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.Remaja memainkan peranan penting dalam
menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa.Malah remaja menjadi tunggak
harapan negara. Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang berperanan
penting dalam perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda dalam
kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat.

Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan mencorakkan landskap
negara masa depan. Jikalau rosak akhlak remaja hari ini, bermakna pemimpin negara
yang akan datang juga terdiri dari mereka yang tidak berkualiti dan tidak
bermoral.Disebabkan inilah remaja hari ini mesti diberi bimbingan dan didikan serta
pengetahuan yang cukup sebagai persediaan membina barisan pelapis pemimpin negara
yang berwibawa.Persediaan awal ke atas remaja mestilah memfokuskan kepada tiga
peranan yang utama iaitu remaja sebagai individu, remaja sebagai anak dan remaja
sebagai ahli masyarakat.

Pengenalan
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial
yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi
menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk
devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat
untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilainilai
Pengertian masalah sosial remaja secara umumnya masalah sosial merangkumi
berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam
sesuatu masyarakat ataupun negara. Tingkah laku remaja yang suka menghabiskan
masa lapang di kompleks membeli belah, bermain permainan komputer di kafe siber,
berbual kosong di kedai fast food seperti McDonalds dan Starbuck dan tempat
tumpuan orang ramai dikenali sebagai aktiviti lepak. Masalah ini telah menjadi satu
budaya kepada golongan remaja khasnya.
Budaya ini semakin memperlihatkan remaja masa kini yang tidak menyedari yang
mereka adalah pewaris masa hadapan bagi menjayakan wawasan negara. Persoalannya
sekarang, banyak media massa yang memberi kenyataan menyatakan pemimpinpemimpin negara, masyarakat tempatan dan individu telah meletakkan lepak dikalangan
remaja ini sebagai salah satu aktiviti sosial dan budaya yang setanding dengan isu
penyalahgunaan dadah, penyakit AIDS dan pembuangan anak (Azizi Yahya, et.al, 2002).
Budaya Lepak
Kegiatan melepak merupakan suatu masalah sosial yang dipandang serius oleh
masyarakat Malaysia. Gejala membuang masa dengan melepak pastinya merupakan
suatu penyakit di dalam masyarakat. Kegiatan ini bukan sahajadilakukan oleh remaja
lelaki tetapi juga remaja perempuan. Tingkah laku ini dilakukan oleh golongan remaja
yang menjadi golongan terbesar penduduk negara. Rentetan daripada gejala melepak
ini, wujud banyak permasalahan lain dalam kalangan remaja kita yang menarik perhatian
banyak pihak.
Media sering melaporkan tentang penagihan dadah, bohsia, lumba motor, lari dari
rumah, mengandung sebelum kahwin, ponteng sekolah, hubungan seks sebelum kahwin
dan sebagainya ekoran daripada perbuatan melepak pada peringkat awalnya. Begitu
juga media mempopularkan 'budaya' hippies, punks, rokers, heavy metals dan lain-lain.
Penonjolan berita tersebut yang ada ciri-ciri kontroversi sudah tentu mencetuskan
perbincangan di kalangan orang ramai.
Persoalannya sekarang, mengapakah budaya lepak ini diamalkan oleh sebilangan remaja
Malaysia hari ini ? Banyak kajian telah dibuat oleh para penyelidik sama ada tempatan
mahupun luar negeri berhubung dengan sikap kecenderungan budaya lepak ini
berleluasa. Yang membimbangkan adalah kita adalah peningkatan kes-kes devian yang
melibatkan golongan ini. Menurut kajian Samsudin et. al., (1994) tingkah laku lepak
dalam kalangan remaja menunjukkan secara purata remaja menghabiskan masa
sebanyak 16.3 jam seminggu membuang masa berkumpul dan berbual kosong dengan
rakan sebaya di tempat-tempat awam. Tambah beliau, kadar ini lebih menonjol di
kawasan luar bandar iaitu di kawasan pembangunan tanah FELDA (28.4 jam) dan
kampung tradisional (22.4 jam). Dalam masa setahun dianggarkan remaja akan
menghabiskan 847.6 jam melepak iaitu bersamaan dengan 35 hari.

Jika dikaji dari segi sudut positif dan negatif budaya melepak ini, adakah adakah aktiviti
yang dilakukan oleh remaja sewaktu melepak menunjukkan kecenderungan melakukan
aktiviti devian? Kebanyakan remaja menyatakan mereka melepak sekadar berjumpa
kawan, bersiar-siar, berehat, mencari ketenangan, melepaskan rasa bosan melihat
gelagat orang lain atau mendapatkan hiburan. Kenyataan tersebut menunjukkan secara
terbuka remaja tidak melakukan apa-apa aktiviti yang dianggap devian atau sumbang
(Samsudin, et.al., 1994). Keadaan ini memperlihatkan golongan remaja yang melepak ini
dengan hasrat yang murni dan tujuan yang baik.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kes yang berlaku disebabkan masalah
seperti kelemahan dan keruntuhan institusi keluarga. Kekurangan kasih sayang,
perhatian, asuhan dan didikan akhlak daripada ibu bapa kepada anak- anak. Ibu bapa
yang dibuai kebendaan dan mementingkan karier serta wang selalu mengabaikan
tanggungjawab mereka keatas anak-anak di rumah. Anak-anak dibiarkan hanyut dalam
dunia khayalan yang menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Mereka mudah
meyimpang daripada lunas yang murni dan berakhlak, kini mereka hidup bebas tanpa
segan silu dan tidak menghiraukan masyarakat apabila melakukan pelbagai gejala sosial.
Kebebasan tanpa pedoman, batasan dan didikan agama akan berakhir dengan
kehancuran.
Faktor kedua ialah faktor rakan sebaya, persekitaran masyarakat, media massa dan
kelemahan undang-undang memburukkan lagi keadaan. Hal ini juga menjadi pemangkin
kepada meluasnya gejala sosial dalam kalangan remaja. Bagi remaja yang tercicir dalam
persekolahan, kewujudan peluang-peluang pekerjaan di kawasan bandar ekoran
pertumbuhan aktiviti perindustrian mengakibatkan penghijrahan meluas ke kawasan
bandar. Penghijrahan remaja dari kampung bagi mencari pekerjaan di bandar-bandar
mendatangkan pelbagai kesan langsung dan tidak langsung seperti masalah sosial,
keluarga serta perubahan nilai dan sikap.
Terdapat pelbagai unsur negatif yang disalurkan melalui media massa terutamanya
media elektronik seperti filem ganas dan lucah yang tidak sesuai dengan agama, akhlak,
budaya timur dan wawasan negara. Laporan televisyen dan akhbar menunjukkan gejala
sosial remaja berlaku selepas menonton filem berunsur ganas. Mereka seolah-olah
terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Desakan keluarga dan kuasa sivik
membantu menghalang remaja daripada terlibat dengan aliran muzik rock yang negatif
dan kesan umum daripada rakaman video. Permainan video dan pengaruh televisyen
cukup sinonim dengan pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja.
Antara lain tidak dapat mengawal nafsu diri, tidak mendengar nasihat orang tua,ingin
mencuba dan ingin meniru. Nafsu yang paling jahat menghantui jiwa remaja ialah
terdorong kepada kegiatan jahat dan hidup berfoya-foya yang hanya dikejar ialah
keseronokan dan kemewahan tanpa memikirkan masa depan. Mereka melakukan
perkara-perkara yamg melampaui batas dan boleh menggelapkan naluri mereka,
sehinggakan terjebak dalam lembah maksiat semata-mata nengejar keseronokan dan
kemewahan. Pengabaian bimbingan, asuhan dan pendidikan remaja mengakibatkan
kelahiran pelbagai gejala sosial seperti samseng sekolah, budaya lepak, tidak minat
belajar, vandalisme, berjudi, lari dari rumah, penyalahgunaan dadah dan pil khayal,
bohjan, pengguguran dan pembuangan anak, budaya punk, skinhead, black metal,
lumba haram dan sebagainya.
Peranan Ibu Bapa dan Sekolah
Peranan ibubapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau
pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan
masa untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup
meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya
mengetahui rakan-rakan mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukan moral yang baik.

Menurut Kaplan (1975) (dalam Azizi, 2002) budaya lepak adalah berkaitan dengan
psikopatologi iaitu mengalami masalah personaliti, gangguan mental, gangguan emosi,
selalu anxieti atau depresi. Didapati juga kebanyakan golongan remaja yang terlibat
dalam budaya lepak mempunyai masalah keluarga, sukar membina hubungan rapat
dengan ahli keluarga dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan
sebahagian daripada masa mereka bersama dengan anak-anak mereka dengan memberi
keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan
keputusan.
Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, sanggup menerima kelemahan
diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Sejajar dengan pentingnya fungsi ibu bapa yang ideal dengan cara mengetahui asas
perhubungan sesama manusia. Ibu bapa boleh mmembesarkan anak-anak yang
bertanggungjawab, berdisiplin dan bekerjasama tanpa bergantung kepada perasaan
takut. Mereka boleh belajar mempengaruhi anak supaya berkelakuan lebih baik seperti
yang dikehendaki oleh ibu bapa daripada takut hukuman yang akan dikenakan atau
keistimewaan mereka ditarik balik (Ahmad Lisot,1998). Dengan itu, menunjukkan
bahawa perhubungan mesra dengan ibu bapa dapat menghindar remaja dari terlibat
dengan perkara-perkara yang kurang sihat (Nelson,1992).
Di peringkat sekolah, pendekatan akademik boleh dilakukan dengan menambahkan
aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akedemik seperti kegiatan ko-kurikulum
di sekolah. Hal ini boleh membantu para remaja dari terjebak dengan pelbagai gejala
sosial yang tidak elok. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti pengunaan komputer, video, bantuan alat pandang dan teknik
pengajaran luar kelas. Ianya juga haruslah dikawal setiap penggunaan teknologi pada
masa kini dari mengelak remaja menyalah gunakan teknologi tersebut.
Peruntukan undang-undang di sekolah boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan
pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan
pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu
digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak
pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini
kepada pihak polis.
Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya
bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran guru
dengan sikap terbuka dan positif.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling
di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu
remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam
memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah kerutuhan
akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini. Dengan kata lain, walau apapun langkah
yang diambil oleh mana -mana pihak seperti kerajaan dan swasta (NGO), tanpa
kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar dibendung dan diatasi. Jadi kita
perlulah sama-sama mengatasi masalah yang kian berleluasa ini. Hal ini kerana, remaja
adalah tonggak peneraju di masa hadapan kita suatu hari nanti.
Pengenalan
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh
kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga
banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan

remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit
Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai
37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada
jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang
diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan
dan harta benda.
Kes Jenayah Melibatkan Golongan Remaja
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja
adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri
basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, 6 Januari 1992). Jenayah yang dilakukan oleh
remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja,
malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja,
sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes
membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes
melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan
1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991
dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari
atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992
(2221 kes) dan 1993 (1485 kes). Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti
dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah
yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata
masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat dalam kalangan remaja. Menurut Menteri
Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3
Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988,
sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990
dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.
Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar
dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan
kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur
mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah,
sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum
Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).
Punca Berlaku Dari Sudut Psikologi
Psikologi sosial adalah merupakan cabang ilmu dari psikologi yang berkisar kepada faktafakta, gejala-gejala serta kejadian-kejadian dalam kehidupan sosial manusia. Fenomena
sosial yang dialami oleh individu terutamanya golongan remaja merupakan rantai
masalah yang berakar dari masalah konsep diri. Dari situlah muncul pelbagai maslalah
seperti inferioritas, kurang percaya diri, dan hobi mengkritik diri sendiri. Seseorang
dikatakan mempunyai konsep diri negatif jika ia meyakini dan memandang bahawa
dirinya lemah, tidak berdaya, tidak dapat berbuat apa-apa, tidak kompeten, gagal,
malang, tidak menarik, tidak disukai dan kehilangan daya tarik terhadap hidup.
Orang dengan konsep diri negatif akan cenderung bersikap pesimistik terhadap
kehidupan dan kesempatan yang dihadapinya. Ia tidak melihat tantangan sebagai
kesempatan, namun lebih sebagai halangan. Orang dengan konsep diri negatif, akan
mudah menyerah sebelum berperang dan jika gagal, akan ada dua pihak yang
disalahkan, entah itu menyalahkan diri sendiri (secara negatif) atau menyalahkan orang
lain (Edwi Arief Sosiawan, http://edwi/.dosen.upnyk.ac.id).
Ahli psikologi menganggap alam remaja sebagai satu peringkat emotional age kerana
di peringkat ini mereka tercari-cari identiti sendiri di mana berlakunya pertembungan di
antara keinginan dan kebimbangan dalam menempuhi alam dewasa. Ramai daripada
golongan remaja terjebak dengan gejala sosial serta meninggalkan batas

keperibadiannya sekaligus melupakan nilai moral yang sepatutnya tersemai di dalam diri
mereka. Remaja memperoleh kesedaran pada diri mereka sebagai individu, rakan
sebaya, pekerja, dan ibu bapa yangberkebolehan serta sebagai individu yang baru.
Tarikan pada jantina berlawanan akan muncul, pencarian idea dan orang yang boleh
dipercayai juga bermula. Pengharapan baru pada diri mula diadaptasikan. Imej-imej
kendiri ini mulanya cenderung menjadi fleksibel dan sedikit demi sedikit akan berubah
mengikut masa, tempat dan situasi. Akhirnya, para remaja akan menyediakan diri
menanggung beban identiti yang serius serta berusaha menyelesaikan krisis identiti
yang berlaku dalam perhubungannya dengan orang lain.
Anak-anak, khasnya remaja pada abad ke-21 ini lebih terdedah kepada pelbagai bentuk
pengaruh. Dalam dunia yang disebut borderless world ini banyak menerima pengaruh
positif mahu pun negatif. Anak-anak lebih mudah tertawan dengan program yang
membunuh sahsiah berbanding program yang menghidupkan peribadinya (Hassan Mohd
Ali, 1997). Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku ini dikenali pelajar
devian. Dalam konteks jenayah remaja kini, sifat devian mereka dirujuk sebagai
perlanggaran norma-norma masyarakat.
Punca Berlaku Dari Sudut Sosiologi
Sosiologi sebagai ilmu yang mempelajari hubungan-hubungan sosial yang ada dalam
masyarakat, memfokuskan kajiannya pada peran dan kedudukan individu dalam
masyarakat serta hubungan di antara keduanya. Sehubungan dengan hal ini beberapa
pemikir sosiologi pun terbagi menjadi tiga kelompok, yaitu mereka yang menekankan
kajiannya pada 1) dominasi individu; 2) dominasi masyarakat; dan 3) saling pengaruh
antara individu dan masyarakat. Sesuai dengan skop tugasan ini yang menyatakan kes
jenayah dalam kalangan remaja semakin meningkat akan dilihat dari sudut siosiologi
iaitu cakupan pengaruh luaran dan hubungannya.
Budaya lepak yang berkembang dalam kalangan remaja mempunyai kecenderungan ke
arah pembiakan pelbagai gejala keruntuhan moral yang amat serius serta meningkatkan
kes jenayah dan masalah sosial yang kritikal. Pembiakan budaya jenayah, dalam hal ini,
seringkali dikaitkan dengan budaya lepak. Daripada aspek lain, budaya lepak
menyebabkan meningkatkan kes jenayah juvenil, kenakalan, dan jenayah ringan dan
berat dalam masyarakat. Modenisasi membawa nilai baru yang dalam keadaan tertentu
dapat menimbulkan krisis nilai dan dilema moral dalam kalangan belia. Penghijrahan
golongan belia luar bandar ke bandar untuk mengejar perubahan menimbulkan kejutan
budaya. Dalam keadaan tertentu, fenomena sosial budaya lepak ini amat mengancam
keselamatan dan keamanan serta memberi gambaran buruk tentang masalah sosial dan
jenayah yang membimbangkan.
Perhubungan golongan remaja dengan rakan sebaya mereka akan memberi sumber
inspirasi dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila pengaruh keluarga akan
berkurangan. Kanak-kanak atau remaja yang berasal daripada keluarga bermasalah
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang senasib dengannya dan membentuk
kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.
Mereka akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang
lain.
Kemunculan golongan rendah moral dan tidak bertanggungjawab yang menaja budaya
hedinisme dalam kalangan remaja seperti Black Metal sudah cukup memberi cabaran
serta saingan kepada usaha guru membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah
pengalaman budaya sihat. Pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap dan nilai tingkah
laku pelajar terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga yang bermasalah dan
keciciran dalam pelajaran.
Rumusan
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa remaja yang merupakan aset negara
amat penting dan merupakan pemimpin masa hadapan. Oleh itu, perubahan tingkah laku
para ke arah positif amat penting dalam memberi hala tuju yang betul dan baik bagi

kehidupan mereka. Selaras dengan perkembangan dunia moden hari ini banyak cabaran
telah memberi implikasi dalam hidup mereka di mana turut mencakupi aspek psikologi
dan sosiologi. Keadaan ini memberi impak secara menyeluruh dalam hidup remaja yang
bermasalah dan cenderung melakukan kesalahan di mana bertentangan dengan undangundang dan norma masyarakat kita.

Secara rumusannya, antara beberapa cabaran yang akan dihadapi oleh para belia
menjelang alaf baru ini adalah seperti berikut:
1. Cabaran teknologi maklumat
Teknologi maklumat menjadi satu cabaran yang amat ketara kerana pelbagai bentuk
maklumat kini dapat diperolehi dengan amat mudah. Memang banyak kebaikan seperti
menambahkan pengetahuan dan maklumat awam. Semua ini timbul kerana adanya
sumber maklumat yang terlalu canggih seperti sistem satelit, internet, telefon bergerak,
aplikasi sistem maklumat tanpa wayar dan sebagainya. Ini memberi kesan amat ketara
dalam hubungan antara individu, kenegaraan, hubungan sosial, kewangan dan industri
serta sebagainya. Mungkin akan timbul keraguan dari segi ketepatan dan kesahihan
maklumat yang disebarkan. Begitu juga dengan penipuan yang sudah pun wujud melalui
sistem internet dan keruntuhan moral dan sosial masyarakat akibat penyalahgunaan
sistem yang sama.

2. Cabaran pemikiran dan budaya


Pemikiran dan pandangan beberapa individu dan sesetengah negara terutamanya
negara maju yang lebih bersifat menjajah dan menakluk menjadi lebih dominan dalam
alaf ini. Contoh seperti pemikiran globalisasi, pembelaan alam sekitar dan isu hak asasi
manusia yang lebih subjektif sifatnya sehingga menimbulkan persengketaan dan perang
mulut. Namun, masalah penerimaan dalam keterpaksaan terus berlaku kerana kesan
ancaman politik dan ekonomi serta ketenteraan yang akan timbul kelak. Sementara
pengaruh budaya lebih bersifat menjajah ekoran kebebasan dan pengaruh media dan
teknologi maklumat.
3. Cabaran mental dan emosi
Cabaran ini adalah terlalu subjektif. Tetapi, dalam apa juga tamaddun dan kehidupan
manusia, individu yang merasakan dirinya kekurangan, tidak mampu dan kurang upaya
atau ketinggalan daripada individu dan masyarakat lain akan menerima tekanan mental
dan emosi yang lebih hebat lagi. Seterusnya, tekanan mental dan emosi akan menjadi
lebih ketara lagi apabila sesebuah tamaddun manusia itu semakin maju dalam pelbagai
aspek kehidupan. Ini dapat dilihat dari status gejala sosial, seperti kes rompakan, peras
ugut, pembunuhan dan bunuh diripenyalahgunaan dadah dan alkohol serta (penyakit
mental), dan lain-lain.
4. Cabaran moral dan sosial
Daripada penilaian sejarah tamaddun manusia, daya tahan moral dan sosial manusia
akan menjadi semakin pudar dengan bertambah majunya kehidupan mereka. Budaya
keselesaan (complacency), individualistik dan materialistik lebih menguasai kehidupan
mereka. Tahap kebergantungan kepada pemahaman moral dan keagamaan terus lusuh
dan longgar. Ini dapat dibuktikan berikutan timbulnya beberapa gejala yang
sememangnya dilarang keras oleh ajaran agama seperti perzinaan dan bersekedudukan,
pembunuhan, arak dan alkohol, perjudian serta sebagainya.
Lantaran ini, menjadi tanggungjawab para belia kini untuk mendidik dan
mempersediakan diri dengan pelbagai keupayaan yang ada. Tetapi bagaimanakah
kaedah untuk mendapatkan persediaan yang benar-benar mantap? Mereka mestilah
mengambil peluang yang sedia ada ini agar tidak menyesal di kemudian hari kerana
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi.

Anda mungkin juga menyukai