Anda di halaman 1dari 15

1103/2 (PP) @ 2023 SULIT

Bahasa Melayu
Kertas 2
Peraturan Pemarkahan
2023

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2023

PERATURAN PEMARKAHAN 1103/2 (PP)

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Kertas Peraturan Pemarkahan ini mengandungi 16 halaman bercetak

*Nota: Panduan penskoran ini bukan dihasilkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 2 SULIT

Markah penuh: 100 markah

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada


Soalan 1: 8 markah
Soalan 2: 6 markah
Soalan 3: 11 markah
Soalan 4: 4 markah
Soalan 5: 6 markah

Perhatian bagi Soalan 1

1. Berikan 1 markah bagi setiap kata adjektif yang betul.


2. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul dan gramatis dengan menggunakan kata
adjektif tersebut.
3. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda baca dengan betul.
4. Sekiranya beberapa kata adjektif yang diuji telah digunakan dalam satu ayat, berikan
pertimbangan sebagai satu ayat sahaja.
5. Kata yang diuji salah tetapi ayat yang dibina betul, berikan 0 markah.
6. Calon menyalin/ meniru keseluruhan ayat daripada petikan atau mana-mana bahagian
dalam keseluruhan kertas soalan, berikan 0 markah.
7. Perkataan digunakan sebagai kata nama khas atau peribahasa, berikan 0 markah.
8. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, berikan 0 markah.
9. Maksud ayat tidak jelas, berikan 0 markah.
10. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan
jawapan.
11. Tanda empat jawapan pertama sahaja.

Soalan 1-Morfologi
(i) baik
1. memberi faedah apabila menggunakannya(melihat, membaca), elok
2. memuaskan hati
3. tidak jahat
4. pulih, sembuh
5. sangat sesuai dan rapat (perhubungan, persahabatan)

ii) suka
1. perasaan girang dalam hati
2. senang hati
1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah
SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 3 SULIT

3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi


4. gemar akan
5. setuju, cocok, sesuai

(iii) besar
1. tidak kecil (ukurannya)
2. penting, berpengaruh, berkuasa (berjawatan)
3. dewasa
4. banyak
5. amat penting (hajat, niat, tugas)

(iv) banyak
1. bukan sedikit, tidak sedikit
2. bilangan jumlah
3. sangat, sungguh

(v) prihatin
1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara
2. berdukacita atau kecewa yang amat sangat
3. berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat sesuatu yang dicita-citakan

[Maksimum: 8 markah]

Perhatian bagi Soalan 2

1. Berikan 2 markah bagi setiap jenis ayat majmuk yang betul.


2. Susunan ayat mesti dikekalkan bagi setiap ayat majmuk yang ditulis.
3. Jika susunan ayat tidak dikekalkan beri 0 markah.
4. Tidak menambah perkataan lain atau mengurangkan perkataan yang sedia ada dalam
ayat beri 0 markah.

Soalan 2-Sintaksis

(i) Caklempong merupakan alat muzik tradisional yang mempunyai persamaan bentuk
dengan gong tetapi berukuran lebih kecil.

(ii) Seni muziknya dipercayai dibawa ke negara ini oleh orang Minangkabau kerana
mereka menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14/ Seni muziknya dipercayai
dibawa ke negara ini oleh orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan
seawal abad ke-14.

(iii) Alat caklempong dijadikan alat pengganti dalam persembahan muzik dikir barat dan
wayang kulit Kelantan/ Alat caklempong dijadikan alat pengganti dalam persembahan
muzik dikir barat dan alat pengganti dalam wayang kulit Kelantan.

[Maksimum: 6 markah]

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 4 SULIT

Perhatian bagi Soalan 3

1. Periksa jawapan calon setakat enam kesalahan pertama yang disenaraikan bagi Bahan 1
dan lima kesalahan pertama yang disenaraikan bagi Bahan 2.
2. Berikan 1 markah bagi setiap kesalahan bahasa yang dibetulkan dengan tepat.
3. Berikan 0 markah jika calon tidak menyenaraikan perkataan yang salah.

Soalan 3 - Penyuntingan
Bahan 1

(i) kedudukkan - kedudukan [ejaan]


(ii) saguhati - sagu hati [ejaan]
(iii) gunakan - menggunakan [imbuhan]
(iv) ke - kepada [kata sendi]
(v) paling berat sekali - paling berat / berat sekali [darjah tertinggi]
(vi) mutakhir - muktamad [istilah]
(vii) disahkan - Dirasmikan [istilah]

[Maksimum : 6 markah]

Bahan 2

(i) diadakan - mengadakan [imbuhan]


(ii) untuk - yang [kata hubung]
(iii) daripada - dari [kata sendi]
(iv) dikumpulkan - dibahagikan/ dipecahkan [istilah]
(v) iktiar - ikhtiar [ejaan]
(vi) displin - disiplin [ejaan]

[Maksimum: 5 markah]

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 5 SULIT

Panduan pemarkahan menukarkan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu


Standard bagi Soalan 4

Soalan 4-Bahasa Melayu Standard

Markah
Deskripsi
4
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat gramatis 4
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat masih gramatis 3
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 2
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat gramatis
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 1
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat tidak gramatis 1
Ayat disalin bulat-bulat/ Isi tidak mengikut urutan 0

Setelah dia berfikir, Patih Gajah Mada teringat akan Petala Bumi. Lalu Patih Gajah
Mada segera menyuruh seseorang/ orang bertemu isteri Petala Bumi untuk bertanyakan sama
ada anaknya Kertala Sari yang mencuri di Daha, sudah pulang/ balik atau belum. Orang Patih
Gajah Mada pun pergi berjumpa isteri Petala Bumi.
[Maksimum: 4 markah]

Perhatian bagi Soalan 5


1. Berikan 1 markah untuk setiap peribahasa yang tepat.
2. Berikan 1 markah untuk setiap maksud peribahasa yang tepat.
3. Berikan 0 markah untuk peribahasa yang salah.
4. Periksa atau tanda 3 peribahasa yang pertama sahaja.

Soalan 5 - Peribahasa
Jawapan: Senaraikan peribahasa dan berikan maksud
(i) bagai kaca retak seribu
Maksud : menggambarkan perasaan yang sangat sedih

(ii) rambut sama hitam, hati lain-lain


Maksud : manusia mempunyai sikap/ perangai yang berbeza antara satu sama lain.

(iii) umpama gagak pulang ke benua


Maksud : akhirnya pulang ke tempat asal.

(iv) air dicencang tidak akan putus


Maksud : perselisihan faham sesama ahli keluarga akan kembali berbaik semula.

[Maksimum: 6 markah]

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 6 SULIT

BAHAGIAN B PEMAHAMAN
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:
Soalan 6: 13 markah
Soalan 7: 12 markah
Soalan 8: 10 markah

Perhatian bagi soalan 6, 7 dan 8


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat anda sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/ sempurna.
3. Jawapan bagi soalan 8 hendaklah berdasarkan mana-mana novel yang dipelajari.
4. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan pemarkahan soalan pemahaman


1. Soalan 2 markah: Pemahaman berdasarkan teks
DESKRIPSI MARKAH
Jawapan tepat mengikut konteks/ isi cukup/ ayat gramatis 2
Jawapan tepat mengikut konteks/ isi cukup/ ayat tidak gramatis
1
Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup
Jawapan salah 0

2. Soalan 3 markah: Pemahaman berdasarkan teks dan unsur KBAT


DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup/ menyentuh semua bahan/ relevan dengan tugasan/ ayat
3
gramatis.
Isi cukup/ menyentuh semua bahan/ relevan dengan tugasan/ ayat
kurang gramatis 2
Isi tidak cukup/ menyentuh semua bahan/ ayat gramatis
Isi tidak cukup/ tidak menyentuh semua bahan 1
Jawapan salah 0

3. Soalan 4 markah: Pemahaman unsur KBAT dan novel


DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup (3 isi)/ relevan dengan tugasan/ ayat gramatis 4
Isi cukup (3 isi)/ relevan dengan tugasan/ ayat kurang gramatis
3
Isi tidak cukup (2 isi)/ ayat gramatis
Isi tidak cukup (2 isi)/ayat kurang gramatis
2
Isi tidak cukup (1 isi) ayat gramatis
Isi tidak cukup (1 isi)/ ayat kurang gramatis 1
Jawapan salah 0

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 7 SULIT

Soalan 6 Markah
(i) Punca golongan muda tiada wang simpanan
P1 wujudnya kekeliruan dalam mengenal pasti antara barangan keperluan
atau kehendak dalam diri remaja 1
P2 remaja kurang ilmu tentang pengurusan kewangan 1
P3 mereka boros berbelanja bagi sesuatu tujuan melebihi keperluan asas 1
[Maksimum: 2 markah]

(ii) Cara menguruskan kewangan dengan bijak


Bahan 1
P1 merekodkan setiap perbelanjaan. 1
P2 para remaja boleh meminta nasihat ibu bapa sebelum membelanjakan
wang mereka 1
Bahan 2
P1 golongan muda perlu bijak membezakan antara jenis hutang baik
dan hutang yang tidak baik 1
P2 hindarilah daripada membuat pinjaman peribadi dan penggunaan kad kredit 1
Nota : Jawapan mestilah berdasarkan semua bahan [Maksimum: 3 markah]
[Isi cukup: 2 isi]

(iii) Sebab seseorang cenderung menggunakan kad kredit


P1 mudah untuk dibawa 1
P2 lebih selamat 1
P3 terikut dengan budaya/ trend/ status 1
P4 berkemampuan/ orang kaya 1
P5 kebanyakan premis jualan hanya menerima bayaran menggunakan kad/
tanpa tunai 1
P6 tawaran istimewa daripada pihak bank 1
(Sebab yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) [Maksimum: 4 markah]
[Isi cukup: 3 isi]

(iv) Perancangan yang anda lakukan untuk memastikan anda masih mampu
membayar hutang bulanan bank
P1 mendapatkan nasihat orang/ pihak lain yang boleh dipercayai/
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 1
P2 mencari pendapatan sampingan/ berniaga 1
P3 menjual sebahagian harta/ aset 1
P4 meminta bantuan ibu bapa/ adik beradik/ keluarga 1
P5 mengubah gaya hidup/ berjimat cermat 1
P6 berbincang dengan pihak bank 1
(Perancangan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
(Maksimum: 4 markah)
[Isi cukup: 3 isi]

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 8 SULIT

Soalan 7
(i) Rangkai kata memainkan peranan bermaksud
- melakukan/ menjalankan/ melaksanakan tanggungjawab/ tugas 2
- melakukan/ menjalankan/ melaksanakan peranan 1
- memainkan tanggungjawab/ tugas 1
[Maksimum : 2 markah]

(ii) Sebab-sebab memartabatkan bahasa Melayu


Bahan 1
P1 bahasa Melayu bahasa kebangsaan 1
P2 bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi 1
P3 bahasa Melayu bahasa korporat 1
Bahan 2
P4 maju bahasa majulah bangsa (memajukan bangsa) 1
P5 perkasa bahasa martabat negara (memartabatkan negara) 1
P6 cita-cita bahasa eratkan perpaduan (mengeratkan perpaduan) 1
Nota : Jawapan mestilah berdasarkan semua bahan [Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Tindakan-tindakan
P1 mengadakan kempen cintai bahasa Melayu/ Bulan Bahasa Kebangsaan 1
P2 penguatkuasaan/ pemantauan penggunaan bahasa Melayu 1
P3 mengadakan kursus/ webinar/ ceramah/ forum/ bengkel/ rundingan/
mesyuarat dalam bahasa Melayu 1
P4 menerbitkan/ menggubal istilah baharu dalam bidang ekonomi 1
P5 menggunakan bahasa Melayu dalam borang permohonan lesen/
dokumen/ surat/ papan tanda perniagaan 1
P6 menerbitkan/ mencetak/ menterjemah buku-buku/ artikel/ rencana
berbahasa Melayu dalam bidang ekonomi 1
(Tindakan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[Maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iv) Tindakan-tindakan saya sebagai pengurus syarikat


P1 menghantar pekerja asing menghadiri kursus bahasa Melayu 1
P2 menempatkan mereka bersama-sama dengan pekerja Melayu 1
P3 menunjuk contoh/ teladan kepada pekerja dengan bertutur bahasa Melayu 1
P4 menghadiahkan buku/ kamus/ artikel/ majalah dalam bahasa Melayu 1
P5 melantik penterjemah bahasa Melayu 1
P6 menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan syarikat 1
(Tindakan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[Maksimum : 4 markah]
[ Isi cukup : 3 isi ]
1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah
SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 9 SULIT

Soalan 8

(i) Perasaan Haiqal.


P1 dia kini menanti keputusan ahli jawatankuasa yang hadir
dengan penuh debaran 1
P2 jantungnya berdegup kencang 1
P3 keadaan seperti itu agak mencemaskan 1
P4 merimaskan 1
[Maksimum: 4 markah]
[Isi cukup: 3 isi]

Panduan pemarkahan bagi Soalan 8(ii)

(ii) Jawapan Soalan novel


a. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
b. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
c. Beri 1 markah bagi setiap isi yang betul.
d. Beri 1 markah bagi peristiwa/ huraian/ contoh yang lengkap/ jelas bagi setiap isi.
e. Markah isi maksimum 4 markah (2 markah bagi setiap isi dan peristiwa/ huraian/
contoh.
f. Markah bahasa maksimum 2 markah, diberi secara kesan menyeluruh:
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
g. Jika calon menjawab dan markah isi kosong, beri 1 markah untuk bahasa.
h. Calon tidak menjawab 0 markah.

[Maksimum: 6 markah]

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 10 SULIT

DI SEBALIK DINARA karya Dayang Noor

1. Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia
mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama. Selain itu, Rusmina telah
diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup
sebagai ateis.

Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana perbuatan seorang suami
yang tergamak mendera isteri semata-mata untuk mencapai hasratnya.

2. Peristiwa Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat disebabkan pertelingkahan


antara kedua ibu bapanya iaitu Karl dan Medina untuk menjadi seorang saintis yang
paling terkemuka sehinggakan membahayakan nyawa Farisha.

Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana pertelingkahan


antara suami dan isteri telah menyebabkan anaknya menjadi mangsa dan terpaksa
membesar dengan keluarga angkat.

3. Peristiwa Marilyn dibina kembali menjadi manusia cyborg dengan memasukkan minda
banduan dan ditukar identiti menjadi Medina oleh saintis yang bernama Karl.

Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana teknologi telah


menghapuskan nilai kemanusiaan dalam diri seseorang.

4. Peristiwa Shida menjadi galang ganti Farisha kerana ketika itu Farisha di dalam hospital
Putrajaya untuk menerima rawatan., Shida telah menjadi trauma apabila berinteraksi di
bawah sedar dengan Karl. Setelah Shida berinteraksi dengan Karl, Shida yang asalnya
menjadi seorang wanita periang telah menjadi seorang yang murung dan trauma.

Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana sifat asal diri telah hilang
akibat menjadi bahan eksperimen.

5. Peristiwa Farisha berjumpa dengan Karl untuk kali terakhir di rumah agam milik Karl
sebelum Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir walaupun Farisha mengetahui
bahawa Karl pernah bertindak kejam terhadapnya. Karl telah menanam implan ke dalam
tubuh Farisha ketika Farisha masih bayi tanpa sebarang ubat bius.

Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana akhirnya seorang
ayah dapat bertemu dengan anaknya untuk kali terakhir.

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 11 SULIT

SILIR DAKSINA karya Nizar Parman

1. Peristiwa Abdullah bin Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal yang terpisah
daripadanya sejak kecil setelah dia bercerai dengan isterinya sebagai bukti kerinduan dan
kasih sayang kepada anaknya.

Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana seoarang ayah terpisah
daripada anak kandungnya tetapi tidak menghilangkan kasih sayang terhadap anaknya.

2. Peristiwa Haiqal dan penggiat tarian zapin jincat seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim
telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin. Cadangan tersebut
dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turut mengundang ahli dewan
undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan itu. Ketika hari
persembahan hampir tiba , Lazim pasangan Haiqal menari ditimpa kemalangan dan
tidak dapat membuat persembahan.

Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana sesuatu yang telah
dirancang terpaksa diubah akibat masalah yang tidak dapat dijangkakan.

3. Peristiwa Cikgu Nizam sering merindui anaknya Aiman. Kerinduannya itu menyebabkan
dia menitiskan air mata. Dia menatap potret wajah anaknya berulang kali dan didakapnya
ke dada. Dia menyatakan bahawa dia terlalu rindu akan anaknya Aiman.

Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana seoarang ayah
yang sangat merindui anaknya yang telah lama berpisah.

4. Peristiwa Umi dan bapa tiri Haiqal pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menziarahi
jenazah Abdullah bin Kayan tetapi Haiqal dilarang untuk turut sama kerana sedang
menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis kerana tidak dapat menatap wajah
ayahnya buat kali terakhir.

Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana seorang anak
yang tidak dibenarkan oleh ibunya untuk menziarahi ayahnya yang telah meninggal
dunia.

5. Peristiwa Tauke Lim telah ditimpa nasib malang akibat abangnya yang kaki judi. Semua
tanah mendiang bapanya telah habis digadaikan. Oleh itu, Tauke Lim terpaksa berhijrah
dari Ipoh ke kampung Seri Purnama.

Huraian : Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana seseorang


terpaksa menanggung sengsara akibat perbuatan orang lain.

[mana-mana peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati dan alasan yang


munasabah diterima]

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 12 SULIT

BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]
Soalan 9
Markah penuh 30 dibahagikan kepada:
(a) Isi - 20 markah
(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]


Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
 nama khas
 perkataan berganda
 penggunaan kata sendi di dan ke
 tarikh
 angka yang ditulis dengan nombor dan perkataan
 gelaran
 penanda wacana
(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja
sebelum diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja, yang selebihnya
tidak perlu diperiksa.
(iv) Berikan 2 markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
(v) Calon perlu mengambil sekurang-kurangnya 1 isi daripada setiap fokus dan
daripada setiap bahan.
(vi) Jumlah isi maksimum yang diterima daripada semua fokus dan semua bahan
ialah 8 isi yang lengkap sahaja.

Bilangan Markah
Bahagian Bahagian Isi Diterima
Isi Maksimum
(i) Pendahuluan 2
(ii) Isi Bahan 1
Fokus 1 (langkah/ usaha/ cara) 5 5 4 3 2 3
Fokus 2 (cabaran/ halangan) 3 1 2 3 3 2
(iii) Isi Bahan 2
Fokus 2 (cabaran/ halangan) 1 1 1 1 1 1 16

(iv) Isi Bahan 3


Fokus 1 (langkah/ usaha/ cara) 2 1 1 1 2 2
Jumlah Isi 11 8 8 8 8 8
(v) Penutup / Kesimpulan 2
Jumlah Markah 20

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 13 SULIT

Pendahuluan [2 markah]
Markah
P1 Rumusan/ petikan membincangkan langkah-langkah/ usaha-usaha/ cara-cara/
tindakan-tindakan untuk menggalakkan industri pelancongan dan cabaran-cabaran/
halangan-halangan/ kekangan-kekangan/ rintangan-rintangan/ masalah-masalah
menggalakkan industri pelancongan. 2

P2 Rumusan/ petikan membincangkan cabaran-cabaran/ halangan-halangan/ kekangan-


kekangan/ rintangan-rintangan/ masalah-masalah menggalakkan industri pelancongan
dan langkah-langkah/ usaha-usaha/ cara-cara/ tindakan-tindakan untuk menggalakkan
industri pelancongan. 2

P3 Rumusan/ petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/ cara-cara/


tindakan-tindakan untuk menggalakkan industri pelancongan. 1

P4 Rumusan/ petikan membincangkan dan cabaran-cabaran/halangan-halangan/


kekangan-kekangan/ rintangan-rintangan/ masalah-masalah untuk menggalakkan
industri pelancongan. 1

P5 Rumusan/ petikan membincangkan industri pelancongan. 0

Isi [16 markah]

Fokus 1: langkah-langkah/ usaha-usaha/ cara-cara/ tindakan-tindakan

Bahan 1:

A1 kerajaan telah meningkatkan kerjasama serantau 2


A2 kerajaan menganjurkan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi
2023 (LIMA ‘23) 2
A3 agensi pelancongan di negara ini boleh mengambil peluang dari penganjuran
LIMA ‘23 untuk mencari rakan kongsi dari luar negara 2
A4 kerajaan juga boleh mewujudkan pelbagai inisiatif untuk membantu agensi pelancongan
menjual pakej pelancongan mereka kepada pelancong asing 2
A5 pelbagai produk kraf tangan dan cenderamata juga perlu diperkenalkan kepada
pelancong 2

Bahan 3 :
B1 Boleh promosikan di media sosial 2
B2 Rakyat perlu menjaga keamanan 2

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 14 SULIT

Fokus 2 :

Bahan 1: cabaran-cabaran/ halangan-halangan/ kekangan-kekangan/ rintangan-


rintangan/ masalah-masalah

C1 kemerosoton kualiti air laut akibat pelepasan sisa kumbahan daripada hotel, resort dan
chalet yang dibina 2

C2 Penularan wabak COVID-19 2

C3 kebanyakan generasi muda kini semakin melupakan seni anyaman tangan yang
menjadi sebahagian daripada warisan negara ini 2

Bahan 2:

D1 Pelancong asing bawa banyak pengaruh buruk yang tidak sesuai dengan budaya kita 2

Kesimpulan (2 markah)

KS1 Kesimpulannya, industri pelancongan negara perlu ditingkatkan agar ekonomi


berkembang. 2

KS2 Kesimpulannya, industri pelancongan negara perlu ditingkatkan. 1

(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

1103/2© 2023 [Lihat halaman sebelah


SULIT
1103/2 (PP) @ 2023 15 SULIT

(b) Bahasa [10 markah]


Asas pemberian markah bahasa tidak bergantung kepada markah isi tetapi dinilai secara
holistik.

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


BAHASA
 Kesinambungan ayat sangat baik
 Bahasa sangat gramatis dari segi kata dan
ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan
Cemerlang 8 - 10 markah
tepat serta mengikut sistem ejaan Rumi
baharu
 Penggunaan kosa kata luas dan tepat
 Pengolahan sangat menarik dan berkesan
 Kesinambungan ayat baik.
 Bahasa masih gramatis dari segi kata dan
ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan
Baik 5 - 7 markah
tepat serta mengikut sistem ejaan Rumi
baharu
 Penggunaan kosa kata masih luas dan tepat
 Pengolahan masih menarik dan berkesan
 Kesinambungan ayat kurang baik
 Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan
ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan
Sederhana 3 - 4 markah
tepat serta mengikut sistem ejaan Rumi
baharu
 Penggunaan kosa kata kurang luas dan tepat
 Pengolahan kurang menarik . dan berkesan
 Pada keseluruhannya dalam serba
Lemah 1 - 2 markah
kekurangan / tidak memuaskan / kurang atau
tidak difahami.

Nota:
(i) Jika menjawab dalam bentuk poin/ fakta markah bahasa ialah pada peringkat lemah.
(ii) Jika markah isi 6 markah dan ke atas, markah bahasa dinilai seperti biasa. (rujuk jadual)
(iii) Jika markah isi 5 markah dan ke bawah tetapi bahasa sangat baik, markah maksimum
bahasa ialah 5 markah.
(iv) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah
perkataan kurang 120 patah perkataan, beri 0 markah bahasa.
(v) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah bahasa dinilai seperti biasa.

[Maksimum: 10 markah]

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

1103/2© 2023 Hak Cipta MPSM Johor SULIT

Anda mungkin juga menyukai