Anda di halaman 1dari 13

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

Title : 5 kemahiran penting yang dicari oleh majikan dari para graduan.

Nama : Rosnani binti Nawawi. No. Matrik : 690530035376001 NRIC : 690530-03-5376 No.Tel : 013-9429686 E-mail : nani69@oum.edu.my

Nama Tutor : Andansura bin Rabu Pusat Pembelajaran : Pahang Learning Centre, Kuantan Pahang.

Semester JANUARI 2012

1.0 - Pengenalan : Dewasa ini banyak kita dengar rungutan di sana-sini,tentang sukarnya para graduan untuk mendapat kerja. Ada yang terpaksa menunggu lama untuk mendapat pekerjaan. Malah ramai graduan yang terpaksa bekerja lain dari bidang pengkhususan di Universiti, berikutan tiada kekosongan untuk mereka. Perkara ini sangat mendukacitakan. Apatah lagi setelah penat belajar dan berhabis wang ringgit dan masa. Ada yang merasakan tidak berbaloi segala pengorbanan yang dilakukan selama mereka belajar. Ketika sedang menganggur, terpaksa pula bergantung segala perbelanjaan dengan ibu bapa yang telah tua dan hutang pinjaman pembelajaran yang perlu dilunasi. Majikan dan syarikat masa kini sangat berhati-hati dalam memilih pekerja. Seseorang graduan yang memiliki kelulusan akademik yang baik bukan lagi menjadi jaminan untuk mendapat pekerjaan yang diimpikan. Kebanyakan majikan mahukan bakal pekerjanya mempunyai gabungan kemahiran dan pengalaman dalam bidang masing-masing. Sungguh pun begitu ia tidak lagi mencukupi. Untuk melengkapkan pakej yang diinginkan oleh para majikan ini, seseorang graduan harus memiliki kemahiran insaniah ( soft skill ) yakni modal insan yang menjadikan seseorang itu pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Perubahan teknologi telah mempengaruhi permintaan dan tuntutan ke atas kemahiran tenaga kerja di dalam pelbagai bidang pekerjaan. Selain itu, alam pekerjaan sebenar juga memerlukan seseorang tenaga kerja yang mempunyai kemahiran lain selain daripada kemahiran pekerjaan. Menurut Lankard (1995) , walau pun kesemua jenis kemahiran pekerjaan adalah kritikal kepada karier seseorang individu tetapi ia tidak menjamin kejayaan individu dalam pekerjaan. Kebanyakan majikan berpendapat, kemahiran yang diperlukan oleh seseorang graduan untuk menjamin pekerjaan meraka adalah kemahiran employability. Kemahiran employability adalah kebolehan bukan teknikal dan merupakan satu daripada aspek kemahiran pekerjaan yang sama pentingnya dengan kemahiran teknikal. Majikan dalam sektor industri berpendapat kemahiran ini penting dan perlu dimiliki oleh pekerja mereka.

Ramlee (2002), melalui hasil kajiannya mendapati majikan dalam industri pembuatan di Malaysia, memberi pandangan bahawa lulusan-lulusan teknikal di Malaysia mempunyai kemahiran teknikal yang lebih daripada mencukupi. Namun majikan masih tidak berpuas hati dari segi motivasi, komunikasi, interpersonal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran keusahawanan yang tidak dikuasai oleh lulusan teknikal tersebut.

2.0 Lima Kemahiran Yang Dicari Oleh Majikan Daripada Graduan Masa Kini. 2.1 Kemahiran Komunikasi. Maklum balas daripada dalam dan luar negeri menunjukkan bahawa pertuturan dan kemahiran menulis dalam Bahasa Inggeris masih lagi menjadi keutamaan yang dicari oleh pihak majikan. Kebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris ini sangat penting semasa temuduga. Pandai berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah aset yang sangat berharga dewasa ini. Ramai graduan tempatan hari ini, tidak boleh bertutur dan menulis Bahasa Inggeris dengan baik. Melissa Norman,( Pengarah Urusan ) Kelly Services (M) Sdn Bhd, merumuskan bahawa enam daripada sepuluh graduan yang dipanggil temuduga tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan efektif. Menurut beliau, penting menguasai Bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa yang digunakan secara meluas dalam urusan perniagaan sama ada dalam Negara atau peringkat antarabangsa. Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Fong Chan Onn memberi amaran, Negara akan kalah kepada Negara jiran sekiranya Bahasa Inggeris tidak diajar di institusi pendidikan. Menurutnya lagi, Thailand, Indonesia dan China sedang membangunkan Bahasa Inggeris mereka melalui sistem pendidikan. Oleh itu sekiranya kita tidak mahu kalah kepada Negara jiran kita harus tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah hingga ke pengajian tinggi sejajar dengan keperluan masa kini.

Kelemahan siswazah dapat dikesan dalam penulisan Bahasa Inggeris sewaktu mereka memohon pekerjaan secara bertulis. Lepasan Universiti tempatan dikesan mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris yang rendah. Bahasa Inggeris banyak kelebihan kerana bahan rujukan dan maklumat terkini ditulis dalam bahasa ini berbanding yang terdapat dalam Bahasa Malaysia. Dalam era globalisasi, banyak maklumat terkini dan dinamik disalurkan dalam bahasa Inggeris. Kajian Pencapaian Akademik dan Kebolehgunaan Tenaga Siswazah di Pusat Pengajian Tinggi ( Murshidi et al, 2004b), mendapati kemahiran berbahasa Inggeris mempunyai kesan yang signifikan terhadap kebarangkalian bekerja. Oleh hal yang demikian, penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kepada seseorang siswazah untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan, terutama di sektor swasta.

2.2 Kemahiran Berfikir. Kemahiran berfikir, khususnya yang berkaitan dengan analisis, nilai dan aplikasi membantu untuk meningkatkan peluang graduan mendapatkan pekerjaan. Graduan perlu peka dan mempunyai pengetahuan tentang unsur-unsur semasa. Sifat ini dapat memantapkan kemahiran berfikir secara kritis graduan dan mereka boleh bertindak balas secara spontan terhadap sebarang perkembangan. Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank, Ramon Chelvarajasingam, berkata ramai graduan baru yang muncul daripada sistem pendidikan Malaysia tidak mempunyai kemahiran pemikiran kritikal yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah dan semakin menjadi kompetitif. Menurutnya lagi, kaedah dan teknologi baharu memaksa orang ramai untuk beroperasi di luar zon selesa mereka. Di negara-negara pesaing seperti Singapura, Thailand dan Indonesia, professional muda mereka lebih maju dalam pemikiran kritikal, berinovasi, berfikir di luar kebiasaan dan mempunyai inisiatif pembangunan berterusan berbanding dengan Malaysia. 3

Hari ini majikan mencari graduan dengan tahap keyakinan yang tinggi yang terdedah kepada bidang khusus di luar bidang akademik mereka.Graduan baru ini diharapkan tidak akan memberikan jawapan daripada buku teks, tetapi jawapan yang memaparkan pemikiran secara global dan menunjukkan pemahaman trend yang bergerak di dunia. Graduan sebegini sangat diingini oleh majikan dan sedia membayar gaji yang lebih tinggi untuk mendapatkan sekutu global dalam organisasi. Majikan inginkan graduan yang mampu berfikir secara kritis dan mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Graduan juga perlu ada kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Graduan diharapkan tahu bagaimana untuk belajar memahirkan diri di tempat kerja tanpa perlu disuruh dan dibimbing sepanjang masa. Majikan mengharapkan graduan melihat sesuatu benda dengan mata fikiran yakni penaakulan berlaku. Graduan juga harus bijak membuat keputusan yang memerlukan tindakan segera tanpa campur tangan pihak atasan.

2.3 Kemahiran Interpersonal. Kemahiran interpersonal adalah berkaitan dengan kemampuan dalaman diri individu dalam memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Graduan yang memiliki kemahiran ini akan dapat bekerja dan berhubung secara berkesan dengan orang-orang yang bekerja bersamanya sama ada majikan, rakan sekerja atau pekerja bawahannya. Ini amat membantu dalam menjalankan tugas mereka. Graduan yang memiliki kemahiran interpersonal adalah seorang yang pandai melayan pelanggan. Ini penting sekiranya graduan bekerja dalam sektor perniagaan atau pengiklanan. Kemahiran ini mampu menarik ramai pelanggan dan mengekalkan pelanggan sedia ada. Selain itu, graduan yang memiliki kemahiran interpersonal juga pandai dalam melakukan perundingan, bijak mengajar teman tanpa teman berasa diperkecilkan dan boleh bekerja dengan budaya yang berbeza. 4

2.4 Kemahiran Insaniah. Kemahiran insaniah juga tidak kurang pentingnya berbanding kemahiran akademik dan teknikal.Antara kemahiran insaniah yang dicari majikan dari para graduan ialah etika kerja yang kuat, sikap yang positif, kemahiran perhubungan yang baik, pengurusan masa yang baik, kemahiran menyelesaikan masalah, mampu bekerja sebagai satu pasukan, yakin diri, mampu menerima kritikan dan belajar darinya, fleksibel, cekap dan boleh bekerja di bawah tekanan. Semua majikan mahukan pekerja yang mempunyai nilai etika yang kuat. Pekerja begini boleh dipercayai dan dipertanggungjawabkan. Majikan juga harapkan pekerjanya seseorang yang jujur, mempunyai integriti dan moral yang baik. Ini penting untuk mengelakkan jenayah rasuah daripada berlaku. Seseorang yang dediksi terhadap kerjanya dan professional adalah satu lagi aset yang dicari oleh para majikan. Sebagai seorang pekerja, graduan harus ada sikap yang positif yakni sentiasa bermotivasi, bertenaga dan bersemangat dalam kerjanya. Serta seseorang yang sanggup belajar tentang sesuatu yang tidak diketahui atau perkara baru sekalipun dari pekerja bawahan tanpa menghiraukan status diri. Inilah ciri-ciri insan yang didambakan oleh seorang majikan, ciri-ciri seorang pekerja yang sempurna.

2.5 Kemahiran ICT / Literasi Teknikal. Kemahiran komputer atau literasi teknikal juga sangat perlu di era globalisasi ini. Boleh dikatakan semua kerja memerlukan kemahiran komputer terutama untuk kertas kerja pembentangan dan e- mail. Lagi pun sekarang, semua perkara dari permohonan belajar atau bayar bil menggunakan kaedah on line atau atas talian. Surat menyurat melalui pos masih ada cuma sudah berkurang. Sekarang faks dan komputer menjadi keutamaan.

Graduan masa kini, mahu tak mahu terpaksa belajar menggunakan komputer. Komputer merupakan teknologi masa kini. Graduan harus memahami sistem komputer dan tahu mengaplikasikannya pada tugas. Graduan yang tahu menyelesaikan kerosakan peralatan ICT adalah aset yang diperlukan oleh majikan.Kemahiran yang ada ini amat berguna dan dapat mengurangkan kos syarikat dalam memantau dan membaiki peralatan ICT.

3.0 Langkah Mengatasi. Masalah pengangguran di kalangan graduan dilihat semakin meruncing kebelakangan ini. Kalau dahulu, ibu bapa selalu berpesan kepada anak-anak supaya rajin belajar supaya dapat masuk Universiti. Bila keluar nanti boleh dapat kerja yang bagus dan gaji yang lumayan. Dewasa ini pun nasihat itu masih sama dan harapan ibu bapa masih menggunung melihat anak-anak memegang jawatan yang tinggi dan berpengaruh. Namun dewasa ini, terlalu ramai graduan yang menganggur sehingga ada yang berpendapat tiada guna belajar tinggi-tinggi kerana kesudahannya tidak bekerja pula. Kalau ada pekerjaan pula, tiada yang sesuai dengan kelayakan mereka. Sehingga ramai juga graduan yang terpaksa menerima apa jua kerja walau pun pekerjaan tersebut tiada kena mengena dengan kelayakan mereka di Universiti, semata-mata kerana terlalu lama menganggur dan terpaksa menjelaskan hutang dan sara diri yang semakin meningkat. Berikut beberapa cadangan diberikan kepada para graduan baru, badan kerajaan, dan institusi pendidikan yang terlibat di dalam permasalahan ini. Diharapkan semoga dengan cadangan ini masalah graduan menganggur dapat diatasi atau setidaktidaknya mengurangkan jumlahnya yang semakin besar setiap hari.

3.1 Graduan Baru. Graduan baru harus meningkatkan kemahiran yang sedia ada pada diri mereka. Generasi muda yang mempunyai pendidikan yang baik ramai tetapi masih ramai yang tidak mendapat pekerjaan. Dari itu, para graduan baru harus mengambil iktibar dan memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang sangat diperlukan oleh majikan yakni tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi dengan baik. Sungguh pun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara Malaysia tetapi Bahasa Inggeris masih lagi menjadi bahasa utama di peringkat antarabangsa. Para graduan baru harus memahirkan diri dengan Bahasa Inggeris dan menggunakannya dalam pertuturan, kerana dengan latihan sesuatu akan menjadi lebih baik. Buangkan sifat malu, seperti kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. Sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan kita memang janggal, tetapi dengan latihan yang bersungguh-sungguh akan membuahkan hasil. Selain dari kemahiran berbahasa Inggeris, graduan baru juga harus melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu insaniah iaitu pembangunan modal insan yang memenuhi tuntutan para majikan masa kini. Selain dari melengkapkan diri dengan kemahiran akademik, ilmu kerohanian tidak harus diabaikan. Baik atau buruk seseorang adalah dari dalam diri seseorang itu. Jika jiwanya luhur, maka jadilah ia seorang yang berprinsip,berdedikasi, bertanggungjawab, amanah, setia dan lain-lain sikap yang positif. Dari itu ilmu agama haruslah tidak diabaikan, kerana ia adalah pemangkin nilai-nilai murni yang dicari majikan.

3.2 Badan Kerajaan. Pengetua Institut Generasi iaitu Adam Govindasamy berkata, masalah gagal mendapat pekerjaan bukan sahaja berlaku kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) tetapi juga graduan Universiti. Statistik Kementerian Sumber Manusia menunjukkan seramai 32 000 graduan gagal mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Negara ini. Graduan wanita lebih ramai gagal mendapat pekerjaan iaitu 21 760 berbanding lelaki seramai 10 240 orang, Datuk S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Sehubungan itu, disarankan lepasan SPM dan STPM supaya mengikuti Program Kemahiran peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi meningkatkan peluang dan daya pasaran diri mereka. Oleh kerana graduan yang lahir dalam sistem pendidikan Malaysia gagal memenuhi kehendak bakal majikan disebabkan kekurangan seperti yang disebutkan sebelum ini, mungkin langkah-langkah boleh diambil seperti menyediakan latihan tambahan, kursus-kursus meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan juga kursus dalam Bahasa Inggeris dan berkomunikasi. Kerajaan boleh menubuhkan badan-badan kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan para graduan kita yang banyak mengganggur supaya memenuhi kriteria-kriteria seperti yang diinginkan oleh pihak majikan.

3.4 Institusi Pendidikan. Institusi pendidikan tempatan dilihat mampu melahirkan graduan yang mempunyai keputusan akademik yang tinggi dan baik. Pun begitu, kelemahan institusi pendidikan juga dilihat sebagai penyumbang kepada kenapa ramai graduan menganggur. Sistem pendidikan tempatan melahirkan graduan yang tahu menghafal tetapi tidak berfikir di luar kebiasaan. Institusi terlalu pentingkan pencapaian akademik tetapi kurang terhadap aplikasi praktikal. Graduan juga kurang kepada prestasi berpasukan dan ini menyumbang kepada kurang kemahiran interaktif. Institut pendidikan perlu wujudkan suasana pembelajaran yang dapat menggabungkan pendekatan pengalaman dan pendedahan kepada ilmu yang luas di luar skop teori akademik. Graduan harus didedahkan kepada perubahan trend dan tingkah laku, dan perlu diajar kemahiran seperti kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pengurusan. Para graduan juga perlu diajar bagaimana untuk berpengetahuan di peringkat global, yang menunjukkan bagaimana untuk menghubungkan apa yang mereka belajar dengan isu-isu semasa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Pihak universiti perlu mewujudkan budaya meletakkan nilai yang tinggi pada pemikiran kritis dan kreatif untuk menggantikan tumpuan kepada pemindahan maklumat dan keputusan akademik. Ini diharap dapat melahirkan lebih banyak graduan yang boleh mendapat kerja dengan kemahiran menyelesaikan masalah dan kreatif. Ini juga diharap akan membantu membuka jalan untuk mencapai usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dengan tenaga kerja yang diperlukan yang akan memenuhi keperluan industri dan negara.

4.0 Kesimpulan. Pertambahan bilangan graduan tidak mendapat pekerjaan adalah merupakan satu masalah yang kritikal. Faktor pengangguran ini, bukan hanya disebabkan masalah kekurangan pekerjaan tetapi disebabkan wujudnya ketidaksepadanan antara kemahiran yang diperlukan oleh pasaran dengan kemahiran yang dimiliki. Faktor lulusan yang tiada kemahiran yang dicari majikan menyebabkan majikan mencari pekerja yang lebih kompetan dari luar negara. Hal ini merugikan negara, kerana pengaliran wang ke luar Negara. Graduan tempatan banyak bergantung kepada kelayakan akademik untuk mendapat pekerjaan tetapi mereka kurang kompetensi dalam kemahiran bukan teknikal yang diperlukan majikan. Sam Haggag, perunding pendidikan sumber manusia dan pengambilan pekerja yang berpengkalan di Malaysia, berasakan terdapat keperluan asas yang kukuh dalam pemikiran kritikal dimasukkan ke dalam sistem pendidikan sebagai usaha menyediakan generasi akan datang untuk pasaran pekerjaan. Menurutnya lagi, terdapat jurang yang ketara antara apa yang dihasilkan sistem pendidikan Malaysia dengan apa yang dicari majikan.Keadaan inilah yang menyebabkan graduan dari universitiuniversiti Malaysia mengambil masa sehingga enam bulan atau lebih untuk mendapatkan pekerjaan. Selain daripada tidak memenuhi kriteria yang dicari majikan, sikap graduan juga menyumbang kepada kenapa graduan masih tidak dapat kerja. Graduan terlalu memilih kerja. Ramai yang mahu kerja yang mudah, gaji yang mahal dan dekat dengan rumah walaupun peluang kerja tersebut amat terhad dan terpaksa bersaing dengan ramai lagi calon. Sikap graduan yang lebih suka bekerja di sektor awam daripada di sektor swasta dan sebagai usahawan atau peniaga. Sikap dan pemikiran yang tidak kritis ini menjadi penyebab kepada keadaan yang dialami oleh graduan sekarang. Oleh itu, pihak universiti perlu membentuk sikap graduan supaya mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari selepas keluar dari menara gading dan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk mendapat pekerjaan. Sekiranya tiada majikan sudi mengambil graduan bekerja, graduan jadilah majikan sendiri. 10

RUJUKAN Hariati Azizan & Lee Yen Mun. (2011, August 10). Top jobs only for those who know the languages well. The Star. Don: English standards for undergraduates is still not up to par. (2011, November 7). Bernama : The Star. Kahirol Mohd Salleh, Nur Lisa Sulaiman & Khairul Nazry Talib. (2010). Globalisations impact on soft skills demand in the Malaysian workforce and organizations: What make graduates employable? Proceedings of the 1st UPI international conference on technical and vocational education and training. Muhamad Sattar Rasul et al. (2009). Aspects of employability skills needed by the manufacturing industries employers. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34 (2), 67-79. Buck, L.L.&Barrick R.K. ( 1987).Theyre trained, but are they employable ? Jounal of Vocational education. 65 (5), 29 31. Lankard & B.A. (1995). Employability The fifth basic skills. Columbus Ohio. Career and vocational education. Ramli.(2002). The role of vocational and technical in the industrialization of Malaysia as perceived by indicators and employers doctoral dissertation. Purdue University. Tiada kemahiran punca ramai graduan gagal dapat kerja. (2011). [online] Available : jombacabuku-ebook.blogspot.com.[ 2011, Jun 1 ] Graduan tempatan gagal tepati kehendak majikan. ( 2012 ). [online] Available : www.suarapeople.com.[ 2012, Mac 4 ]

11

Anda mungkin juga menyukai