Anda di halaman 1dari 6

Bab 2

SOROTAN LITERATUR

Sorotan Literatur
Ratna Roshida Abdul Razak dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

Penyelidikan-penyelidikan yang telah dijalankan oleh IPPTN menunjukkan beberapa


dapatan yang berkaitan dengan masalah pengangguran. Dapatan yang diperoleh
daripada Kajian Masalah Pengangguran di Kalangan Siswazah (Morshidi et al., 2004a)
yang berfokus kepada siswazah daripada bidang Sains Kemasyarakatan dan
Kemanusiaan mempunyai kaitan dengan tempat kerja (workplace) adalah seperti
berikut:
(a) Siswazah perlu memenuhi keperluan bidang pekerjaan (bidang pengajiannya
sesuai).
(b) Siswazah mesti menyesuaikan diri dengan kehendak dan suasana kerja serta
mudah untuk dilatih semula sesuai dengan keperluan industri dan syarikat.
(c) Siswazah mesti mempunyai keupayaan berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris, di samping memiliki pencapaian akademik yang baik dan
pengetahuan teknikal.
(d) Siswazah mesti memiliki serba sedikit pengalaman pekerjaan, pengetahuan
am, kesedaran awam dan sosial, kemahiran kepimpinan dan mengelola,
kemahiran ICT serta kemahiran antara perseorangan (yakni bergaul dan
bekerja sebagai satu pasukan).
(e) Siswazah mesti bersikap proaktif dan berinisiatif serta berpengetahuan
tentang suasana tempat kerja, seperti mengetahui carta organisasi kerja, aspek
pengurusan dan latar belakang syarikat.
Laporan ini juga menekankan punca siswazah tidak berjaya mendapat pekerjaan,
iaitu:
(a) Siswazah lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, khususnya dari segi
kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris.
(b) Siswazah mengalami masalah untuk berkomunikasi dan tiada kemahiran
antara perseorangan.
(c) Siswazah tidak berupaya mengaplikasikan pengetahuan dalam alam
pekerjaan.
(d) Siswazah tidak proaktif, tiada inisiatif dan mengalami masalah untuk
melaksanakan secara kendiri sesuatu arahan kerja.
(e) Siswazah bermasalah dari segi: terlalu memilih kerja, tidak boleh bekerja
dalam pasukan, tidak sanggup belajar daripada pekerja bawahan, terlalu
berkira, mementingkan bidang tugas atau spesifikasi kerja semata-mata,
mementingkan hierarki dan status dan berpandangan sempit.
(f) Siswazah tidak realistik kerana mendesak majikan membayar gaji yang tinggi
dalam keadaan ekonomi yang lembab.
Hampir semua majikan yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka memerlukan
kakitangan yang mahir berbahasa Inggeris. Kemahiran bahasa Inggeris yang
diperlukan tertumpu kepada kemahiran menulis dan bertutur. Kelemahan ini dapat
9

Ratna Roshida Abdul Razak dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

dikesan dalam penulisan siswazah sewaktu mereka memohon pekerjaan secara


bertulis.
Hampir semua majikan dalam kajian yang lepas menimbulkan keupayaan berbahasa
Inggeris sebagai keperluan dalam pekerjaan. Lepasan universiti tempatan umumnya
mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris yang rendah. Bahasa Inggeris mempunyai
kelebihan kerana banyak bahan rujukan dan maklumat terkini ditulis dalam bahasa
ini berbanding dengan yang terdapat dalam bahasa Malaysia. Dalam era globalisasi,
banyak maklumat terkini dan dinamik disalurkan melalui bahasa Inggeris.
Dapatan yang diperoleh juga menunjukkan bahawa pengangguran bukan disebabkan
tahap pencapaian akademik siswazah, tetapi fenomena tersebut disebabkan
kemahiran insaniah yang kurang diberikan penekanan dalam sistem pendidikan
tinggi di Malaysia. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn mengatakan
bahawa kebanyakan siswazah tidak aktif berinteraksi dalam kerja berpasukan dan
kurang komitmen dalam pekerjaan mereka (Dewan Masyarakat, Februari 2006).
Berkeyakinan dan berkeupayaan untuk bergaul merupakan ciri peribadi siswazah
yang diutamakan, di samping sikap dan minat mereka terhadap kerjaya. Peningkatan
kemahiran berbahasa tentunya boleh meningkatkan keyakinan diri dan seterusnya
melahirkan sikap-sikap yang baik terhadap kerja. Kemahiran berbahasa secara
langsung dan tidak langsung mempengaruhi kemahiran berkomunikasi. Sekiranya
perlu disimpulkan satu kemahiran yang perlu ada pada seseorang lepasan universiti
yang dapat menjadi landasan untuk peningkatan dirinya dalam alam pekerjaan,
kemahiran tersebut ialah kemahiran berbahasa dan berkomunikasi (Quek, 2005).
Kajian Pencapaian Akademik dan Kebolehgunaan Tenaga Siswazah di Institusi
Pengajian Tinggi (Morshidi et al., 2004b) mendapati kemahiran berbahasa Inggeris
mempunyai kesan yang signifikan terhadap kebarangkalian bekerja. Oleh hal yang
demikian, penguasaan bahasa Inggeris amat penting bagi seseorang siswazah untuk
membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, terutama di sektor swasta.
Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini tentang kemahiran komunikasi yang
dikehendaki oleh majikan dan kemahiran yang dimiliki siswazah adalah menyamai
pandangan siswazah dalam Kajian Masalah Pengangguran yang lalu. Kajian ini juga
merumuskan bahawa kemahiran berfikir, khususnya yang berkaitan dengan analisis,
nilai dan aplikasi membantu untuk meningkatkan peluang siswazah mendapatkan
pekerjaan.
Kesimpulan dapatan ini ialah siswazah daripada semua bidang pengajian mendapat
pendedahan yang luas terhadap teknologi maklumat. Kurikulum universiti yang ada
sekarang menggalakkan siswazah supaya memahirkan diri mereka dengan ICT tetapi
pengembangan insaniah juga perlu diutamakan.
Kajian Kurikulum Universiti, Penilaian Terhadap Persediaan Siswazah ke Alam
Pekerjaan (Ambigapathy dan Aniswal, 2005) (yang melibatkan responden seramai
10

Sorotan Literatur

dua ratus empat belas orang daripada pihak majikan) menegaskan bahawa
kurikulum universiti perlu dibentuk untuk membantu pelajar mengembangkan daya
kreativiti, menjadi lebih inovatif dan memiliki kemahiran berfikir.
Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh siswazah ialah kemahiran berkomunikasi
yang dianggap sangat penting apabila mereka mula bekerja. Mereka juga perlu
sentiasa peka dan mempunyai pengetahuan tentang isu-isu semasa. Sifat ini dapat
memantapkan kemahiran berfikir secara kritis siswazah dan mereka boleh bertindak
balas secara spontan terhadap sebarang perkembangan.
Hampir semua majikan dalam kajian kes ini menimbulkan keupayaan berbahasa
Inggeris sebagai keperluan dalam pekerjaan. Siswazah universiti tempatan umumnya
mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris yang rendah. Hampir semua majikan yang
ditemu bual juga menyatakan bahawa mereka memerlukan kakitangan yang mahir
berbahasa Inggeris. Perkara ini menarik kerana majikan yang ditemu bual terlibat
dengan pelanggan dari luar negara. Kemahiran bahasa Inggeris yang diperlukan
tertumpu kepada kemahiran menulis dan bertutur. Kelemahan ini dapat dikesan
dalam penulisan siswazah sewaktu mereka memohon pekerjaan secara bertulis.
Keseluruhannya, majikan yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka tidak
memerlukan kepakaran khusus dalam kalangan calon kakitangan baharu mereka.
Kebanyakan majikan akan memberikan latihan asas yang bersesuaian dengan tugas
dan bidang kerja kakitangan. Berkeyakinan dan berkeupayaan untuk bergaul
merupakan ciri peribadi yang diutamakan, di samping sikap dan minat terhadap
kerjaya. Peningkatan kemahiran berbahasa tentunya boleh memberi keyakinan diri
dan seterusnya melahirkan sikap yang baik terhadap kerja. Perwatakan dan sifat
peribadi yang baik boleh dipupuk melalui kemahiran berbahasa dan pengetahuan
yang luas.
Satu lagi kajian telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menilai kebolehpasaran siswazah universiti
tempatan (2007). Kajian ini dijalankan bagi melihat keperluan kemahiran berbahasa
Inggeris dan kebolehpasaran belia berijazah di syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa
dan GLC (Government Linked Companies) di Malaysia. Kajian ini melibatkan 33 buah
syarikat GLC, 10 buah syarikat multinasional dan 22 buah syarikat tempatan. Mereka
mendapati bahawa keperluan untuk merombak semula kurikulum pendidikan pada
tahap IPTA adalah kritis memandangkan bahawa hanya 17 peratus atau 19 daripada
65 sampel syarikat dalam kajian menganggap siswazah keluaran IPTA tempatan
adalah kompetens bagi pekerjaan.
Kajian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di IPTA
serta prestasi semasa kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar IPTA
dijalankan oleh Zuraidah Mohd. Don et al. (2006). Data yang telah dihimpunkan telah
diusahakan bersama antara penyelidik dari Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti
Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam
Antarabangsa (UIA). Beberapa cadangan telah diketengahkan hasil kajian itu.
11

Ratna Roshida Abdul Razak dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

Pertama, rombakan semula objektif program kemahiran bahasa Inggeris yang


ditawarkan di IPTA: Hasil pembelajaran program harus merangkumi kompetens dan
kemahiran bahasa yang membolehkan pelajar menguasai bahasa Inggeris bagi
keperluan akademik, pekerjaan dan sosial. Pendekatan menyerap (immersion) juga
harus diwujudkan untuk pelajar yang lemah berbahasa Inggeris supaya dapat
mendekatkan jurang perbezaan dalam penguasaan bahasa Inggeris dengan lebih
efisien dan efektif (seperti di UIA). Kedua, satu peperiksaan English Language Exit Test
(Norizan et al., 2006) telah juga disarankan kerana MUET merupakan satu ujian
penempatan bagi calon kemasukan baru di IPTA. Ketiga, mereka menyarankan
supaya pelajar tahun akhir mengambil ujian yang dipanggil MECT (Malaysian English
Competency Test) yang telah dibentuk oleh kumpulan kajian IRPA yang diketuai oleh
Norizan Abdul Razak (2005-2007). Ujian ini merupakan satu exit English language test
iaitu calon siswazah akan dinilai dari aspek kompetens berbahasa Inggeris untuk
tempat kerja. Disarankan bahawa ujian exit ini diwajibkan kepada semua bakal
siswazah di IPTA supaya mereka sedar akan pentingnya penguasaan bahasa Inggeris
dalam dunia pekerjaan.
Jelas bahawa semua hasil kajian menunjukkan bahawa umumnya kemahiran asas
yang diperlukan oleh majikan tertumpu kepada kemahiran yang berkaitan dengan
bahasa, komunikasi, keupayaan bekerja secara berkumpulan dan sikap serta
keperibadian. Sehubungan dengan itu, kajian yang akan dijalankan ini merupakan
kesinambungan kepada kajian-kajian yang pernah dijalankan oleh IPPTN. Walau
bagaimanapun, tema kajian ini ialah Kurikulum Universiti dan Keperluan untuk
Memperoleh Pekerjaan.
Dapatan kajian ini diperlukan untuk menyokong dapatan yang telah diperoleh
daripada kajian sebelum ini. Semua dapatan ini dapat dijadikan input baharu kepada
penggubal dasar di KPT. Kajian ini akan berlandaskan satu rangka yang mempunyai
empat komponen utama yang boleh dikelaskan sebagai kemahiran yang diperlukan
pada abad ke-21, iaitu: (i) literasi alaf digital (digital age literacy); (ii) komunikasi efektif
(effective communication); (iii) pemikiran inventif (inventive thinking); dan (iv)
produktiviti tinggi (high productivity).
Accelerating technological change, rapidly accumulating knowledge, increasing
global competition and rising workforce capabilities around the world 21st
century skills essential.
(www.21stCenturySkills.org/documents/framework flyer073207.PDF)

Empat komponen yang dinyatakan di atas merupakan kerangka teori dan asas bagi
analisis dan perbincangan dalam kajian ini.
Kebanyakan kajian tentang pengangguran siswazah dijalankan secara meluas dan
kuantitatif. Kajian ini pula bersifat kualitatif dan kuantitatif, mendalam dan bertujuan
memberikan satu gambaran yang holistik tentang masalah pengangguran dalam
kalangan siswazah universiti, terutama siswazah sains dan ICT.

12

Anda mungkin juga menyukai