Anda di halaman 1dari 3

Kesan-kesan Pemansuhan PPSMI Dari Segi Individu. Bahasa mendefinisasikan seseorang dalam pelbagai cara.

Oleh itu, Bahasa Dunia iaitu Bahasa Inggeris boleh membantu dalam akademik, pembangunan sains pasaran kerja, hubungan antarabangsa, sains dan perjalanan. Dalam aspek akademik, terutamanya di universiti, Bahasa Inggeris adalah teramat penting. Sebahagian besar buku rujukan ataupun sumber informasi di internet adalah dalam Bahasa Inggeris. Aktiviti berinovasi dan penerbitan dalam jurnal antarabangsa juga dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Termasuk juga pembentangan dalam persidangan antarabangsa, permohonan geran penyelidikan, laporan penyelidikan dan penulisan secara akademik di internet. Penulisan tugasan dan penerbitan di Universiti juga harus dilakukan dalam Bahasa Inggeris bagi pengiktirafan antarabangsa. Oleh itu, penguasan matematik dan sains dalam bahasa inggeris adalah penting. Ia dapat membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti. Ia akan menjejaskan prestasi pelajar jika mereka tidak mampu untuk mengenali terminologi-terminologi yang diperkenalkan di universiti. Sememangnya keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam system pendidikan negara, tetapi dalam jangka masa yang panjang, akan berlaku kekeliruan bagi pelajar apabila mereka melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau di luar negara. Mungkin berlaku kekeliruan apabila mereka hendak menyebut dua perkataan yang hampir sama dalam Bahasa Inngeris. Contohnya, product dan produk akan mencetus kekeliruan untuk pelajar. pelajar juga akan menghadapi kesuakran menterjemah perkataan seperti inertia dan gravitional potential. Oleh itu, faktor yang mendorong pelajar mempelajari Bahasa Inggeris adalah untuk keperluan peribadi dan akademik mereka sendiri sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Dalam pasaran kerja, jika seseorang itu boleh bertutur secara fasih dalam Bahasa Inggeris, kemungkinan besar dia akan dipilih untuk berkerja. Jika kita meneliti iklan-iklan kerja yang disiarkan, kebanyankannya mermerlukan perkerja itu fasih dalam bahasa Inggeris dan sebahagian kerjaya memerlukan pergunaan mutlak dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, dalam industri penerbangan, juruterbang latih akan diajar seratus peratus dalam bahasa Ingerris dan pelajar yang tidak fasih dalam bahasa itu akan mengalami banyak masalah untuk memahami konsep-konsep yang diterangkan, termasuk juga dalam bidang perubatan dan undang-undang. Oleh itu, keupayaan untuk berkomunikasi adalah kunci bagi seseorang untuk memajukan kerjayanya. Seorang pekerja yang tidak mampu menyatakan dirinya hanya akan mewujudkan salah faham dan kekeliruan. Dan kemungkinan dia tidak dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan cekap. Juga, kajian telah menunkukan bahawa apabila seorang pekerja tidak mahir dalam bahasa Inggeris, dia akan kurang yakin dirinya. Majikan memerlukan seorang yang bukan sahaja tahu kerja mereka, tetapi boleh berkomunikasi dengan berkesan di semua peringkat kepada rakan-rakan dan pelanggan. Walaupun seseorang itu mempunyai tahap pencapaian yang tinggi, jika tahap keyakinannya rendah kerana tidak dapat menguasai bahasa Inggeris, akan menjejaskan prestasi mereka di tempat kerja. Kehilangan produktiviti syarikat bermakna pekerja yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris adalah yang kurang bernasib baik. Oleh itu, jika pencari kerja tidak mahu kehilangan peluang, mereka perlu meningkatkan taraf bahasa Inggeris mereka. Dalam aspek hubungan antarabangsa, kebanyakannya dilakukan dalam bahasa Inggeris. Untuk memohon pekerjaan, kita perlu menulis surat dan memaparkan resume dalam bahasa Inggeris. Apabila membuat perjalanan, sebagai contoh ke Mekah untuk menunaikan umrah atau haji, tanda-tanda tidak terhad kepada Bahasa Arab sahaja, mereka juga ada dalam bahasa Inggeris dan Perancis, tetapi tidak dalam bahasa Malaysia. Oleh itu, untuk mencapai medan peringkat

antarabangsa, kita tidak perlu melucutkan pembelajaran bahasa Inggeris. Dengan pemansuhan PPSMI, peluang kita untuk diterima di peringkat global akan berkurang. Contohnya, mencari pekerjaan di luar Malaysia akan menjadi sukar dan mungkin tidak diterima. Kekurangan otak pemikiran intelektual dalam bahasa Inggeris akan melambatkan keupayaan kita untuk berkembang dan bersaing dengan intelektual antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai