Anda di halaman 1dari 1

Bahasa adalah keupayaan berkomunikasi antara seseorang individu dengan seorang atau atau lebih

dengan menggunakan sama ada perkataan atau isyarat. Jika kita dapat menguasai lebih dari satu bahasa
lebih-lebih lagi dapat menguasai bahasa-bahasa yang digunakan meluas di seluruh dunia seperti Bahasa
Inggeris, Bahasa Mandrin, Bahasa Spanyol sudah tentu kehidupan seharian kita Akan menjadi lebih
mudah. Dasarwasa ini surah terang lagi bersuluh kita dapat lihat ramai di antara kita yang menguasai
lebih dari satu bahasa selain bahasa ibunda. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan menguasai
pelbagai bahasa asing?

Kepentingan menguasai bahasa asing adalah kita dapat memperoleh lebih banyak ilmu dari sumber-
sumber seluruh dunia. Misalnya, jika seorang Muslim ingin mandalami ilmu agama, maka dia hendaklah
mengetahui Bahasa Arab agar lebih mudah memahami teks-teks berkenaan Islam. Pada masa kini, jika
kita ingin menambah ilmu pengetahuan kita hendaklah mengetahui bahasa asing kerana kebanyakan
sumber-sumber ilmiah seperti tesis,jurnal, buku ,laporan dan lain-lain di tulis dalam bahasa selain dari
bahasa ibunda kita. Dengan mengetahui Bahasa asing juga kita melihat sesuatu perkara atau situasi
daripada perspektif berbeza dari aspek pendidikan. Oleh itu, terbuktilah dengan menguasai bahasa
asing kita dapat menambah ilmu pengetahuan dan dapat mengelakkan kita daripada menjadi seperti
katak dibawah tempurung.

Selain itu, selain itu penguasaan bahasa asing juga membuka peluang kepada pelajar untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mendapat keputusan SPM
yang cemerlang dan pandai berbahasa asing mempunyai peluang yang lebih cerah until menyambung
pengajian di luar tanah air. Dengan melanjutkan pelajaran ke negara asing kita juga dapat mengasah
kemahiran berbahasa asing. Individu yang ditawarkan untuk belajar ke luar negara juga hendaklah
menerima tawaran tersebut kerana peluang tersebut adalah bagai bulan jatuh ke riba dan individu
haruslah berani menerima cabaran tersebut agar dapat membawa pembaharuan kembali ke Malaysia.
Terbuktilah bahasa asing sangat penting untuk pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Di sampling itu, apabila kita mahir berbahasa asing peluang pekerjaan kita lebih cerah. Misalnya,
didalam sebuah temuduga terdapat individu A yang hanya pandai dalam satu bahasa dan individu B
yang dapat menguasai lebih dari satu bahasa, kita boleh katakan kebarangkalian individu B mendapat
kerja lebih tinggi berbanding individu A. Sumber tenaga awam mahupun swasta yang handal berbahasa
asing akan memudahkan jabatan atau firma untuk berkomunikasi dengan pelabur asing. Pekerja yang
pandai berbahasa asing juga sangat penting bagi sesebuah organisasi bagi menganalisis atau menyemak
dokumen-dokumen yang ditulis dalam bahasa asing untuk mengelakkan ditipu atau dieksploitasi oleh
pihak asing. Jelaslah bahawa bahasa asing dapat memberi nilai tambah kepada seorang pekerja yang
ingin meluaskan prospek pekerjaan.

Akhir sekali, seperti mana yang huraikan di atas kita dapat lihat betapa mustahaknya bahasa asing
kepada 4d masyarakat dan negara kita. Oleh, itu marilah kita bersama-sama memperkasakan
penguasaan bahasa asing tetapi jangan pula kita seperti kacang melupakan kulit apabila sudah mahir
dengan bahasa orang kita melupakan malahan malu untuk menggunakan bahasa kebangsaan kita.
Dengan itu Saya berharap kerjaan dapat memberi lebih penekanan berkenaan asing lebih-lebih lagi
pelajar-pelajar luar bandar agar merdeka dapat bersaing dalam duia yang kian mencabar ini. Tuntasnya
bahasa asing memainkan peranan yang penting bagi negara kita sama ada dalam pentadbiran, ekonomi,
sosial dan pendidikan agar negara kita dapat memainkan peranan yang lebih penting di dalam peringkat
antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai