Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi/petang kepada Cikgu Anis.

Pada pagi/petang ini saya dan kumpulan


saya akan membincangkan tentang kepelbagaian Bahasa dan manfaat
mempelajari kepelbagaian Bahasa. Kepelbagaian Bahasa merujuk kepada
tindakan menggunakan pelbagai bahasa dalam sesuatu perkara.
Antara manfaat mempelajari kepelbagaian Bahasa adalah kepelbagaian Bahasa
boleh memudahkan perhubungan atau komunikasi dengan orang yang berlainan
bangsa. Hal ini demikian kerana kita boleh berkomunikasi dengan orang lain yang
berlainan bangsa yang mungkin tidak tahu Bahasa melayu. Oleh itu, jika kita fasih
bertutur dalam Bahasa mereka, kita dapat berhubung dan berkomunikasi dengan
mereka.
Seterusnya, mempelajari kepelbagaian Bahasa boleh membantu seseorang
individu memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan. Contohnya, jika kita tahu
bertutur dan membaca Bahasa cina, kita dapat mempelajari budaya dan Sejarah
orang cina. Jelaslah bahawa, mempelajari kepelbagaian Bahasa boleh membantu
seseorang individu memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan.
Selanjutnya, kita boleh memahami budaya asing dengan mudah jika kita
mempelajari kepelbagaian Bahasa. Contohnya kita boleh memahami tentang asal
usul Bahasa negara lain seperti Bahasa cina. Oleh itu, salah satu manfaat adalah
mudah memahami tentang budaya asing.
Selain itu, mempelajari kepelbagaian Bahasa boleh membuka peluang untuk
melanjutkan Pelajaran ke peringkat yang tinggi. Hal ini demikian kerana kitab oleh
melanjutkan Pelajaran kita di luar negeri. Oleh itu, kepelbagaian Bahasa boleh
membuka peluang untuk melanjutkan Pelajaran ke peringkat yang tinggi adalah
salah satu manfaat mempelajari kepelbagaian Bahasa.
Di samping itu, kepelbagaian Bahasa juga boleh menambah keyakinan diri
seseorang. Hal ini demikian kerana seseorang tersebut boleh berkomunikasi
dengan seseorang yang berlainan bangsa. Contohnya, seseorang tersebut boleh
memahami tentang Bahasa yang digunakan oleh bangsa lain. Oleh itu,
kepelbagaian Bahasa boleh menambah keyakinan diri seseorang.
Akhirnya, kepelbagaian Bahasa juga membuka peluang pekerjaan yang lebih
banyak. Hal ini demikian sebab terdapat banyak Syarikat antarabangsa yang
melabur, membuka kilang dan pejabat di Malaysia. Contohnya, syarikat dari
Jepun, Korea, Jerman, China, dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kepelbagaian Bahasa
juga membuka perkerjaan yang lebih banyak.
Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat mempelajari kepelbagaian Bahasa.
Oleh itu, kita patutlah mempelajari tentang pelbagai Bahasa kerana ia akan
menjadi penting kepada masa hadapan kita.

Anda mungkin juga menyukai