Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN KUASAI BAHASA ASING

PENDAHULUAN:
Bahasa jiwa bangsa merupakan pepatah yang membawa maksud
bahasa adalah identiti sesuatu bangsa. Namun dalam era kemodenan
ini, tiada keterbatasan dalam teknologi telah mengubah seluruh dimensi
dalam komunikasi antara manusia. Kemampuan dan kemahiran bertutur
dalam pelbagai bahasa diperlukan agar persefahaman itu dapat dicapai
apabila berkomunikasi dengan individu yang berlainan bangsa.
Kemahiran ini penting bukan sahaja untuk individu tetapi ia memainkan
peranan penting untuk syarikat dan juga negara. Oleh itu, kita
seharusnya mencari kepentingan tersurat dan tersirat dalam menguasai
bahasa asing.Persoalannya, apakah kepentingan menguasai bahasa
asing?

ISI 1:
Kepentingan menguasai Bahasa asing antaranya adalah mudah untuk
berhubung atau berkomunikasi dengan orang yang berlainan bangsa.
Hal ini dikatakan demikian, pengusaan Bahasa asing menjadi jambatan
kepada persefahaman yang ingin dilaksanakan. Bahkan,dengan
menguasai Bahasa asing, kita dapat berinteraksi dengan pelancong
yang mengunjungi negara kita. Natijahnya, pelancong akan senang
apabila datang ke negara kita kerana meraka akan merasa mudah untuk
bertanya dan memahami penjelasan kita tentang budaya atau sejarah
tempat yang meraka lawati sepanjang percutian mereka. Bak kata
pepatah Bahasa melambangkan bangsa. Jelaslah, bahawa dengan
menguasai pelbagai Bahasa, kita dapat berkomunikasi serta bertukar
maklumat antara satu sama lain.

ISI 2:
Selain itu, menguasai bahasa asing akan membantu seseorang individu itu
untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang terdapat di
dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris yang
menjadi bahasa utama dunia. Sebagai contoh, untuk meningkatkan
pengetahuan dalam bidang agama Islam seseorang wajib menguasai bahasa
Arab yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran. Dengan penguasaan bahasa
tersebut, mereka bukan sahaja memahami konteks yang disampaikan malah
boleh berkongsi ilmu pengetahuan yang diperoleh kepada masyarakat
setempat masing-masing agar bersama-sama menikmati manfaat daripadanya.
Janganlah kita bersikap seperti katak di bawah tempurung yang bermaksud
orang yang tidak mahu menerima pembaharuan, perubahan ataupun ilmu
yang baru.Tegasnya, kita haruslah meningkatkan pengetahuan akan bahasa
yang berbagai-bagai di seluruh dunia ini agar dapat mengetahui maksud
bahasa yang tersirat dari negara-negara lain.

ISI 3:
Di samping itu,kepentingan kuasai bahasa asing juga adalah dapat
membuka peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Pada
realitinya,memang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa merupakan medium
perantaraan yang penting dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.Bahasa
menjadi alat perhubungan dan spektrum komunikasi yang paling efektif kepada
organisasi dan individu dalam segala hal.Kemampuan menguasai bahasa asing
mampu menjamin masa hadapan yang cerah dan berpeluang untuk maju dan
meningkatkan potensi diri.Sebagai contoh,seseorang yang mampu menguasai
pelbagai bahasa asingakan lebih mudah melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi kerana persaingan untuk mendaftar ke sekolah berperingkat
tinggi sangat sengit.Mereka yang mempunyai kelulusan yang baik dan
berkebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa akan dapat mendaftarkan
diri ke sekolah berperingkat tinggi dengan lebih mudah.Sebagai
ringkasannya,seseorang yang menguasai lebih daripada satu bahasa menjadi
jambatan untuk memilih masa hadapan yang lebih cerah dan luas

ISI 4:
Akhir sekali,mendalami bahasa asing dapat membuka lebih banyak peluang
pekerjaan.Kemajmukan masyarakat dalam negara kita mempengaruhi syarikat-
syarikat tempatan untuk mencari pekerja yang mempunyai kemahiran
berbahasa asing. Hal ini kerana ia memudahkan urusan syarikat sekiranya harus
berunding dengan pelanggan yang berlainan bangsa.Misalnya,guru bahasa
asing,jurulatih dialek,pekerja bantuan antarabangsa dan sudah tentunya
professor linguistik.Bijak pandai dulu-dulu menyatakan "ilmu itu pelita
hidup".Oleh itu,mereka yang minat akan bahasa haruslah mengambil
kesempatan ini bagi menjana pendapatan untuk kehidupan yang lebih stabil.

PENUTUP:
Tuntasnya, kemahiran menguasai bahasa asing adalah cukup penting untuk
semua pihak. Barang siapa yang memahami kepentingan bahasa asing pasti
akan bertindak segera kerana mahu merebut kebaikan yang ditawarkan oleh
bahasa tersebut. Justeru, sokongan ibu bapa dan pelbagai pihak adalah
mustahak dalam memastikan anak-anak mengambil subjek bahasa asing dalam
institusi pelajaran yang disertai oleh mereka agar generasi akan datang
majoritinya menguasai bahasa asing. Golongan pelajar perlulah merebut
peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan kerana kemahiran bertutur dalam
pelbagai bahasa akan memberikan nilai tambah kepada diri mereka. Sekaligus
masyarakat kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
masyarakat seantero dunia untuk bersaing dalam semua aspek di peringkat
global.

Anda mungkin juga menyukai