Anda di halaman 1dari 2

DOA UNTUK JAMUAN AKHIR TAHUN

‫ِبْس ِم ِهللا ْالَّرْح ٰم ِن ْالَّرِح ْيم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َرِّب اْلَعاَلِم ْيَن‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬
wahai Tuhan Kami,Pada hari yang berbahagia ini, kami memanjatkan
kesyukuran kehadratMu yang telah memberikan kami kesempatan untuk
berhimpun bersama dalam Majlis Jamuan Akhir Tahun Pertima Sekolah
Menengah Kebangsaan Kemumin sesi 2023/24. Mudah-mudahan majlis ini akan
mendapat barakah dariMu seterusnya menjadi majlis untuk kami merapatkan
silaturrahim antara kami.

Wahai Tuhan kami, Kami sekali lagi memanjatkan setinggi-tinggi syukur


kepadaMu di atas limpahan rahmatMu sehingga kami telah berjaya melalui sesi
2023/24 dengan selamat dan sejahtera, melaksanakan tugas-tugas kami
dengan sebaik mungkin, menunaikan tanggungjawab dengan sedaya upaya
kami, menempuhi segala cabaran dan dugaan dengan sabar. Sesungguhnya
kami ini hamba-hamba yang lemah yang sentiasa bergantung pada rahmat dan
inayahMu.

Ya Rahman ya rahim Ya Rabbal alamin, kami sedar, segala kerja tidak akan
mampu kami pikul seorang diri, kerana itu, kami memohon dariMu,
makmurkanlah kesepakatan antara kami, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan
silaturrahim di antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad
dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,

Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami. Kebahagiaan dan
kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati
yang sentiasa dahagakan ibadat dan ketakwaan padaMu. Penuhilah diari
kehidupan kami dengan amal ibadat sebagai bekalan kami untuk menuju
akhirat Mu.

‫ يا غّفار‬،‫ يا عزيز‬،‫اللهّم يا رحمن‬


Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami
sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau ya
Allah. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh
Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

‫ِ َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو ِفي األِخ َرِة َح َس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬
‫ َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َرِّب الَعاَلِم ْيَن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬.
DOA MAKAN

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّر ِح ْيِم‬


Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

‫الَّلُهَّم َباِرْك َلَنا ِفيِه َو َأْطِعْم َنا َخ ْيًر ا ِم ْنُه‬


Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang
lebih baik darinya.

‫الَّلُهَّم َباِرْك َلَنا ِفْيَم ا َر َز ْقَتَنا َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر‬


Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan
jauhkanlah kami dari azab neraka.

Anda mungkin juga menyukai