Anda di halaman 1dari 2

DOA SAMBUTAN HARI GURU

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga
kepadaMu ya Allah, kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama
menyambut Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Perlis. Kami bermohon dan bermunajat kepadaMu, mudahmudahan majlis ini akan mendapat keredhaan dan keberkatanMu dari awal
hingga ke akhir majlis..
Ya Allah ya Rohman ya Rahim
Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga,
berganding bahu dan bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada
usaha mendidik anak bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas
di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan generasi
berilmu, berakhlak dan cintakan agama, bangsa dan negara.
Ya Allah Ya Ghaffar,
Kau ampunkanlah dosa kami, kedua ibu dan ayah kami, guru-guru kami,
pensyarah-pensyarah kami, sahabat-sahabat dan teman kami serta muslimin dan
muslimat seluruhnya. Kau berikanlah kami keyakinan bahawa usaha mendidik
dan mengasuh anak-anak ini akan mendapat ganjaran yang besar disismu dan
mudah-mudahan dikira sebagai satu amalan yang soleh.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.



.




























.









Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati
dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan
yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

.




.







Anda mungkin juga menyukai