Anda di halaman 1dari 2

DOA Kedatangan Pelawat

Ya Allah...Ya Rahman,
Kami merafakkan kesyukuran di atas izin dan inayahMu
sehingga kami dapatberkumpul dalam majlis yang penuh
barakah ini bersempena lawatan dari______________________
Semoga pengalaman yang cukup ber harga ini memberi
petunjuk dan memberi pengajaran kepada kita semua dan
seterusnya menambah baik mutu perkhidmatan pada masa
akan datang
Ya Allah Ya Rahim..
Sesungguhnya kami Ya Allah amat menghargai
kesempurnaan nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada
kami untuk mencapai tahap pengurusan berkualiti. Justeru
dengan kudrat dan iradahMu maka permudahkanlah segala
urusan kerja kami, sehingga kami dapat mengekalkan mutu
perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan agama,
bangsa dan negara tercinta.
Ya Allah Ya Aziz
Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan
tindakan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami
ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.......
Ya Allah, Ya Karim
, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami
ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan
ukhuwwah dan silaturrahim di antara kami. Jauhilah kami

dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat


keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

Anda mungkin juga menyukai