Anda di halaman 1dari 1

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬, ‫ الحمد هلل رب العالمين‬.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM


Segala puji dan puja hanya padaMu Ya Allah, selawat dan salam yang berpanjangan buat Junjungan RasulMu, Muhammad saw,
kepada keluarga Baginda, para sahabat, tabien dan tabi’ tabien seluruhnya.

Ya Allah, Kami berhimpun pada saat ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu. Kami
merafakkan puji dan syukur kehadrat-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berhimpun dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang 2017 Dan Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan & Pejabat Pendidikan
Daerah Telupid. Semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif yang telah digariskan di bawah
iradah dan inayah-Mu.

‫يا ذا الجالل والألكرام‬


Jadikanlah majlis kami ini penuh dengan barakah dan magfirah (keampunan-Mu) . Dan jadikanlah hari-hari yang kami lalui ini
permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .
YA ALLAH, YA RAZZAK, YA ‘ALIM,
Limpahkanlah kepada kami nikmat kesihatan, keselamatan, kesejahteraan dan keamanan yang berpanjangan, justeru dengan
nikmat-nikmatMu ini kami akan sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dan sentiasa dekat di sisiMu.

YA ALLAH,
Dengan penuh keinsafan dan pengharapan, kami menadah tangan memohon kepadaMu, agar Engkau mengurniakan kepada
kami kekuatan iman dan amal, kekuatan ilmu dan kemahiran, kekuatan sabar dan istiqomah serta kekuatan azam dan semangat
untuk menunaikan amanah yang suci murni, membangunkan Modal Insan cemerlang, dengan penuh iltizam dan
bertanggungjawab. Kami tiada daya dan kekuatan Ya Allah, untuk melaksanakannya melainkan dengan kurnia dan
pertolonganMu jua.

Jadikanlah mereka yang menerima sijil penganugerahan pada hari ini sebagai hamba-hamba Mu yang bersyukur di atas
pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pegawai atau kakitangan yang sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun, untuk
meningkatkan potensi dan prestasi mereka, dalam bidang perkhidmatan pendidikan, serta mempunyai peribadi yang luhur.

YA ALLAH,
Cantumkanlah hati kami ini dalam nikmat mencintaimu, satukanlah visi dan misi kami dalam membangun generasi terbaik kami,
pertautkanlah ukhuwah dan mahabbah di antara kami dalam menyusuri perjalanan yang panjang ini, agar kami sentiasa hidup
dalam lautan kasih sayang dan hormat menghormati, sehingga kami mampu mendepani segala cabaran, berdiri teguh dalam
organisasi yang dihormati.

YA ALLAH,
Terimalah segala amal bakti kami ini sebagai suatu jariah yang tinggi dan terpuji serta ampunkanlah segala dosa dan kelalaian
kami dalam melaksanakan amanah yang besar ini. KepadaMulah kami bermohon, KepadaMulah kami berserah dan kepadaMu
lah kami kembali.

، ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
. ‫وال تجعلِ اللهم فينا وال معنا وال من يتبعنا شقيا وال مطرودا وال محروما‬
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما‬
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا وإلخواننا الذين سبقونا باإليمان وال تجعل في قلوبنا غال للذين‬
‫ءامنوا إنك رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدهلل رب العالمين‬، ‫وصلى اهلل على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬

Anda mungkin juga menyukai