Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA APRESIASI TAHUN 6 SESI 2022/2023

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬, ‫ الحمد هلل رب العالمين‬.
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis APRESIASI TAHUN 6
SESI 2022/2023 merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu
yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Hasibul Jalil

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan
dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan meneruskan
kesinambungan pendidikan kearah kejayaan wawasan melalui kecemerlangan
kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan.

Ya Allah, kami memohon agar engkau jadikan anak didik kami ini yang akan
melangkah kaki ke peringkat menengah selepas ini, sebagai anak yang sentiasa
cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat , anak yang taat pada perintah Allah dan
perintah rasulNya, patuh pada suruhan ibubapa, menghormati guru-guru dan rakan-
rakan mereka.

Ya Allah Ya Ghaniyu Ya Hamid

Kurniakanlah kami dengan kekayaan dan ketinggian ilmu pengetahuan,hiasi lah diri
kami dengan akhlak dan pekerti terpuji.Muliakanlah kami dengan ketaqwaan,Indahkan
kami dengan kesihatan serta kekuatan,semangat dan daya tahan.

‫ وال تجعل اللهم فينا وال معنا‬، ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ وال من يتبعنا شقيا وال مطرودا وال محروما‬.
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما‬
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا وإلخواننا الذين سبقونا باإليمان وال تجعل في قلوبنا غال للذين ءامنوا إنك رءوف‬
‫رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدهلل رب العالمين‬، ‫وصلى هللا على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬

Anda mungkin juga menyukai