Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH

SK KAMPUNG JAWA TAHUN 2022

‫ِبْس ِم اِهلل الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْيِم‬


Ya Allah… Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Pada pagi yang penuh berkat ini, kami berhimpun sempena Majlis Penyampaian Sijil
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa.

Kami menadah tangan memohon rahmat dan berkat dari-Mu, Ya Allah. Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ya Allah… Ya Aziz… Ya Jabbar… Ya Mutakabbir..

Ampunilah segala dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka
keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami di masa kecil.

Ya Allah, kurniakanlah kepada guru-guru kami ganjaran kebaikan atas segala jasa dan
pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kami di dalam mendidik dan
membimbing kami menjadi insan yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan
negara.

Ya Allah…Ya Rahman… Ya Rahim…

Jadikanlah kami anak-anak yang pintar dan bertaqwa, yang menjadi harapan untuk
memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah kami di kalangan orang-orang
yang soleh dan solehah.

Ya Allah…Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat…

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

‫َر َّبَنا آِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ِفي اآْل ِخ َر ِة َح َس َنًة َو ِقَنا َعَذ اَب الَّناِر‬
‫ِم‬ ‫ِم‬
‫آ ين َيا َر َّب الَعاَل ْيَن‬

Anda mungkin juga menyukai