Anda di halaman 1dari 2

Doa Graduasi Pra Sekolah 2011

Ya AllahYang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Pada pagi yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, kami berhimpun bersempena Majlis Graduasi Pra Sekolah peringkat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2) bagi tahun 2011, kami menadah tangan memohon rahmat dan keberkatan serta petunjuk al-Quran yang sentiasa Engkau pelihara di bawah kebesaran

dan keagungan-Mu. Berilah dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam semua urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir.. Ampunilah segala dosa kami dan juga dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami di masa kecil. Ya Allah, kurniakanlah kepada guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kami di dalam mendidik dan membimbing kami menjadi insan yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ya AllahYa Rahman Ya Rahim

Jadikanlah kami anak-anak yang pintar dan bertaqwa, yang menjadi harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah kami di kalangan orang-

orang yang soleh dan solehah. Ya Allah, kurniakan kepada kami kefahaman umpama
para nabi, kekuatan ingatan umpama para Rasul, kurniakanlah kepada kami ilham umpama ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ya AllahYang Maha Mendengar dan Maha Melihat

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat Mu Ya Allah.

Anda mungkin juga menyukai