Anda di halaman 1dari 2

,

Allahumma Antal Azizul Jalil, Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Hakim Ya Azim, Sesungguhnya kami berhimpun di sini pada pagi ini adalah untuk menjayakan majlis graduasi prasekolah peringkat pulau tioman. Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara Ya Allah kurniakanlah kepada anakanak didik kami ini dengan kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri mereka dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah mereka dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri mereka dengan kesihatan dan kesejahteraan.

Ya Allah Ya Faaalullimaayurid Sesungguhnya, berikanlah kami para guru serta ibu bapa dengan kekuatan, kommitmen dan iltizam berpaksikan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah , Ya Munzilal Barakat , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usahausaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Ya Rahman Ya Rabbalalamin , Rahim Ya

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.