Anda di halaman 1dari 2

DOA PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6




Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah
fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak
kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah
yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan
lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan
keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru
dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan
sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami
dengan kesihatan.












.



.

Anda mungkin juga menyukai