Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Semperna Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini kali ke
.
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah
memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha
kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang ,
gemilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan
melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam semua bidang serta
seimbang pencapaian mereka dari segi akademik,ko-kurikulum dan juga
syakhsiyah diri. Cemerlang dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami ,
jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan
yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan
masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu
bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Allaahumma jammilna bil afiati wassalamah, wa haqqiqna bit taqwa wal
istiqamah, wa aizna min mujibaatin nadamah fil haali wal maali, innaka
samiiud dua
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami
dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai