Anda di halaman 1dari 3

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN/AKTIVITI LUAR

.
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dan menghadiri Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Perempuan
Peringkat Kebangsaan Tahun 2014.
Ya Allah, Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim, bertukar-tukar
pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang berguna
pada masa hadapan.
Berkatilah usaha ini Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin,
Engkau perbaikilah akhlak kami, Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan
terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji. Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan
dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan
kebaikan,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkan keburukan.
Ya Allah, Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi,
Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal, mental dan rohani agar kami dapat menempuh
ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah.
Berkatilah usaha-usaha kami, semoga kami akan menjadi murid yang cemerlang, terbilang,
yang disegani dan dihormati samada dalam bidang akademik mahupun keperibadian.

Anda mungkin juga menyukai