Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS KECEMERLANGAN UPSR SKSP 2014



Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi.
Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran di atas segala
rahmat yang Engkau kurniakan.

Bersempena dengan majlis ini kami mohon inayah dan taufikMu.
Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani
dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk
menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan.
Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu, berikanlah kami kekuatan
dan ketabahan menghadapi perjuangan mendidik anak-anak kami agar
mereka menjadi anak yang soleh sebagai penyenang hati,
permudahkanlah segala urusan kami, supaya mudah bagi kami untuk
beramal dengan penuh keikhlasan

Tambahkanlah kepada kami kecintaan terhadap segala kebaikan,
Jadikanlah kami, guru-guru yang mendidik anak-anak kami dan
pemimpin-pemimpin kami, terus berkhidmat dengan istiqamah untuk
menabur bakti membangunkan umat, agama, bangsa dan masyarakat,.
Ya Allah , jadikanlah sekolah ini sebuah sebuah yang mendapat
limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah kemakmuran dan
kecemerlangan sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai