Anda di halaman 1dari 20

Nama tempatan : Cekur Nama saintifik : Kaempferia galangal

Kegunaan : Daun cekur dimakan sebagai ulam Baik untuk ibu yang baru bersalin untuk mengembalikan tenaga serta membantu menguncupkan rahim. Mengurangkan batuk dengan cara mengunyah bersama garam.

Nama tempatan: Serai wangi Nama saintifik : Cymbopogon nardus

Kegunaan

Melegakan sakit kepala. Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi. Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil. Menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Daun kering serai wangi digunakan sebagai penghalau serangga.

Nama tempatan: Serai Nama saintifik : Cymbopogon citratus

Kegunaan

Untuk rawatan demam kerana ia boleh menyejukkan badan yang panas. Membantu proses pencernaan. Melegakan kekejangan. Meredakan ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala (cara ; minum rebusan air serai).

Nama tempatan: Lidah buaya Nama saintifik Kegunaan : Aloe vera (L.) Burm.f. :

Merawatan penyakit sembelit Mempercepatkan proses penyembuhan luka. Mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga. Mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka. Melebat dan menyuburkan rambut Sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, dan meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.

Nama tempatan: Mengkudu Nama saintifik Kegunaan : Morinda citrifolia :

Mengelakan keletihan Penawar untuk gangguan semasa kencing tidak lawas, senggugut dan pendarahan. Mencegah diabetes dan tekanan darah tinggi Mencegah nyayuk dan melambatkan proses penuaan. Membersihkan toksid dalam badan. Merencatkan pertumbuhan pra kanser dan kanser. Merawat lelah, penghadaman, sembelit dan buasir. Menurunkan paras gula dalam darah.

Nama tempatan : Cemperai Nama saintifik : Champeria griffithii

Kegunaan

Akar dan daunnya ditumbuk untuk mengurangkan ulser. Air rebusan akarnya dapat mengubati sakit sendi tulang. Dimakan mentah sebagai ulam untuk awet muda. Mengecutkan buasir.

Nama tempatan : Hempedu Bumi/Akar Cerita Nama saintifik : Andrographis Paniculata

Kegunaan

menurunkan darah tinggi (air rebusan akar) merawat kencing manis (air rebusan akar) merawat kesan gigitan serangga (akar dihancurkan) untuk melancarkan peredaran darah menguatkan pertahanan badan untuk mengurangkan berat badan membuang angin,melawas membuang air kecil melegakan demam dan pencair kahak pelawas pembuangan air besar menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan mempercepatkan pembekuan darah.

Nama tempatan: Kaduk Nama saintifik : Piper sarmentosum roxb

Kegunaan

Merawat sembelit Merawat sakit gigi Merawat demam malaria Merawat lemah dan sakit dalam tulang Masalah cacing dalam perut Merawat batuk Mengubati panau

Nama tempatan : Halia Nama saintifik : Zingiber Officinale

Kegunaan

melegakan rasa loya mengatasi masalah penghadaman dan artritis membantu melancarkan peredaran darah melegakan masalah kekejangan perut membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar akar halia membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat mengawal deman dan batuk mengawal migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada

Nama tempatan : Kunyit Nama saintifik : Curcuma longa

Kegunaan

Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut Mencegah kulit daripada cepat berkedut (awet muda minum perahan airnya) Melancarkan perjalanan darah Mengurangkan paras kolesterol darah Ramasan beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air boleh menyembuhkan pening atau sakit kepala. Merawat gatal-gatal dan kudis Menghilangkan jerawat

Nama tempatan : Lempoyang Nama saintifik : Zingiber zerumbet

Kegunaan

Rawatan dan pencegahan kanser serviks Membersaihakan kulit muka dengan meminum air rebusan. Penambah selera makan Sebagai mandian ibu bersalin Mengubat disentri dan buasir Menghilangkan cacing Membuang angin dalam badan Merawat bias-bisa badan

Nama tempatan : Limau Kasturi Nama saintifik: Citrofortunella microcarpa

Kegunaan

Mengurangkan lelah dengan campuran madu Melegakan pening kepala Mengatasi sembelit Memakan kulit liamu dapat mengatasi masalah badan berbau Menyembuhkan sakit tekak Menghilangkan kesan minyak pada pakaian Menurunkan berat badan

Nama tempatan : Misai Kucing Nama saintifik Kegunaan : Orthosiphon aristatus :

Membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan Membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Merawat penyakit gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang Merawat kencing manis Mengurangkan kadar kolesterol darah Menurunkan tekanan darah tinggi Mengubati penyakit keputihan bagi wanita

Nama tempatan : Pandan Nama saintifik : Pandanus amaryllifolious

Kegunaan

Ubat pencegah lipas - beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak Mengubati lemah saraf Buang angin dalam badan Merawat rambut gugur Menghitamkan rambut Mengawal kelemumur

Nama tempatan : Pegaga Nama saintifik : Centella asiatica

Kegunaan

mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit 'makanan menjana kecerdasan otak', kerana memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran. mengurangkan tekanan darah tinggi mencegah nyanyuk melambatkan proses penuaan membuang toksin dalam badan menguatkan salur darah dan kapilari

Nama tempatan : Setawar Nama saintifik : Kalanchoe pinnata

Kegunaan

untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas membantu mencegah kanser mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan pada kulit daunnya yang dikisar menjadi jus digunakan untuk merawat senak perut mengubat cirit birit mengubati masalah kembung perut merawat penyakit buasir menghilangkan radang dalam tekak

Nama tempatan : Tulang-tulang Nama saintifik : Euphorbia tircalli

Kegunaan

berkesan untuk merawat bisul memulihkan kesan bengkak merawat kepatahan tulang ranting dilayur atas api yang sederhana besar dan tekapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah, kemudian balut menggunakan kain yang bersih. Merawat ketuat dengan menyapukan getahnya pada seluruh kawasan ketuat

Nama tempatan : Tanduk / Keris Nama saintifik : Sansevieria cylindrica

Kegunaan

mengubati penyakit barah (air rebusan) mengubati sakit-sakit urat (air rebusan)

Anda mungkin juga menyukai