Anda di halaman 1dari 2

DOA

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َر ُسْو ِلَن ا‬، ‫اْلـَح ْم ُد ِهلل الِذ ْي ِبِنْع َم ِتِه َت ِتّم ُ الَّص اِلـَح اُت‬
. ‫األِم ْي َن َو َع َلى َء أِلِه َو أْص َح ابِِه أْج ـَم ِع ْي َن‬
, Ya Allah

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan


kami untuk berada dan menghadiri Program Bimbingan Awal Remaja
Bagi Pelajar tahap 2 sesi 2023 pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami


Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha
kami ini) , kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar
yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun
kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya
di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,


Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu
kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah
kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan
sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi
pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan
fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah .
Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan
apa yang kami perolehi pada yang lalu .

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,


\Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami
dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

‫ِ َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َح َّمٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم ‪َ ،‬و اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai