Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN SUKSES SPM DAN AKUJANJI SPM 2022

Terima kasih diucapkan kepada Puan pengerusi Majlis,Sebelum kita memulakan majlis yang penuh
bermakna ini,Dengan perasaan rendah diri dan penuh pengharapan terhadap Yang Maha Esa,marilah
kita sama-sama menadah tangan serta membaca dan mengaminkan doa agar majlis yang dirancangkan
ini dapat dilaksanakan dengan jayanya .Kita mulakan dahulu dengan bacaan ummul kitab al-fatihah….

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْي ِم‬


‫ َو الَع اِقَب ة ِلْلُم َّت ِقْي َن َو الَّص َالةُ َو الَّس ُم َع ى َس ِّي ِد ا ُمَح َّم ٍد َو َع ى آِلِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬
‫َل‬ ‫َن‬ ‫َل‬ ‫َال‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْي َن‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Hanya kepadamu sahaja Kami memanjatkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkahMu .Bersempena majlis pada hari
ini kami memohon inayah dan taufiqmu kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami .Jauhilah kami dari
sebarang wabak dan penyakit yang merbahaya.Bukakanlah hati-hati kami untuk menerima taufiq dan hidayahMu, ya Allah,
Lapangkanlah dada-dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu pengetahuan yang berguna untuk agama,bangsa dan
negara kami.Kami memohon padaMu agar engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim- Mu .semoga
segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat kerdhaan dan inayahmu

Kami di sini mengharapkan belas ihsan Mu untuk mengizinkan kami mengadakan dan berada dalam program Pelancaran
SUKSEs SPM , dan . AKUJANJI SPM Sekolah Menengah USJ 13 Tahun 2022 . Kami mengharapkan belas ihsan-Mu agar
dapat merialisasikan segala perancangan ini dengan jayanya.

Ya Allah Ya Rahman,Ya Rahim


Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha
kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah
lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan
kecemerlangan yang sudah kami capai ,khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini dan
seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai
bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Jadikanlah kami ,pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan
prestasi kami dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya
Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada semua pelajar supaya
mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi kecemerlangan
bagi mencapai matlamat diri seterusnya boleh menyumbang kepada kelarga, agama ,bangsa dan negara.

‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخ ْيَر َأْع َم اِر َن ا َء اِخُرُه َو َخ ْيَر َأْع َم اِلَن ا َخ َو اِتُم ُه َو َخ ْيَر أَّي اِم َن ا َيْو َم أْلَقاَك ِفْي ِه‬
‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَن ا ُذ ُنْو َب َن ا َو ِإلْخ َو اِنَن ا اَّلِذ ْي َن َسَب ُقْو َن ا ِباِإلْيَم اِن َو َال َت ْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَن ا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْي َن َء اَم ُنْو ا‬
‫َر َّب َن اإَّن َك َر ُءْو ٌف َر ِح ْي ٌم‬
ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai