Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

‫بْس ِم اِهلل الَّر َمْحِن الَّر ِح ْيِم‬


‫ ال اِق ة ِلْل َّتِق الَّص َالة الَّسَال َلى ِّيِد َنا َّم ٍد َلى آِلِه‬, ‫َا ُد ِهلل ِّب ال اَلِم‬
‫َو ُم َع َس َحُم َو َع‬ ‫َحْلْم َر َع َنْي َو َع َب ُم َنْي َو‬
‫ِه ِع‬
‫َو َأْص َح اِب َأَمْج َنْي‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud,
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan
berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan. Sekolah Kebangsaan Dato' Shah Bandar
Rembau pada pagi yang mulia ini.
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid,
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan
hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan
menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini.
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik
mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami
kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-
masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai
pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka
pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan
potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur.
Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini
akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-
sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi
mengharumkan nama sekolah ini.

‫أَّياِم َنا أْلَق اَك ِف ِه‬ ‫ِل‬ ‫ِر ِخ‬ ‫َّل‬


‫ْي‬ ‫َيْو َم‬ ‫ال ُه َّم اْجَعْل َخ ْيَر َأْع َم ا َنا َءا ُر ُه َو َخ ْيَر َأْع َم ا َنا َخ َو اُمِتُه َو َخ ْيَر‬
‫الَّلُه َّم اْغ ِف ْر َلَنا ُذُنْو َبَنا َو ِإل ْخ َو اِنَنا اَّلِذْيَن َس َبُقْو َنا ِباِإل َمْياِن َو َال ْجَتَعْل ْيِف قُـُلْو ِبَنا ِغًّال ِلَّلِذْيَن َءاَم ُنْو ا َر َّبَناإَّنَك َر ُءْو ٌف‬
‫ِح‬
‫َر ْيٌم‬
‫َر َّبَنا َءاِتَنا يِف الُّد ْنَيا َح َس َنة َو يِف األِخ َر ِة َح َس َنة َو ِقَنا َعَذ اَب الَّنار‬
‫ِم‬ ‫ِل ِه‬ ‫ِه‬ ‫ِلِه‬ ‫ٍد‬
‫َو َص َّلى اُهلل َعَلى َحُمَّم َو َعَلى َءا َو َصْح ِب َو َس َّلَم ‪َ ،‬و اَحْلْم ُد َّل َر ِّب الَعاَل َنْي‬

Anda mungkin juga menyukai