Anda di halaman 1dari 4

TEKS DOA MAJLIS APRESIASI STAM

2021
PERINGKAT NEGERI MELAKA

HARI: KHAMIS
TARIKH: 30 JUN 2022
TEMPAT: DEWAN NORIAH HARON, SMA JAIM AL AHMADI
‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ
.‫أج َـم ِع ْي َن‬
ْ ‫السالَ ُم على سيدناـ محمد وعلى آله وصحبه‬
َّ ‫الصالَة َو‬ ِ ‫الْـحم ُد‬
َّ ‫ َو‬،‫هلل رب العالمين‬ َْ

‫يا هللا يا كريم يا َودُود‬


Engkaulah yang memiliki kuasa pemerintahan dan engkaulah yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki.
Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah, di atas limpah kurniaMu, kami dapat berhimpun pada petang yang mulia
ini di MAJLIS APRESIASI STAM 2021 PERINGKAT NEGERI MELAKA.
Ya Allah, RahmatMu kami pohonkan, kasih sayangMu kami harapkan.
Jadikanlah hidup kami di dunia ini mendapat keberkatan, dan di akhirat kelak mendapat keredhaanMu
‫يا هللا يا ف ّعال لما يريد‬
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga
segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini, mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.
Tidak lupa juga kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di
sekolah yang bertuah ini.
ِ ‫اللَّهم يا قاض َي الحاجات ويا َرافِ َع ال َّد َر َجا‬
‫ت‬
Pada saat ini juga, kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu, agar Engkau teruskan dan
lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan
sahsiah insan, dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan, yang lebih
bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
‫يا هللا يا غنِ ُّى يا حميد‬
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima keputusan pada hari ini, sebagai insan yang bersyukur atas segala
nikmat kurniaanMu. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun,
untuk terus meningkatkan potensi diri, dan prestasi dalam bidang akademik, mahupun ketrampilan peribadi
yang luhur. Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar keputusan yang diterima pada hari ini,
menjadi batu loncatan ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

‫يا هللا يا غفار يا رحيم‬


Ya Allahu Ya Ghaffar… kami sandarkan hidup dan mati hanya pada-Mu yang Maha Kuasa, berbekalkan nadi yang
masih berdenyut bernyawa, bisikan doa kami panjatkan bersama harapan dan redha. Tampunglah segala
kekurangan, iringi usaha yang diatur dengan keredhaan dan keberkatan. Pengampunan-Mu dipohon atas segala
keuzuran dan keterlanjuran, serta kebahagiaan yang dipinta dan diharap bakal menjadi kenyataan.

َ ‫اخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِنَا َخ َواتِ ُمهُ َو َخ ْي َر أيَّ ِامنَاـ َي ْو َم ألْ َق‬


‫اك فِ ْي ِه‬ ِ ‫اللَّه َّم اجع ـل َخير َأ ْعما ِرنَا ء‬
َ َ َْ ْ َْ ُ
َ ِ‫فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َش ِقيًّا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما بَِر ْح َمت‬ ‫ص ْو ًما َوالَتَ ْج َع ْل‬ ِِ ِ
‫ك يَا َْأر َح َم‬ ُ ‫اج َع ْـل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما َوَت َف ُّر َقنَا م ْن َب ْعده َت َف ُّرقًا َم ْع‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ِ ‫الر‬
‫اح ِم ْي َن‬ َّ
‫ف َر ِح ْي ٌم‬
ٌ ‫ك َرءُ ْو‬ َ َّ‫ان َوالَ تَ ْج َع ْل ِف ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْ َن َء َام ُن ْوا َر َّبنَاإن‬ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَاـ ذُ ُن ْو َبنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْ َـن َسَب ُق ْونَا بِاِإل يْ َم ِـ‬
‫اب النَّار‬ ِ ِ ِ ِ ُّ ‫ِ ر َّبنَا َءاتِنَا فِي‬
َ ‫سنَة ًَوقنَا َع َذ‬ َ ‫سنَة ً َوفي األخ َرة َح‬ َ ‫الد ْنيَاـ َح‬ َ
‫العالَ ِم ْي َن‬
‫ب َ‬ ‫ْح ْم ُدلِلَّ ِه َر ِّ‬ ‫وصلَّى اهلل َعلَى مح َّم ٍد و َعلَى ءالِ ِه و ِ‬
‫ص ْحبِه َو َسلَّ َم ‪َ ،‬وال َ‬
‫َ َ َ‬ ‫َُ َ‬ ‫ُ‬ ‫َ َ‬

Anda mungkin juga menyukai