Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM) (PPM-004-14-14052013)

Ibu Pejabat PSSCM. No. 708, Tingkat 3, Lot 138, Bangunan Silat Cekak, Seksyen 79, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur
Tel : 03-4050 1671 E-mail : psscm@silatcekak.org
No Rujukan : PSSCM/019-040/JUS/ Sambutan54Tahun/2019/05
Tarikh : 2hb Mei 2019

Kepada:-

 Yang DiPertua- Yang DiPertua


PSSCM Cawangan Negeri

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wbt

Tuan,

SAMBUTAN 54 TAHUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA


- Istiadat Konvokesyen Ke-36
- Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-47
- Sambutan Aidilfitri Guru Utama & Presiden bersama Ahli-ahli PSSCM

Jemputan Program – PENERIMA SIJIL RENDAH PSSCM

Dimulai dengan pernyataan syukur ke hadrat Ilahi, selawat dan salam ke atas Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan sekelian para sahabat, mudah-
mudahan Tuan berada di dalam rahmat yang bertali arus dari Allah S.W.T. Dengan
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
(PSSCM) kini sedang menganjurkan Sambutan 54 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak
Malaysia (PSSCM). Bersempena dengan Sambutan ini, maka TIGA program utama akan
dianjurkan iaitu Istiadat Konvokesyen Ke-36, Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-47 dan
Sambutan Aidilfitri Guru Utama & Presiden bersama Ahli-ahli PSSCM.

3. Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh rasa takzim dan rendah diri memohon
Tuan untuk memanjangkan jemputan ini kepada Penerima-Penerima Sijil Rendah
PSSCM di bawah seliaan Tuan, untuk hadir dan bersama-sama melibatkan diri di dalam
programn tersebut.

1
Silat Cekak Silat Papan Sekeping Silat Cekak Silat Papan Sekeping Silat Cekak Silat Papan SekepIng
http://www.silatcekak.org
4. Butiran mengenai program adalah seperti berikut:

Tarikh : 22hb JUN 2019 (SABTU)


Masa : 7.00 pagi – 11.30 malam
Tempat : Dewan Datuk Haji Maideen,
Ibu Pejabat PSSCM Negeri Sembilan
Pakaian : Sila Lihat Lampiran Etika Pakaian
Bayaran : Sila Lihat Lampiran Bayaran
Aturcara Majlis : Sila Lihat Lampiran Aturcara Majlis

Nota:
1. Penginapan tidak disediakan oleh Penganjur.
2. Sila lihat Senarai Hotel/Homestay di sekitar Seremban untuk membuat
tempahan bagi yang memerlukan penginapan.

5. Untuk sebarang maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran, sila berhubung terus
dengan Jawatankuasa Pendaftaran yang diketuai oleh Encik Mohamad Fadillah bin
Muhammad Ares (019-385 2475) atau Encik Wan Mohd Adzhar bin Mohd Salim (019-
270 3427) sebelum atau pada 10hb Jun 2019.

6. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“MEMARTABATKAN SILAT, MELESTARIKAN BUDAYA”

Yang benar,

………………………………..
Mohd Hafiz bin Jamil
Setiausaha Agung
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

s.k. 1. YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah,


Guru Utama & Presiden PSSCM

2. Fail PSSCM

2
Silat Cekak Silat Papan Sekeping Silat Cekak Silat Papan Sekeping Silat Cekak Silat Papan SekepIng
http://www.silatcekak.org

Anda mungkin juga menyukai