Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM

KELAS HAFAZAN SURAH PILIHAN


(AL QURAN DI HATIKU)
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 / 1443H

HARI SABTU
MASA
(8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI)

SASARAN
SEMUA PELAJAR ASPURA AL-AHMADI

DISEDIAKAN OLEH:
SETIAUSAHA UNIT SAHSIAH UNGGUL MURID
(SUMUR)
SEK. MEN. ARAB JAIM AL- AHMADI
KERTAS KERJA PROGRAM KELAS HAFAZAN SURAH PILIHAN (AL
QURAN DI HATIKU) DI ASRAMA SEKOLAH TAHUN 2021 / 1443 H

1. PENDAHULUAN

Program Jilu Qurani (Kelas Mengaji Al Quran) di asrama sekolah merupakan aktiviti
tahunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dengan
kerjasama warga asrama serta penglibatan beberapa guru Dini sekolah. Semoga majlis ini dapat
meningkatkan kesedaran dan kecintaan kita kepada Kalam Allah s.w.t.

2. MATLAMAT

Program ini bermatlamatkan untuk melahirkan generasi muda yang terbaik mengikut acuan
Islam yang dapat menghayati Al Quran dengan sepenuhnya dalam usaha mempertingkatkan
penguasaan Al Quran yang mulia ini demi memartabatkan ilmu dalam kehidupan serta dapat
menanamkan rasa cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulnya.

3. OBJEKTIF

3.1 Memupuk semangat kecintaan kepada Al Quran.


3.2 Menghayati bacaan Al Quran.
3.3 Memupuk semangat kerjasama dalam usaha dakwah di kalangan warga Ahmadi.
3.4 Menghidupkan aktiviti seharian pelajar asrama dengan membudayakan pembacaan Al
Quran.
3.5 Melatih pelajar membaca dan menghafal Al Quran dengan lancar.

4. SASARAN

4.1 Semua pelajar asrama SMA JAIM Al Ahmadi Sg. Udang, Melaka.

5. ISU

5.1 Kebanyakan murid sangat lemah dan sederhana dalam pembacaan al Quran.
5.2 Bilangan murid yang melazimi pembacaan al Quran setiap hari sangat sedikit.
5.3 Tidak ramai murid yang telah menghafal surah pilihan.

6. PELUANG

6.1 Kutipan bayaran yuran PIBG khusus bagi pelaksanaan kelas al Quran.
6.2 Murid berada di asrama dan hanya dibenarkan pulang 2 minggu sekali.
6.3 Banyak masa terluang murid asrama pada cuti hujung minggu perlu boleh diisi dengan
aktiviti yang berfaedah.

7. KAEDAH

7.1 Tilawah beramai-ramai.


7.2 Hukum Tajwid.
7.3 Tasmik bacaan hafazan surah pilihan.
8. TEMPOH MASA

2 jam: 8.00 pagi - 10.00 pagi / RM 100.00.

9. SUMBER KEWANGAN

9.1 Kutipan yuran PIBG (kelas Al Quran asrama)

Setiap murid asrama: (RM10 x 7 bulan = RM 70)

10. TARIKH PELAKSANAAN

BIL. HARI TARIKH TEMPOH MASA


1 Sabtu 0/06/2022 8 pagi – 10 pagi
2 8 pagi – 10 pagi
3 Sabtu 0/06/2022 8 pagi - 10 pagi
4 8 pagi – 10 pagi

11. PEMBAHAGIAN KUMPULAN

BIL. MURID BILANGAN MURID BILANGAN KUMPULAN SURAH


Tingkatan 1: 12 orang 2 kumpulan as Sajadah
Tingkatan 2: 16 orang 2 kumpulan al Waqiah
Tingkatan 3: 15 orang 2 kumpulan al Jumu’ah
orang 8 guru / 8 kumpulan

12. PENUTUP

Program ini diharapkan dapat memberikan kesan yang positif kepada semua pelajar asrama
yang menyertai program ini dan dapat dijadikan sebagai program tahunan asrama.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

___________________ _______________________ ______________________


(USTAZ SYED MOHD AZLAN (CIKGU KHALID BIN OTHMAN) (USTAZAH NORSHIMAH
SYED ABD HAMID) BINTI RAMLI)
Penyelaras Program GPK HEM Pengetua
SMA JAIM Al Ahmadi SMA JAIM Al Ahmadi SMA JAIM Al Ahmadi

“AL QURAN DIJUNJUNG SAHSIAH TERULUNG“

Anda mungkin juga menyukai