Anda di halaman 1dari 2

‫الر ِح ْي ِم‬

َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬


َّ ‫اهلل‬ ْ
‫َأص َحابِ ِه‬ ِِ ٍ ِ ِّ ‫ْح ْم ُد لِلَّ ِه َر‬
َّ ‫ َو‬,‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬
ْ ‫السالَ ُم َعلَى َسيِّدنَا ُم َح َّم "د َو َعلَى آله َو‬ َّ ‫الصالَة َُو‬ َ ‫اَل‬
‫َأج َم ِع ْي َن‬
ْ
Allahumma Ya Allah, Tuhan Yang Maha Luas KurniaanNya
Pada malam yang berbahagia ini, kami merasa amat bersyukur ke hadratMu kerana
dengan keizinanMu, Ya Allah, kami dapat berkumpul untuk bersama-sama meraikan
Sambutan Ulangtahun Ke-100 tahun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa
Kota Belud.
Ya Aziz Ya Jabbar
Jadikanlah usaha murni kami mendapat berkat dan rahmat dariMu, Ya Allah.
Jadikanlah segala hasrat dan cita-cita murni kami melaluinya tercapai dan
perlaksanaannya berjalan dengan sempurna menurut jalan dan garis yang Engkau
redhai. Jadikanlah semua warga SJKC Chung Hwa Kota Belud serta tetamu yang
hadir pada hari ini sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran
dan memiliki mutu kepimpinan yang tinggi.
Ya Rahman Ya Rohim
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa
kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di
sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang
mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan
kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi khaira ummah selaras
dengan tuntutan syari’at Mu.
Ya Malik Ya Muhaimin
Kami mohon kepada-Mu Ya Allah, semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan
persaudaraan dan diperkuatkan keazaman agar segala hasrat dan cita-cita kami
menjadi kenyataan.

ِِ ِ
َ‫ َوال‬، ‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم‬
ُ ‫ َوَت َف ُّرقَـَنَا م ْن َب ْعده َت َف ُّرقاً َم ْع‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
‫تَ ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َي ْتَبعُنَا َش ِقيًّا َوالَ َمط ُْر ْو ًدا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬
َ ‫اخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِنَا َخ َواتِ ُمهُ َو َخ ْي َر أيَّ ِامنَا َي ْو َم ألْ َق‬
‫اك فِ ْي ِه‬ ِ ‫اللَّه َّم اجعل َخير َأ ْعما ِرنَا ء‬
َ َ َْ ْ َْ ُ
‫ان َوالَ تَ ْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ‬ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِفرلَنَا ذُ ُنوبنَا وِإل ْخوانِنَا الَّ ِذيْن سب ُقونَا بِاِإل يْم ِ‬
‫َ‬ ‫َ ََ ْ‬ ‫َْ َ َ‬ ‫ْ‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬‫ك َرءُ ْو ٌ‬ ‫لِلَّ ِذيْ َن َء َام ُن ْوا َر َّبنَا إنَّ َ‬

Anda mungkin juga menyukai