Anda di halaman 1dari 3

‫الر ِح ْي ِم‬

َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬


َّ ‫اهلل‬ ْ
‫الُم َعَلى َرسُْولَِنا األمِْينَ َوَعَلى‬
َ َّ‫الة َُوالس‬
َ َّ‫ َوالص‬، ُ‫ـحات‬
َ ِ‫الصال‬
َّ ُ ّ‫ي ِبِنعَْمِتهِ َتِتم‬
ْ ِ‫هلل الذ‬
ِ ُ‫ْالـحَْمد‬
. ‫حابهِ أجَْـمعِْيَن‬
َ ‫أص‬
ْ ‫َءألِِه َو‬
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara

kedua-duanya .

Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu sehingga

kami dapat menyempurnakan proses Audit Pemeriksaan MS ISO 9001:2000

pada hari ini dan tika ini. Kami juga bersyukur kerana Engkau memberi ruang

dan peluang untuk kami menimba pengalaman dan pelajaran baru setelah

kami menjalani proses audit pematuhan bermula dari semalam hingga ke saat

ini. Moga-moga pengalaman yang cukup berharga ini memberi petunjuk dan

pengajaran kepada kami menambahbaik mutu perkhidmatan kami pada masa

akan datang.

Ya Allah Tuhan yang menyampaikan segala hajat dan permintaan,

Sesungguhnya kami amat bersyukur dan menghargai kesempurnaan nikmat

yang telah Engkau kurniakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk

mencapai tahap pengurusan berkualiti bertaraf dunia. Sesungguhnya kami

sememangnya meyakini dengan penuh keyakinan bahawa pengiktirafan ini

amat bernilai dan bersejarah bagi kami keluarga Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor,justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun

fayakun-Mu , maka permudahkanlah segala urusan kerja kami, sehingga kami

dapat mengekalkan mutu perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan

agama , bangsa dan negara kami yang tercinta. Ya Allah kami menyedari

dengan penuh ketaakulan bahawa Engkau amat menyayangi hamba-Mu yang

melaksanakan sesuatu tugasan dan amanah dengan tekun dan teliti sehingga

mencapai tahap kecemerlangan, justeru kurniakanlah kami kecintaan,

keinginan dan kecenderungan melaksanakan amanah dan tugas dengan

penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang cemerlang,

gemilang dan terbilang.

Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati ,

Kami keluarga Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ingin memohon dari-Mu

Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan tindakan melalui

penghayatan visi dan misi Jabatan ini dalam mengurus dan mengemudi

organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang,

Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda

ashabul kahfi , sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka,

pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami ,


Kurniakanlah dan suburkanlah hati-hati kami dengan akhlak terpuji seperti

berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan

seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang

permasalahan yang timbul.

Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi

demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita

yang murni.

Kurniakanlah kami kesabaran dan ketabahan seumpama sabarnya Nabi-nabi

Ulul ‘azmi yang telah diuji lebih jauh kesukarannya daripada ujian yang kami

hadapi.

Akhirnya jangan Engkau sia-siakan amalan hamba-hamba-Mu yang telah

mengorbankan kesenangan jiwa, kelapangan harta dan ruang masa mereka

dalam mendokong dan menjayakan hasrat murni kami sehingga mencapai

pengiktirafan ini.

ِِ ِ
‫ َوالَ تَ ْج َع ِل‬، ‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ُ ‫ َوَت َف ُّرقَـَنَا م ْن َب ْعده َت َف ُّرقاً َم ْع‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ‫اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َي ْتَبعُنَا َش ِقيًّا َوالَ َمط ُْر ْو ًدا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬
ِ ‫اب النَّار‬ ِ ِ ِ ِ ُّ ‫َر َّبنَا َءاتِنَا فِي‬
َ ‫سنَة ًَوقنَا َع َذ‬ َ ‫سنَة ً َوفي األخ َرة َح‬ َ ‫الد ْنيَا َح‬
‫العالَ ِم ْين‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫ْح ْم ُدلِلَّ ِه َر‬ ِ ‫وصلَّى اهلل َعلَى مح َّم ٍد و َعلَى ءالِ ِه و‬
َ ‫ َوال‬، ‫ص ْحبِه َو َسلَّ َم‬ َ َ َ َ َُ ُ َ َ

Anda mungkin juga menyukai