Anda di halaman 1dari 2

Doa Jamuan Kebagus SKPB 2019

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬


ْ ِ‫ب‬

.  َ‫أجـ َم ِع ْين‬ ْ ‫س ْولِ َنا األ ِم ْينَ َو َعلَى َءألِ ِه َو‬


ْ ‫أص َحاب ِه‬ ُ ‫سالَ ُم َعلَى َر‬
َّ ‫صالَة َُوال‬
َّ ‫ َوال‬، ُ‫ِـحات‬ َّ ‫ِي ِبن ِْع َمتِ ِه َتتِ ّم ُال‬
َ ‫صال‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫ـح ْم ُد هللِ الذ‬

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Jamuan Kelab Guru Sek Keb Parit Bilal pada petang ini..

Ya Allah, tuhan yang maha berkuasa atas apa yang dikehendaki, kurniakan lah kami lisan yang lembut
basah, mengingati dan menyebut namamu, hati yang penuh segar mengsyukuri nikmat mu dan badan
yang ringan untuk menyempurnakan ketaatan kepada perintahmu.

Ya Munzilar rahmat way a fatihal barokat

Ya Allah, tuhan yang maha esa lagi perkasa, kami memohon kehadrat mu semoga engkau menjadikan
majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu padu, berkerjasama, dan bantu membantu di
kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan sekolah keb Parit bilal di persada arus
perdana kecemerlangan pendidikan Negara. Satukanlah hati hati kami sebagai murobi, azatizah,
pendakwah, pencetus transformasi yang mampu menghadapi cabaran yang semakin hebat.

Ya Allah, seseungguhnya kami lemah dalam bersendirian. Maka kuatkanlah kami dalam kerja berpasukan,
kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashanul kahfi. Sehingga kami
mampu mengharungi susah senang, suka duka , pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan
tugas kami. Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai
semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita cita yang murni.

Sesungguhnya kesabaran kami ada batasnya , maka kurnikanlah kami nikmat kesabaran seumpama
sabarnya nabi-nabi ulul azmi. kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati
kami untuk mengutamakan keperluan saudara saudara segama kami dan sahabat sejawatan kami
sebagaimana kekasihmu mendidik para sahabat baginda.

َ‫شــقِيًّا َوال‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
َ ‫ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا‬، ‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
‫ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ .

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬

َ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai