Anda di halaman 1dari 2

ِ ‫هللا َّالرمْح َ ِن َّالر ِحمْي‬

ِ ‫ب ِْس ِم‬
َ ‫الس َال ُم عَىَل َس ِّي ِداَن ُم َح َّم ٍد َوعَىَل آهِل ِ َوَأحْص َا ِب ِه َأمْج َ ِعنْي‬ َّ ‫ َو‬  َ ‫ َوال َعا ِق َبة ِللْ ُمتَّ ِقنْي‬ ,  َ ‫َالْ َح ْمدُ ِهلل َر ِّب ال َعالَ ِمنْي‬
َّ ‫الص َالة َُو‬
Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah …..
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah pertemuan kami dalam
BENGKEL KERJA “ONE PAGE PROJECT MANAGER” OPPM PPD PASIR GUDANG ini
dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan
daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau
redhai.
Kami pohonkan dari Mu, semoga pertemuan dalam BENGKEL KERJA ini, kami dikurniakan
limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Limpahilah
keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea
yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan yang benar-benar teguh.
Ya Allah
Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan
kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat
permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang PEMIMPIN dan berusaha menyumbang tenaga, idea
serta kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota badan yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi
terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga dengannya
kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu mengangkat martabat
diri, agama, bangsa dan negara.
Ya Allah, Ya Mudabbiral amri …..
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang mencintai
agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan memelihara
kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan kedaulatannya.
Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras
dengan tuntutan syari’at Mu.

‫ َو َال جَت ْ َع ِل اللَّه َُّم ِف ْينَا َو َال َم َعنَا َو َال َم ْن‬، ‫ َوتَ َف ُّرقَـَنَا ِم ْن ب َ ْع ِد ِه تَ َف ُّرق ًا َم ْع ُص ْو ًما‬، ‫َاللَّه َُّم ْاج َع ْل مَج ْ َعنَا ه ََذا مَج ْ ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ‫يَتْ َب ُعنَا َش ِقيًّا َو َال َم ْط ُر ْودًا َو َال َم ْح ُر ْو ًما‬
‫اللَّه َُّم ْاج َع ْل َخرْي َ َأمْع َ ِاراَن َءا ِخ ُر ُه َو َخرْي َ َأمْع َ ا ِلنَا خ ََوا ِت ُم ُه َو َخرْي َ أاَّي ِمنَا ي َ ْو َم ألْ َقاكَ ِف ْي ِه‬
ٌ ‫اللَّه َُّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ُذن ُْوبَنَا َو خ َْوا ِننَا اذَّل ِ ْي َن َس َب ُق ْواَن اِب يْ َم ِان َو َال جَت ْ َع ْل يِف ْ ق ُـلُ ْو ِبنَا ِغ ًّال ِلذَّل ِ ْي َن َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإ ن ََّك َر ُء ْو ٌف َر ِحمْي‬
‫ِإل‬ ‫ِإل‬
ِ ‫َربَّنَا َءا ِتنَا يِف ادلُّ نْ َيا َح َسنَة ً َويِف األ ِخ َر ِة َح َسنَة ًَو ِقنَا عَ َذ َاب النَّار‬
‫هللا عَىَل ُم َح َّم ٍد َوعَىَل َءاهِل ِ َوحَص ْ ِب ِه َو َسمَّل َ ‪َ ،‬والْ َح ْمدُ هَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِمنْي‬
‫َو َصىَّل ُ‬

Anda mungkin juga menyukai