Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SK TAMAN MEGAH RIA 2021

KERTAS KERJA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & PENINGKATAN ROHANI 2021
SK TAMAN MEGAH RIA, JOHOR

1.0 PENGENALAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-
nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan, perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukminin.
Maka, rugilah mereka yang tidak menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk berada dalam bulan
yang mulia ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan
Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga
sekolah. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala
nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu” (Riwayat Bukhari).

Oleh yang demikian, bagi menyambut seruan daripada Rasulullah S.A.W. tersebut, Panitia Pendidikan
Islam telah menyatakan kesediaan untuk merebut ganjaran yang berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah
S.W.T. dengan menjayakan suatu program pembentukan Rohani dalam kalangan guru, kakitangan serta murid yang
dinamakan sebagai “PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN 2021”.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan
ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
2.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi
menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
2.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta
turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
2.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan,
kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan seterusnya mewujudkan peningkatan
rohani untuk murid islam dan moral.
2.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga sekolah beragama islam dan bukan
islam secara syumul dan menyeluruh.

1
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SK TAMAN MEGAH RIA 2021

3.0 RASIONAL

Kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini hendaklah disambut dan dihayati dengan amalan yang
berfaedah. Semoga Program Ihya’ Ramadhan & Khatam Al-Quran SK Taman Megah Ria yang akan
dijalankan ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini menjadi
tarbiyyah ruhiyyah dalam mendidik murid-murid menjadi muslimin dan muslimat yang bertaqwa khususnya
murid islam dan murid moral amnya.

4.0 MATLAMAT

Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di sekolah agar penghayatan Ramadhan
dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan
generasi khaira ummah tercapai.

5.0 SASARAN

5.1 Guru dan kakitangan sokongan


5.2 Murid-murid

6.0 JUMLAH MURID

Islam : 157 orang (Tahap 1 = 81 orang dan tahap 2 = 76 orang)


Moral : 122 orang (Tahap 1 = 59 orang dan tahap 2 = 63 orang )

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

14 April 2021 (Khamis) sehingga 10 Mei 2021 (Isnin)

8.0 TEMPAT PELAKSANAAN

Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria, Johor.

9.0 TEMA

Ramadhan Bulan Berkat, Takwa Kita Pertingkat

10.0 ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral SK Taman Megah Ria

2
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SK TAMAN MEGAH RIA 2021

11.0 CADANGAN AKTIVITI

BIL PROGRAM / AKTIVITI TARIKH MASA GURU SASARAN


. BERTUGAS
1 Pelancaran Program Ihya 15 April 2021 7.10-7.40 pagi Semua guru Semua warga
Ramadhan 2021 SKTMR
2 Tadarus Al-Quran (Murid) 14 April – 5 Mei 9.40 pagi- 10.00 Guru Kelas dan Tahap 2
2021 pagi Pembantu Guru
Kelas
3 Bacaan dan hafazan 14 April – 5 Mei 9.40 pagi- 10.00 Guru Kelas dan Tahap 1
Muqaddam 2021 pagi Pembantu Guru
(Surah Al-Fatihah – Surah Ad- Kelas
Dhuha)
4 Solat Berjemaah Dan Tadarus 14 April – 5 Mei Waktu solat Semua Guru Semua Guru
Al-Quran (Guru) 2021 zohor setiap Muslim Muslim
hari
5 Amali Mengambil Wuduk 20 April 2021 7.10 pagi- 8.10 Ustaz Semua Warga
menggunakan sebotol air pagi Muhammad SKTMR
mineral Zulfadhli Akmal
Bin Muzzafar,
Ustaz Raja
Muhammad Aqil
6 Kuiz Ramadan 27 April 2021 7.10 pagi – 8.10 Ustazah Tahap 1 dan 2
( Hadiah Misteri ) pagi Rosmaniza,
Ustazah
Khaizureen
7 Bacaan Yassin dan tahlil 29 April 2021 7.10 pagi – 7.40 Ustaz Semua Warga
perdana serta Ceramah pagi Muhammad SKTMR
ringkas Nuzul Quran Zulfadhli Akmal
Bin Muzzafar
8 Pertandingan Mewarna (tahap 4 Mei 2021 7.10 pagi – 8.10 Semua guru Tahap 1 dan 2
1) dan Membuat Sampul duit pagi
raya (tahap 2)
9 Majlis Khatam Al-Quran 5 Mei 2021 7.10 pagi – Semua Guru Tahap 1 dan 2
10.00 pagi
10 Bacaan CD Al-Qur’an dan Sepanjang 7.00 pagi- 7.10 GPI dan GBA Semua Murid
Alunan Zikir Munajat Ramadhan pagi Muslim

3
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SK TAMAN MEGAH RIA 2021

JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2021

Pengerusi : En. Roslan Bin Daud (Guru Besar)


Naib Pengerusi : En. Ramlee Bin Mohamed (GPK Pentadbiran)
En. Mohd Syahrir Bin Ab Ghafar (GPK HEM)
Pn. Hjh Rabunah Binti Salikan (GPK Ko-kurikulum)
En. M.Husni Bin Hj.Mahamad (GPK PK)
Penyelaras : En. Muhammad Zulfadhli Akmal Bin Muzzafar
Setiausaha : Pn. S.Khaizureen Yanti Binti Masdar
Bendahari : Pn. Rosmaniza Binti Hassan

Ahli Jawatankuasa Kecil :

Khalifah Khatam : En. Muhammad Zulfadhli Akmal Bin Muzzafar

Pengerusi Majlis : En. Muhammad Dzulfikar Bin Mohd Laili

Bacaan Doa : YM Raja Muhammad Aqil Bin Raja Mohamed

Jurugambar : En. Mohd Zainul Abidin Bin Yusof


Pn Nadia Shaqila Binti Osman

Disiplin dan Kawalan Murid : En. Muhammad Amir Akimi Bin Ghazali
En. Muhammad Azwan Bin Abd Aziz
Pn. Norishah Binti Jamaludin
Cik Nurul Syamimi Binti Ramli

Persediaan Peserta Khatam : Pn Sharifah Binti Basri


Pn. S. Khaizureen Yanti Binti Masdar
Pn Nurul Nadzirah Binti Mohd Azam

Sumbangan dan Hadiah : Pn Rosmaniza Binti Hassan


Pn Shadaton Zarah Binti Abdullah
Pn Norsiah Binti Mamat

PA sistem : En. Wan Ahmad Hafiz Adri Bin Che Mohd

4
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SK TAMAN MEGAH RIA 2021

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

- Hadiah Kuiz :
Tahap 1 : 18 pemenang x RM 3.00 = RM 54.00
Tahap 2 : 18 pemenang x RM 3.00 = RM 54.00

- Hadiah pertandingan mewarna dan membuat sampul raya :


12x RM5.00 = RM60.00
12x RM4.00 = RM48.00
12X RM3.00 = RM36.00

JUMLAH = RM252.00

13.0 SUMBER KOS

- Peruntukan BBTP - Pendidikan Islam/Moral

14.0 PENUTUP

Semoga usaha yang sedikit ini akan dinilai oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan mendapat ganjaran yang
setimpal daripada-Nya.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

……………………………………………. ……………………………………
(MUHAMMAD ZULFADHLI AKMAL BIN MUZZAFAR ) (MOHD SYAHRIR BIN AB GHAFAR)
Penyelaras Program, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Program Ihya’ Ramadhan 2021 SK Taman Megah Ria
SK Taman Megah Ria

Disahkan oleh ,

5
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SK TAMAN MEGAH RIA 2021

……………………………………………..
( ROSLAN BIN DAUD )
Guru Besar ,
SK Taman Megah Ria

Anda mungkin juga menyukai