Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM

JOM SOLAT
SEMPENA PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
PERINGKAT SK BATU ANAM, SEGAMAT 2022

1. PENDAHULUAN

Kehadiran bulan Rejab kini menggamit lagi. Pada bulan yang mulia ini, terkandung satu peristiwa yang amat penting
dalam kehidupan Umat Islam. Di dalam bulan ini, Allah Taala telah menjemput Rasulullah untuk menemuiNya. Menyedari
hakikat ini, maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran serta pengajaran yang terkandung melalui
peristiwa tersebut khususnya kefarduan Solat 5 waktu. Justeru, ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan
keimanan kepada Allah Taala.

2. OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan murid menghayati peristiwa penting dalam Islam.


2.2 Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah.
2.3 Memahami dan menyedari kepentingan Solat bagi seorang Muslim.
2.4 Menanam rasa tanggungjawab terhadap pelaksanaan Solat fardhu.
2.5 Menghidupkan bulan Rejab dengan melebihkan amalan-amalan sunat.

3. KUMPULAN SASARAN

3.1 Semua guru dan kakitangan beragama Islam


3.2 Murid-murid beragama Islam

4. PENGISIAN
4.1 Ceramah/Tazkirah Isra Mi’raj
4.2 Kuiz
4.3 Pameran ‘Banting’ atau ‘Baner’
4.5 Edaran senarai semak solat Fardhu.
4.6 Risalah
4.7 Simulasi Wudhuk
4.8 Bacaan ‘Aqwal Solat’
4.9 Solat Dhuha / Hajat
4.10 Kempen Solat Subuh

5. JAWATANKUASA

Penasihat : En. Ismail bin Md Aini (Guru Besar)


Pengerusi : Tn. Hj. Johari bin Hj. Wahab (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Ust. Tumiran bin Asjam (Penyelaras Dakwah)
Bendahari : Ustazah Rosila binti Ramli
Ahli Jawatankuasa :
YM Ust Tengku Muhammad Anwar bin Raja Ab. Rashid
Ust. Ahmad Rosdi bin Ibrahim
Ustazah NoorMazlina binti
Ustazah Norlida binti Md Nor
Ustazah Aishara binti Nordin
Ustazah Rozilawati binti Mohamed

6. PELAKSANAAN AKTIVITI

AKTIVITI TARIKH/MASA PIC STRATEGI

17 Februari 2022 /
Perasmian Ust Tumiran
7.30 - 8.00 pagi
Mengikut tentatif
Ceramah/Tazkirah Isra 24 Februari 2022 /
Ust Tumiran
Mi’raj 7.30 - 8.30 pagi

Ustazah YM
Mengikut waktu Soalan akan dipaparkan di papan
Kuiz Tengku Mohd
Pendidikan Islam kenyataan persatuan
Anwar
Banting berkaitan solat akan
Pameran ‘Banting’ atau Sepanjang tempoh
Ustazah Rozilawati digantung di tiang-tiang dan
‘Baner’ program
dinding
Senarai semak akan diedarkan
Edaran senarai semak Sepanjang tempoh
Ust Ahmad Rosdi kepada semua murid. Direkod dan
solat Fardhu program
dianalisa
Guru bertugas akan meminta murid
Setiap hari sebelum Ustazah Noor
Bacaan ‘Aqwal Solat’ turus memandu bacaan-bacaan
murid masuk ke kelas Mazlina
dalam solat
Murid-murid digalakkan
Mengikut Jadual
Solat Dhuha / Hajat Waktu rehat menunaikan solat Dhuha semasa
Bertugas
rehat
Guru bertugas akan mengarahkan
Setiap pagi di Mini Mengikut Jadual murid yang belum solat Subuh
Kempen Solat Subuh
Mosolla Bertugas untuk solat di ruang yang
disediakan

7. KEWANGAN

Sumber kewangan diperolehi daripada Panitia Pendidikan Islam mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.

PENERIMAAN
1 Peruntukan aktiviti Persatuan RM 630.00
2 Sumbangan individu RM 70.00
JUMLAH RM 700.00

PERBELANJAAN
1 Penceramah RM 100.00
2 Banting & Baner RM 300.00
3 Kuiz RM 10.00
4 Fotostat Risalah & Rekod RM 50.00
5 Hadiah & Cenderahati RM 170.00
6 Runcit RM 70.00
JUMLAH RM 700.00

8. PENUTUP

Diharapkan majlis yang dirancang akan berjalan lancar dan berjaya.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

TUMIRAN BIN ASJAM TN. HJ. JOHARI BIN HJ WAHAB


Penyelaras Dakwah Penolong Kanan Kokurikulum
SK Batu Anam SK Batu Anam

Disahkan oleh

EN ISMAIL BIN MD AINI


Guru Besar
SK Batu Anam, Segamat

Anda mungkin juga menyukai