Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SMK SUNGAI LAYAR 2021

KERTAS KERJA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2021
SMK SUNGAI LAYAR, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

1.0 PENGENALAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-
nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan, perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukminin.
Maka, rugilah mereka yang tidak menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk berada dalam bulan
yang mulia ini dengan sebaik mungkin. Kita juga menyambut Ramadan dan melakukan ibadat pada tahun ini dalam
tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 di mana semua PdPC hanya berlaku dalam talian
sahaja. Oleh itu pelbagai aktiviti agama secara talian seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khusus,
sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah. Rasulullah SAW
bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala
nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu” (Riwayat Bukhari).

Oleh yang demikian, bagi menyambut seruan daripada Rasulullah S.A.W. tersebut, Panitia Pendidikan
Islam SMK Sungai Layar telah menyatakan kesediaan untuk merebut ganjaran yang berlipat ganda yang telah
dijanjikan oleh Allah S.W.T. dengan menjayakan suatu program pembentukan Rohani dalam kalangan guru,
kakitangan serta murid yang dinamakan sebagai “PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL QURAN SMK
SUNGAI LAYAR 2021” secara dalam talian.

2.0 RASIONAL

Kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini hendaklah disambut dan dihayati dengan amalan yang
berfaedah. Semoga Program Ihya’ Ramadhan & Khatam Al-Quran SMK Sungai Layar 2021 yang akan dijalankan ini
mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Semoga Ramadhan kali ini menjadi tarbiyyah ruhiyyah dalam
mendidik murid-murid menjadi muslimin dan muslimat yang bertaqwa.

3.0 MATLAMAT

1
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SMK SUNGAI LAYAR 2021

Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di sekolah agar penghayatan Ramadhan
dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi
khaira ummah tercapai.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan
ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
4.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi
menyemarakkan amalan secara jamai’e serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
4.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta
turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
4.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan,
kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
4.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat
dan para ibu bapa murid.

5.0 SASARAN

Guru dan kakitangan sokongan SMK Sg Layar


Murid-murid sesi pagi dan petang SMK Sg Layar

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021

7.0 TEMA

Ramadhan Bulan Berkat, Takwa Kita Pertingkat

8.0 ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Layar, Sungai Petani

Dengan Kerjasama Unit Kebajikan

9.0 CADANGAN AKTIVITI

2
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SMK SUNGAI LAYAR 2021

BIL TARIKH / MASA SASARAN


PROGRAM / AKTIVITI
11 April 2021
Majlis Pelancaran “Program Ihya Ramadan & Khatam Al- (Ahad) Semua guru,
1
Quran SMK Sungai Layar 2021 “ 7.30 pagi – 9.00 kakitangan dan murid
pagi
Sepanjang Semua guru dan
2 Tadarus Al-Quran Guru
Ramadhan kakitangan
Semua pelajar
3 Tadarus Al-Quran Pelajar Waktu kokurikulum

Semua guru,
5 Tazkirah Ramadan/Copong Ramadan Waktu rehat
kakitangan dan murid
Semua guru,
6 Buletin Ramadan 2 kali
kakitangan dan murid
9 Mei 2021 (Ahad) Semua guru,
Majlis Khatam Al-Quran dan Perasmian Penutupan
7 7.30 pagi – 9.45 kakitangan dan murid
Program Ihya Ramadan & Khatam Al-Quran 2021
pagi khatam Al Quran
Pelajar terpilih
8 Sumbangan Zakat Pelajar Miskin 9 Mei 2021

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA IHYA’ RAMADAN

Pengerusi : Encik Md Saad bin Man (Pengetua)


Naib Pengerusi : Encik Hasim bin Ali (PK Pentadbiran)
Puan Zainab bin Ali (PK Kokorikulum)
Encik Anas bin Ahmad (PK HEM)
Puan M.Watie binti Abdul Aziz (PK Pendidikan Khas)
Puan Nuratul Salamah Tee binti Abdullah ( PK Petang)
Encik Nazari bin Abu Bakar (GKM Kemanusiaan)
Penasihat : Ustazah Asmahani binti Ahmad
Penyelaras : Ustaz Rojulaini bin Ahmad
Ustazah Farizah Binti Ahmad
Setiausaha : Ustaz Mohd Jamil bin Mustafa
Bendahari : Ustazah Sofaa’ binti Mawardi

3
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SMK SUNGAI LAYAR 2021

Penyelaras Aktiviti

Tadarus Al-Quran Guru : Ustaz Mohd Jamil bin Mustafa


Ustazah Sarah binti Abdullah

Tadarus Al-Quran Murid : Ustazah Noraini binti Saad


Ustazah Noorfaezah binti Din
Ustazah Asmahani binti Ahmad

Tazkirah /Copong Ramadan : Ustaz Nazman bin Asaad

Buletin / Poster Ramadan : Ustazah Farizah binti Ahmad

Tabung Infak Ramadan : Ustazah Fatimah binti Daud

Majlis penutup/Khatam al Quran : Ustazah Thahirah binti Hasan


Ustazah Anisah binti Ahmad

Sumbangan Zakat Pelajar Miskin : Puan Sakina binti Yusuf

Banner : Pn Norlina binti Ismail

Video/montaj : Ustaz Rojulaini bin Ahmad

Dokumentasi : Ustazah Sofaa’ binti Mawardi

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Pendapatan RM Perbelanjaan RM

1 Peruntukan Zakat sekolah 15,800.00 Cenderahati peserta khatam 30 x RM 600.00


20

2 Peruntukan aktiviti pelajar Islam 500.00 Banner RM 100 x 2 200.00

Poster Info Ramadan 5 x RM 100 500.00


(3” x 2”)

Sumbangan zakat pelajar miskin 15,000.00


RM 50 x 300

JUMLAH 16,300.00 JUMLAH 16,300.00

4
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SMK SUNGAI LAYAR 2021

12.0 TENTATIF PROGRAM

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN SMK SUNGAI LAYAR


AHAD 11 APRIL 2021

7.45 pg : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

7.55 pg : Ucapan Pengetua

8.30 pg : Pelancaran Montaj

8.45 pg : Tayangan Video

9.00 pagi : Majlis Berakhir

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SMK SUNGAI LAYAR


KHAMIS 9 MEI 2021

7.45 pg : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis


Makluman Laporan Aktiviti Ihya’ Ramadan

7.50 pg : Ucapan Pengetua

8.15 pg : Majlis Khatam Berlangsung

9.15 pg : Doa Penutup

9.25 pg : Tayangan Video

9.45 pg : Majlis Berakhir

13.0 PENUTUP

Semoga usaha yang sedikit ini akan dinilai oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan mendapat ganjaran yang
setimpal daripadaNya.

Disediakan oleh , Disemak oleh , Disahkan oleh ,

………………………………...... ……………………....... ………………………...


(MOHD JAMIL BIN MUSTAFA)
Setiausaha program

5
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN SMK SUNGAI LAYAR 2021

SMK SUNGAI LAYAR, SG PETANI, KEDAH

CADANGAN KERTAS KERJA


PROGRAM IHYA’ RAMADAN
TAHUN 2021

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DENGAN KERJASAMA
UNIT KEBAJIKAN

Anda mungkin juga menyukai