Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PROGRAM BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2016

1.PENGENALAN

Bulan Panitia Pendidikan Islam merupakan program tahunan yang diadakan di SK


Jalan Semenyih 2. Program ini bertujuan untuk melatih pelajar mengaplikasikan ilmu
yang telah dipelajari di bilik darjah. Ia juga suatu usaha untuk menggilap bakat dan
potensi murid-murid dalam aspek tilawah al-Quran, hafazan, bercerita, penulisan jawi
dan lain-lain lagi. Program ini akan menjadi asas untuk melahirkan juara di peringkat
sekolah dan pencarian wakil sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam masa yang
sama, program ini juga dapat mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam
penguasaan pelajaran jawi di peringkat sekolah rendah.

2. MATLAMAT

Melahirkan insan yang berani, bersikap terbuka dan berdaya saing. Serta mendidik
generasi yang menjiwai tulisan jawi agar jawi terus dimartabatkan.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat melalui acara
yang diadakan.
3.2 Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan mempunyai keberanian yang
tinggi.
3.3 Menanamkan sikap suka membaca al-Quaran dan membudayakan pembacaan
al-Quran melalui aktiviti tadarus al-Quran dan Khatam al-Quran.
3.4 Melatih murid-murid yang cemerlang mendalami pengetahuan dalam bidang
tertentu sebagai persediaan untuk menjadi wakil sekolah.
3.5 Menanam sikap cintakan tulisan jawi ke dalam jiwa murid bermula dari sekolah
rendah.
3.6 Mewujudkan semangat persaingan yang sihat dikalangan murid.
3.7 Melahirkan murid yang berpotensi dalam bidang yang diketengahkan.
3.8 Membimbing murid menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.

4. TEMPOH PELAKSANAAN

Aktiviti Bulan Panitia ini akan diadakan sepanjang bulan Jun 2016M bersempena bulan
Ramadhan al-Mubarak 1437H sebagaimana yang dirancang dalam takwim aktiviti
Panitia Pendidikan Islam.
5. KUMPULAN SASARAN

Aktiviti bulan panitia ini disasarkan kepada semua warga SK Jalan Semenyih 2
terutama murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan semua guru yang beragama Islam.

6. SENARAI JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Encik Mohd Sahar Bin Othman ( Guru Besar )


Timb. Pengerusi : Puan Rohadah Binti Yazid ( GPK Kurikulum )
Naib Pengerusi 1 : Puan Che Siah Binti Hamid ( GPK HEM )
Naib Pengerusi 2 : Encik Salleh Bin Osman ( GPK Kokurikulum )
Naib Pengerusi 3 : Pn. Norfarahi Binti Zakwan
Penyelaras Program : Pn. Komariah Binti Fauzi
Setiausaha : Cik Qatrunnada Mahammad
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru P.Islam & j-QAF

7. CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti yang dirancang mengikut kelas murid adalah seperti yang disenaraikan di dalam
Lampiran A.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Jumlah anggaran kos perbelanjaan bagi bulan panitia sebanyak RM 6553. Senarai
terperinci anggaran perbelanjaan adalah seperti di Lampiran B.

9. PENUTUP

Bulan Panitia Pendidikan Islam ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis
penutup. Kami akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini akan memberi
kesan positif di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang
memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak
pentadbir kami berharap prestasi subjek Pendidikan Islam sekolah ini akan meningkat
dengan lebih baik lagi.

Disediakan Oleh : Disemak dan disahkan Oleh:

.
Pn. Komariah Fauzi Pn. Rohadah Yazid
( Ketua Panitia P.Islam ) ( GPK Kurikulum )
Lampiran A

Bil Aktiviti Sasaran Tarikh

1 Pelancaran Bulan Panitia P.Islam Semua murid & guru 13 Jun 2016
SKJS2

2 Ceramah Awal Ramadhan & Kuiz Semua murid & guru 26 Mei 2016
beragama Islam

3 Tadarus al-Quran & Bacaan Iqra Murid tahun 1- 6 & guru 13 28 Jun
2016

4 Tazkirah Ramadhan & Bacaan Yasin Semua murid & guru 13 28 Jun
beragama Islam 2016

5 Pertandingan Menulis Jawi Cantik Murid Tahun 1 15 Jun 2016

6 Pertandingan Tilawah al-Quran Murid Tahun 3 Tahun 5 24 Jun 2016

7 Pertandingan Mengeja Jawi Murid Tahun 2 17 Jun 2016

8 Pertandingan Hafazan al-Quran Murid Tahun 3 Tahun 5 24 Jun 2016

9 Pertandingan Buku Skrap Murid Tahun 6 13 28 Jun


2016

10 Ifthar Jamaie & Solat Tarawih Semua guru SKJS2 1 Julai 2016

Pertandingan Bercerita Kisah Al-


11 Murid Tahun 3 Tahun 5 22 Jun 2016
Quran

11 Majlis Khatam al-Quran, Penyerahan Semua murid & guru 1 Julai 2016
Zakat & Pelancaran penutup Bulan
Panitia P.Islam
Lampiran B

Bil Perkara Kuantiti Jumlah ( RM )

1. Hadiah Pertandingan

Tempat Pertama RM 10 x 21 orang 210.00


Tempat Kedua RM 8 x 21 orang 168.00
Tempat ketiga RM 5 x 21 orang 105.00

2. Banner RM 50 x 3 150.00

3. Cenderahati Guru Tadarus RM 30 x 39 orang 1170.00

4. Iftar RM 25 x 56 orang 1400.00

5. Cenderahati Murid Khatam RM 30 x 30 orang 900.00

6. Persiapan Majlis Khatam RM 500 500.00

7. Derma Murid Miskin RM 50 x 35 orang 1750.00

8. Persiapan Iftar RM 200 200

Jumlah RM 6553.00

Anda mungkin juga menyukai