Anda di halaman 1dari 5

Panitia Pendidikan Islam adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru

yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan guru-guru beragama Islam.

Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan dilantik sebagai
Ketua Panatia oleh Guru Besar.

Ketua Panatia Pendidikan Agama Islam secara otomatik akan menjadi ahli-ahli Jawatan kuasa
Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panatia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai
penghubung diantara ahli panatia dengan Guru Besar.

Keputusan-keputusan yang diambil oleh panatia dalam perjumpaan berhubung dengan

isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panatia

kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.

TUJUAN PANATIA

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panatia Pendidikan Agama
Islam bagi pencapaian matlamtnya :

Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif

supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap

Pembelajaran.
Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada

sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.

Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panatia Pendidikan Agama Islam

dengan Persatuan Agama Islam dan persatuan-persatuan yang lain.

OBJEKTIF

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

1. Melahirkan seorang pelajar yang boleh membaca al-Quran, memahami, mengamali dan

menghayati ajaran al-Quran.

Seorang pelajar yang sentiasa menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.

Seorang yang dapat menunaikan sembahyang setiap waktu.

4. Seorang yang dapat mengamali akhlak dan cara hidup Islam yang betul.
5. Seorang pelajar yang beradab , berakhlak dan bersopan di dalam pergaulan dan

perhubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

6. Seorang pelajar yang cemerlang dari segi pemikiran dan ilmunya.

Seorang pelajar yang dapat membentuk diri sebagai insan yang soleh dan bertakwa.

8. Seorang pelajar yang berperanan sebagai pendakwah yang sentiasa menyeru kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran serta membenci kepada kemungkaran.

Seorang pelajar yang sentiasa bersyukur, kuat cita-cita dan sentiasa berfikir untuk

kebaikan.

Seorang pelajar yang cintakan Allah dan Rasul.

SENARAI TUGASAN

KETUA PANATIA

Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Agama Islam (HSP) setiap tahun.
Memastikan perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HSP.

Menyediakan takwim panatia dan melaksanakan perancangannya.

Membuat sasaran peratusan kelulusan.

Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian dan penilaian adalah
berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.

Menganalisa keputusan selepas peperiksaan.

Mempengerusikan mesyuarat panatia.

Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran.

Membuat pemantauan dari masa ke semasa atau bila diperlukan.

Melaksanakan projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan pelajar-pelajar


serta prestasi panatia.

SETIAUSAHA PANATIA

Menyediakan surat panggilan mesyuarat.

Mencatatkan minit semasa mesyuarat dijalankan.

Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli dalam panatia sebaik
selepas mesyuarat atau sebelum mesyuarat.

Menyelenggarakan fail-fail panatia, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

Menghadiri mesyuarat bersama ketua panatia atau mewakili ketua panatia Agama Islam bila
diperlukan

BENDAHARI PANATIA
Mengendalikan kewangan panatia.

Merekodkan dan mengemaskinikan pendapatan dan perbelanjaan panatia.

PENGENALAN

Perancangan ini dijalankan bagi memastikan kekuatan dan keupayaan murid menguasai
kemahiran membacaan al-Quran, memahami perkara asas fardhu ain serta membaca jawi dengan
betul dan berkesan.

2. OBJEKTIF
2.1 Memastikan semua murid menguasai kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam Tahun 1, 2
dan 3 dengan berkesan.
2.2 Memupuk dan menyuburkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.
2.3 Murid dapat membuat latihan amali dengan betul.
2.4 Murid dapat membaca tulisan jawi dengan betul dan lancar.

3. AKTIVITI
3.1 Rancangan Jangka Pendek
3.1.1. Buku skrap Mei Guru dan murid
3.1.2 Rancangan Jangka Panjang

3.2 Rancangan Jangka Panjang


3.2.1. Menjalankan ujian lisan (hafazan) secara individu. Sepanjang tahun Guru dan murid
3.2.2. Mewujudkan sudut Pendidikan Islam di dalam kelas. Sepanjang tahun Guru dan murid
3.2.3. Pembacaan zikir munajad / yaasin / al-asma ul-husna / bacaan-bacaan dalam solat.
Sepanjang tahun
( setiap jumaat ) Guru dan murid
3.2.4. Program Sivik Ramadhan Bulan Ramadhan Guru dan murid
3.2.5. Program Kem Bestari Solat (j-QAF) Empat Kali Setahun Guru dan murid

Anda mungkin juga menyukai