Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS HARI KEMERDEKAAN

‫الر ِح ْي ِم‬
ّ ‫الر ْح َم ِن‬
ّ ‫ال‬ِ ‫ِب ْس ِم‬
َ ‫السالَ ُم َعلَى‬
‫س ّي ِد َنا ُم َح ّم ٍد‬ ّ ‫صاَل ة َو‬
ّ ‫ َوال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هلِِّل َر ّب ا ْل َعالَ ِم ْين‬
َ‫اب ِه َأ ْج َم ِع ْين‬ ْ ‫َو َعلَى آلِ ِه َوَأ‬
ِ ‫ص َح‬
Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan perhimpunan ini, kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian kepada kami, anak watan kami serta kesihatan jasmani dan
rohani kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi
ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada anak-anak kami dan mereka pula memanafaatkan
ilmu pengetahuan yang diterima untuk agama bangsa dan negara.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon dengan kudrat dan IradatMu. Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan dalam
membentuk peribadi ummah yang mulia, yang merdeka dari segi pemikiran, yang menghayati
kemerdekaan negara ini dengan makna yang lebih sempurna, lebih syumul ,iaitu kemerdekaan
yang hakiki, tidak tunduk kepada nafsu tetapi tunduk kepadaMu ya Allah, berpandukan ilmu
yang telah Kau kurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, pemimpin-
pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan
masyarakat, untuk agama dan bangsa.

Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat
dan nikmat. Kekalkanlah kemerdekaan negara, keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

ُ ‫ َو َت َف ّر َق َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
‫ َوالَ َت ْج َع ِل‬، ‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللّ ُه ّم‬
‫شقِ ّيا َوالَ َم ْط ُر ْودً ا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬
َ ‫ اللّ ُه ّم ِف ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬.

‫ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ ّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه‬
ِ ‫اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم‬
ْ ‫اللّ ُه ّم‬
َ‫ان َوالَ َت ْج َعلْ ف ِْي قُلُ ْو ِب َنا غِ الّ لِلّ ِذ ْين‬
ِ ‫س َبقُ ْو َنا ِباالِ ْي َم‬
َ َ‫اغف ِْرلَ َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوالِ ْخ َوانِ َنا الّ ِذ ْين‬
ْ ‫اللّ ُه ّم‬

ٌ ‫َءا َم ُن ْوا َر ّب َناإ ّن َك َر ُء ْو‬


‫ف َر ِح ْي ٌم‬

ِّ ‫ َوا ْل َح ْم ُد ِل‬، ‫سلّ َم‬ َ ‫صلّى هُللا َعلَى ُم َح ّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫اب ال ّنار َو‬ َ ‫س َنة َوقِ َنا َع َذ‬
َ ‫س َنة َوفِي االخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر ّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ّد ْن َيا َح‬
َ
َ‫َر ّب ال َعال ِم ْين‬

Anda mungkin juga menyukai