Anda di halaman 1dari 2

TEKS DOA JAMUAN HI-TEA

.‫ والعاقبة للمتقين‬.‫ الحمد هلل رب العلمين‬.‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


.‫ والصالة والسالم على أشرف المرسلين‬.‫والعدوان إال على الظالمين‬
.‫ اللهم يا بديع السموات واألرض‬.‫وخاتم النبيين وعلى اله وأصبه أجمعين‬
‫يا ذالجالل واإلكرام‬.
Segala puji hanya untuk-MU ya Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. ya Allah, kami merafa’kan kesyukuran atas keizinan-MU untuk kami
berkumpul di sini, di Majlis Hi-Tea Kelab Guru dan Kakitangan SMK Kedawang pada pagi
yang damai ini, kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami
dikurniakan limpah kurnia, inayah dan riayah, taufik dan hidayah, agar kami dikurniakan
kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk Berjaya serta menjalankan tugas
dengan penuh amanah dan tanggung jawab.

Ya Allah Yang Maha Mengetahui,


Sepanjang tahun 2023 hinggala kini 20 januari 2024, kami telah sedaya upaya melaksanakan
tugas, mendidik anak bangsa sesuai dengan Falsafah pendidikan Negara, menyampaikan ilmu
berdasarkan sukatan pelajaran, berusaha membantu anak murid kami, memahami konsep
ilmu yang tersirat disebalik yang tersurat, bagi melahirkan hamba-hamba yang taat kepada
agama MU.

Jesteru itu ya Allah, kami memohon agar Engkau ampunkan dosa kami, sekiranya kami
tersilap dalam memberi makna, tersalah dalam menghurai fakta, terlanggar batas tutur kata
dan adab bicara, tersasar dari landasan kebenaran, tersalah anggap terhadap anak didik kami
dan kurang memahami kehendak mereka. Serta tidak berupaya menarik minat mereka supaya
cintakan ilmu, yang menjadi tugas utama profesion kami.

Ya Allah ya Tuhan Kami,


Sekiranya usaha kami tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya kami curahkan, maka
Engkau ampunkanlah dosa kami, berkatilah rezeki kami, halalkanlah pendapatan kami, dan
sekiranya masih berkurangan, maka engkau tampungkanlah ia dengan ibadat-ibadat sunat dan
kebajikan yang kami kerjakan.

Kami juga memohon kepada MU Ya Rahim,

Engkau tunjukkanlah kami jalan yang benar, tetapkanlah iman kami, tambahkanlah kecintaan
kami kepada Agama MU, hidupkanlah kami dengan perasaan kasih uhkwah islamiah,
satukanlah hati kami, kukuhkanlah perpaduan antara kami, jadikanlah kami para guru yang
mampu berbincang tanpa berbalah, berbeza pendapat tanpa sengketa, mempunyai jalinan
kerja yang utuh, dan jauhkanlah kami ya Allah, dari sifat mazmumah, dengki-mendengki
terhadap pencapaiaan sesama sendiri, bermusuh-musuhan dan berpaling muka, serta tindas-
menindas demi kepentingan diri sendiri, sebaliknya, Engkau campakkanlah kedalam hati-hati
kami, perasaan ingin membantu agar yang berat sama dipikul dan yang ringan dijinjing
sama, demi kecemerlangan SMK Kedawangi.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang
cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami
segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
Ya Zal Jalali Wal Ikram

‫ َو اَل َتْج َع ِل‬.‫ َو َتَفُّر َقَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُر ًقا َم ْع ُصْو ًم ا‬. ‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْمَع َنا َهَذ ا َج ْم ًعا َم ْر ُحْو َم ا‬
‫ َو اَل َم َع َنا َو اَل َم ْن َيْتَبُع َنا َش ِقًّيا َو لضا َم ْطُرًدا َو اَل َم ْح ُروًم ا‬.‫َالَّلُهَم ِفْيَنا‬.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan ini sebagai perhimpunan yang Engkau
rahmati, dan perpisahan kami selepas majlis ini sebagai perpisahan yang terpelihara daripada
bala bencana dan kemaksiatan. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa
guru-guru kami dan dosa mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup atau yang
telah meninggal dunia.

‫ وعلى ال~~ه‬.‫ وصلى هللا على سيدنا محمد‬.‫ وقنا عذاب النار‬.‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة‬
‫ والحم~~~~~~~~~~~~~~~~د هلل رب الع~~~~~~~~~~~~~~~~المين‬.‫وص~~~~~~~~~~~~~~~~حبه وس~~~~~~~~~~~~~~~~لم‬.

Anda mungkin juga menyukai