Anda di halaman 1dari 15

ATURAN MENINGGIKAN

HURUF HAMZAH 3/4


SATU LAGI ATURAN yang penting sewaktu membicarakan huruf hamzah
oleh pengamal-pengamal Jawi ialah memastikan huruf hamzah cukup
ketinggiannya dan sempurna bentuk dan saiznya. Huruf hamzah yang
di’superscript’kan akan membantutkan bentuknya. Huruf hamzah seperti ini
akan tinggi juga tetapi saiznya tidak tepat.

Bagi memastikan bentuk dan saiz huruf hamzah bertepatan dengan aturan
yang ditetapkan maka beberapa langkah perlu dilakukan sewaktu menaip
menggunakan komputer (terutamanya program word) seperti yang berikut:

1. Taipkan huruf hamzah. Cadangan fon yang terbaik ialah “Sakkal Majalla”.

2. Tandakan dengan menggelapkan (Highlight) huruf hamzah.

3. Klik tetikus di sebelah kanan atau dapatkan format fon di sebelah atas
menu “word” dan pilih fon.
4. Apabila keluar pop-up fon. Klik “Font”

5. Setelah klik, perhatikan menu “font”. Di penjuru atas kiri ada dua pilihan
iaitu “font” dan “Character spacing”. Klik “Character spacing”.

6. Pada baris ketiga sebelah kiri, ada kotak kedudukan (Position). Apabila
bahagian itu diklik, maka akan keluar pop-up tiga pilihan kedudukan iaitu
“Normal”, “Raised” dan “Lowered”. Klik “Raised” untuk meninggikan huruf
hamzah.
7. Kotak kecil di kanan (setentang dengan position) biasanya memuatkan
angka 3 poin. Bagi fon Jawi saiznya ialah 18-20. Oleh yang demikian,
ketinggian huruf hamzah yang digelapkan tadi sebaik-baiknya setinggi 5
poin.

8. Hasilnya huruf hamzah akan naik tiga suku huruf alif atau tiga suku
daripada garis dasar. Ingat, semakin besar saiz fon huruf itu, maka semakin
bertambah ketinggiannya. Selamat mencuba!

Posted on04/06/2014CategoriesSemasa2 Ulasanpada ATURAN MENINGGIKAN HURUF


HAMZAH 3/4

ATURAN JAWI
DALAM KOMPUTER

Artikel kali ini akan membantu para pembaca untuk mengatur komputer
masing-masing dengan format Jawi yang betul. Aturan komputer ini lebih
mudah jika mengguna pakai perisian windows terutama versi windows 7 dan
ke atas. Semoga ilmu Jawi yang dipelajari selama ini dapat dipraktikkan
menerusi usaha kecil ini.
Langkah pertama, klik menu “mula” di sebelah kiri komputer. Menu ini akan
memaparkan menu program berupa data peribadi, dokumen, muzik,
komputer, peranti dan lain-lain seperti paparan di bawah.
Klik butang “Panel Kawalan” untuk menambah fungsi sedia ada dalam
komputer. Menu ini akan memaparkan konsol pengendali yang sedia ada
dalam komputer seperti paparan di bawah. Klik butang “Menu Kawasan dan
Bahasa” untuk menambah paparan bahasa dalam komputer seperti paparan di
bawah.

Langkah ketiga, klik untuk menambah paparan bahasa dalam komputer.


Apabila kita menekan butang “Menu Kawasan dan Bahasa” butang ini akan
memaparkan konsul baharu iaitu Format, Lokasi, Papan Kekunci dan
Bahasa-bahasa dan Panel Tadbir. Klik butang “Papan Kekunci dan Bahasa-
bahasa” untuk menambah bahasa dan papan kekunci baharu seperti paparan
di bawah.
Langkah keempat, apabila kita menekan butang “Papan Kekunci dan
Bahasa-bahasa”, arahan baharu akan muncul iaitu “Ubah Papan Kekunci”.
Menu ini akan memaparkan konsul baharu iaitu “Teks Servis dan Input
Bahasa” seperti paparan di bawah. Klik butang “tambah” untuk menambah
bahasa lain selain bahasa Inggeris.

Langkah kelima, apabila kita menekan butang “tambah”, konsul baharu


iaitu “Tambah Input Bahasa” akan muncul seperti paparan di bawah. Klik
butang “Arab (Arab Saudi)” dan tandakan “Bahasa Arab 101”untuk
menambah bahasa dan papan kekunci baharu seperti paparan di bawah.
Langkah keenam. Setelah menandakan “Bahasa Arab 101”, jangan lupa
klik “ok” dan “tambah” di sebelah bawah kanan menu “Teks Servis dan
Input Bahasa” seperti paparan di bawah. Jika kita menggunakan perisian
windows xp, arahan pengesahan untuk menukar format komputer dari kanan
ke kiri akan keluar. Setengah-setengah komputer akan meminta CD untuk
diformatkan.

Langkah ketujuh. Untuk mengetahui komputer kita sudah berjaya diformat


atau tidak, sila lihat bahagian “Toolbars” iaitu di sebelah bawah palang skrin
komputer terdapat palang bahasa EN/AR seperti paparan di bawah.
Langkah kelapan, sebelum menaip, pastikan menu AR di skrin komputer
kita diubah terlebih dahulu. Untuk memudahkan penaipan, kita boleh
menggunakan “Papan Kekunci Maya” yang sedia ada.

Langkah kesembilan, ialah langkah penaipan. Ada beberapa tatacara


sebelum penaipan dapat dilakukan seperti yang berikut:
 Oleh sebab papan kekunci kita didatangkan dengan huruf rumi, kita boleh
menggunakan “Papan Kekunci Maya” yang sedia ada. Selain itu, kita boleh
membeli pelekat huruf untuk ditampal di atas kekuncinya. Kaedah yang
terbaik ialah menukar terus kepada Papan Kekunci Jawi yang baharu yang
ada dijual.

 Jika kita menggunakan “Papan Kekunci Maya”, pastikan menu EN di palang


bawah skrin komputer kita diubah kepada AR iaitu menu bahasa Arab
terlebih dahulu seperti paparan yang berikut.

 Apabila butang AR dipilih, automatik, papan kekunci maya akan bertukar


kepada aksara Jawi seperti paparan yang berikut. Huruf gubalan Melayu
“ca”, “nga”, “pa”, “ga”, “va” dan “nya” boleh dimuat turun
di http://www.jawiware.org/keyboard-untuk-jawi.
 Jika huruf gubalan Melayu “ca”, “nga”, “pa”, “ga”, “va” dan “nya” tidak ada
pada papan kekunci, huruf-huruf tersebut boleh dimasukkan dengan memilih
menu “insert” dan pilih “simbol” seperti paparan berikut.

 Satu perkara penting, apabila kita memulakan untuk menulis di paparan


Word, pastikan kita sudah mengubah arah aksara Jawi dari kanan ke kiri
seperti paparan yang berikut:

 Pada pandangan penulis, jenis aksara yang terbaik dan mudah dibaca ialah
jenis Sakkal Majalla bersaiz 18-20 seperti paparan yang berikut:

Selamat mencuba dan selamat menulis! Semarak Jawi, Semarak Jati Diri!
– al-Kurauwi

Posted on11/04/2014CategoriesSemasaLeave a commenton ATURAN JAWI


DALAM KOMPUTER
ATURAN JAWI DALAM
TELEFON BIMBIT
Bagaimana mengatur gajet atau telefon bimbit anda berasaskan format
Jawi? Seperti komputer, gajet atau telefon sebenarnya boleh diformatkan
berasaskan format Arab. Hanya dengan memuat turun beberapa aksara Jawi,
kita sudah mampu menaip Jawi.

Artikel ini akan membantu para pembaca mengatur telefon bimbit masing-
masing dengan format Jawi yang betul. Aturan telefon bimbit ini lebih
mudah jika pembaca menggunakan telefon bimbit jenis Samsung atau yang
sejenis dengannya. Cuba dahulu, baru tahu!

Langkah pertama, klik “Google Play” atau “Play Store”


dalam senarai aplikasi yang memaparkan menu program dalam telefon atau
gajet kita.
Langkah kedua, klik butang “Carian pada Play Store” kemudian mulakan
carian dengan menaip “Multiling Keyboard”. Mulakan dengan muat turun.
Pastikan di sebelah kanan dan bawah tertulis ‘percuma’.
Langkah ketiga, klik butang “Carian pada Play Store” sekali lagi kemudian
mulakan carian dengan menaip “Plug in Jawi”.

Langkah keempat, setelah kita memuat turun “Plugin Jawi”


kembali semula ke menu aplikasi. Pastikan menu “Multiling Keyboard”
seperti gambar di bawah sudah berada dalam senarai aplikasi anda. Pada
langkah yang keempat klik menu “Multiling Keyboard”. Sebaik sahaja menu
tersebut diklik, satu senarai arahan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
Langkah kelima, patuhi arahan seperti yang diminta
iaitu
1. Enable Multiling – Arahan ini meminta kita supaya menghidupkan
MultiLing Keyboard dalam telefon bimbit yang sudah dimuat turun.
2. Switch IME to MultiLing – Arahan ini meminta kita supaya menukar
aturan daripada papan kekunci Samsung kepada papan kekunci MultiLing
3. Download Language Plug-ins – Arahan ketiga ini sudah kita patuhi ketika
memuat turun “Plug in Jawi” pada langkah ketiga.
4. Enable Languages- Arahan yang keempat ini meminta kita memilih bahasa
Melayu (Jawi) dalam senarai bahasa yang dikemukakan.

Keempat-empat langkah ini boleh diuji dengan menaipnya pada


ruang yang disediakan seperti gambar di bawah:
Untuk menukar papan kekunci aksara rumi kepada aksara Jawi, tekan
beberapa saat palang penjarak (space bar). Satu paparan bahasa akan muncul
di skrin. Tanpa melepaskan jari, seret ke menu bahasa Melayu (bertulisan
Jawi).

Nah secara automatik, kita akan dapati aksaranya sudah berubah ke aksara
Jawi. Selamat mencuba!
Cara Install Jawi Di Komputer Dengan
Betul (Jawi UKM)
Feb 23, 2019 | info | 4 comments

Ramai yang tanya bagaimana cara install jawi di laptop atau komputer, adakah sekadar
memasukkan Font Jawi sudah boleh taip jawi? Adakah wujud satu standard penulisan jawi
yang selaras di seluruh negara?
Penulisan huruf jawi sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Bermula dari ejaan jawi
lama, jawi zaaba dan kini jawi baharu yang telah dimurnikan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Selain penulisan tangan, tulisan jawi juga boleh ditaip di komputer menggunakan perisian
seperti Microsoft Office Word, Excel, Powerpoint dan Acces. Selaras dengan perkembangan
teknologi semasa, ia juga turut boleh digunakan di Smartphone, boleh taip tulisan jawi di
Whatsapp ataupun Telegram.

Cara Install Tulisan Jawi Dalam Komputer


 Untuk memastikan anda dapat menaip tulisan jawi dengan baik dan tepat di komputer,
anda perlu memasukkan perisian berikut:
Jawi UKM Keyboard: Muat Turun
 Setelah anda berjaya memut turun perisian di atas, Extrat File tersebut. Untuk Extract boleh
gunakan Winrar / Winzip
 Kemudian buka file tersebut, klik pada ‘Setup’, paparan Welcome to Jawi UKM 2017 Setup
Wizard akan dipaparkan.

 Install file tersebut kemudian tekan finish.
 Anda boleh semak di taskbar (bawah sebelah jam), ada keyboard Jawi UKM (Rujuk Gambar)
 Masukkan juga Arabic Keyboard 101 (untuk penulisan arab) – (Control Panel -> Clock,
Language, and Region -> Change keyboards and other input methods – Tick pada Arabic
101)

Jika anda menggunakan Windows 10, paparan adalah seperti gambar di atas. Jika Windows
7, anda perlu klik pada logo keyboard yang turut ada di taskbar.
Jika sudah ada ia bermakna anda telah berjaya memasukkan Keyboard Jawi pada
komputer / laptop anda.
Namun begitu, anda juga perlu ada beberapa Font Jawi yang support keyboard ini. Font yang
diperlukan adalah seperti berikut:
 Font Arabic Typesetting
 Font Jawi Uthman Taha
 Font Lateef
 Font Sakkal Majalla
 Font Scheherazade
Kesemua Font ini boleh dimuat turun di: Font Jawi

ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI

Cara masukkan Font ke dalam komputer


Font yang telah dimuat turun tadi, copy dan paste ke dalam folder FONT. Folder ini ada di
dalam Control Panel. Buka Control Panel – Font – (Paste, gunakan CNTRL + V)
Jawi JawiUthmanTaha: Ia mempunyai kelebihan dimana huruf hamza akan “naik” pada
kedudukan yang betul untuk perkataan-perkataan Jawi yang menggunakan hamza.
Bagaiman cara untuk mulakan penulisan menggunakan Software Jawi ini?
 Contoh ketika menggunakan Microsoft Word. Buka Word, tukarkan Bahasa di taskbar, EN
kepada Jawi UKM Keyboard.
 Kemudian, tukarkan font, boleh pilih mana-mana font yang telah anda masukkan tadi.
Huruf Jawi di Keyboard
Huruf jawi di keyboard anda sebenarnya sama seperti huruf keyboard Arabic 101, tetapi
ada penambahan huruf Jawi. Anda perlu menekan Shift untuk menaip huruf tambahan
tersebut iaitu:
Apabila tidak tekan SHIFT
Penggunaan Software Jawi UKM ini adalah menepati Standard penulisan jawi yang sebenar
selaras dengan perkembangan semasa.
Namun begitu, berdasarkan pemerhatian dan tinjauan, terdapat di kalangan guru-guru
Pendidikan Islam khususnya yang masih menggunakan Font seperti Jawi Biasa2.
Perkara ini dapat dilihat dari penghasilan RPT dan RPH contohnya, bagi memastikan
perubahan kepada sistem penulisan jawi yang baik, kita berharap semua GPI dapat
menggunakan Jawi UKM 2017 ini dan elakkan menggunakan Jawi Biasa2.
Kerana sekiranya anda menaip sesuatu dokumen menggunakan Jawi UKM, dan
menbukanya di komputer lain yang tidak ada software ini, ia tetap dapat dibaca seperti asal.
Selain daripada itu, ia juga dapat menaip huruf jawi dan huruf arab tanpa anda perlu
menukar kepada font Traditional Arabic. Tidak seperti Jawi Biasa2 yang memerlukan anda
menukar font arabic pada perkataan arab.
Terima Kasih kepada Munsyi Dewan (Jawi), UKM, dan semua yang terlibat dalam
menghasilkan Software Jawi ini.

Anda mungkin juga menyukai