Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMA MAIWP 2012

Ya Allahu, Ya Rahmanu Ya Rahim, Ya Zaljalali wal Ikram ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran ke hadratMu Ya Allah kerana telah mengizinkan


kami untuk menjayakan
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMA MAIWP 2012 ini.
Justeru kami memohon petunjukMu Ya Allah agar majlis kami ini diredhai, diberkati
dan dijauhkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
Ya Allahu, Ya Azizu Ya Sattar, Ya Faalullima Yurid ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah,
sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia, budi pekerti yang
baik, akhlak yang luhur dan lisan yang fasih lagi petah dalam menegakkan keadilan
dan memperjuangkan kebenaran untuk agamaMu ya Allah, jadikanlah kami insaninsan yang sentiasa menghormati kedua ibu bapa kami, guru-guru kami dan sedia
mendengar tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat kami , kami sentiasa mengharapkan
teguran dan bimbinganMu Ya Allah dalam menjalani kehidupan kami yang penuh
dengan ujian-ujianMu, semoga kami menjadi insan yang cemerlang dan berguna
kepada agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Anda mungkin juga menyukai