Anda di halaman 1dari 1

TEKS DOA

LAWATAN PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

Ya Allah Ya Karim,
Tuhan yang menguasai langit dan bumi, hanya padaMu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala Rahmat dan BerkatMu, atas segala
Nikmat dan Iradat yang telah Engkau tentukan ke atas kami.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun di dalam Majlis Lawatan
Pengarah Pelajaran Selangor ke sekolah kami Sekolah _____________,
bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh
dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama,
bangsa dan negara.
Justeru itu, berkatilah pertemuan kami ini, berkatilah juga usaha-usaha
kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas,
pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras.
Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman
yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim di
kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan
pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan
kegemilangan.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat
dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah
Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan,
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas,
rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah
kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai